Klaus Kaiser

1836 Words
Perjalanan menuju ke Silver Tower terasa sunyi. Hari ini tiada Leon di sisiku. Aku tersenyum sendiri , tertanya sendiri apakah yang bermain di dalam fikiranku. Semalam Leon menemuiku dan kami makan malam bersama , berbicara seperti biasa. Lelaki itu punya cukup waktu untuk memaklumkan aku bahawa perjalanannya di Silver City berakhir semalam namun Leon memilih untuk tidak berbuat begitu. Sebelum berangkat Ms Erica memaklumkan aku bahawa Leon telah kembali ke Brixton jadi aku akan bersama Diana dan Eric untuk tugasan seterusnya. Aku hanya mengangguk padahal hatiku terasa dihimpit sesuatu. Entah apa. Boleh sahaja aku bertanya lelaki itu melalui panggilan telefon namun akal fikiranku masih berfungsi . Jika Leon memilih untuk tidak memberitahuku tentang kepergiannya bermakna dia tidak mahu aku mengetahui apa alasannya. Jika lelaki itu punya alasan. Aku bukan siapa siapa bagi lelaki itu, hanya teman sekumpulan untuk beberapa hari. Jujur aku menyenangi lelaki itu namun aku harus tahu di mana kakiku berpijak. Menurut Diana , Ivan juga telah pulang. Sepertinya apa yang berlaku antara Ivan dan Petrova tidak begitu menyenangkan keluarga Brune dan menurut Diana , bagi memberi ruang bertenang kepada semua pihak , Ivan kembali ke tanah air. Aku tidak begitu mengerti permasalahannya. Silver Tower kelihatan begitu gah dengan dikelilingi bangunan berseni bina moden. Sedikit sinaran matahari memancar ke atasnya sudah mampu membuat bangunan itu seperti sebuah kristal berkilauan. Jadi inilah kebanggan keluarga Brune. Bas berhenti di ruang lobi Silver Hotel dan seperti biasa kami segera menuju ke kaunter pendaftaran seperti yang diarahkan oleh Dr Emir sebelum perjalanan tadi. Silver Hotel menempatkan tetamu dari serata dunia jadi kami juga perlu menjaga tingkah laku sepadan dengan mereka. Aku dan Diana selesai mendaftarkan diri dan berjalan perlahan menuju ke bilik sementara Diana sesekali mengerling ke arah pembantu yang mengangkat bagasinya. Aku dan Diana berpisah seketika kemudian namun Diana sempat mengingatkanku bahawa datang ke biliknya setelah selesai meletakkan bagasiku. Aku hanya mengangguk dan tersenyum ke arah gadis itu. Melewati bilik di sebelahku aku tertanya bilik siapakah ini kerana sebelumnya bilik Leon adalah bersebelahan denganku. Leon Daniel .. entah mengapa aku hanya memikirkan lelaki itu. Aku melepaskan keluhanku perlahan , meletakkan bagasiku ke dalam bilik dan entah mengapa aku tidak berhasrat masuk melihat bilik sebaliknya ingin terus pergi ke bilik Diana. Aku melangkah dengan hati hati sambil melihat bilik bilik yang ku lalui. Sedang aku melangkah sambil fikiranku terbang jauh seseorang menyaingi langkahku , aku segera berpaling namun hatiku hampa . Bukan Leon yang seperti selalunya. Aku memperlahankan langkahku membiarkan lelaki itu melewatiku. Lelaki tinggi lampai berambut hitam kecoklatan itu punya susuk tubuh seperti Leon. Lelaki itu berpaling ke arahku apabila selesai menekan butang lif. Riak wajahnya tenang , pandangannya redup namun ada sesuatu pada pandangan matanya. Aku melarikan pandanganku , seketika kemudian pintu lif terbuka dan aku segera masuk , menekan butang lif dan berdiri rapat ke dinding lif. Tiba di tingkat dua belas aku segera keluar dan melangkah ke bilik Diana. Gadis itu sedang menutup pintu biliknya. " I baru nak pergi bilik you .. " Diana bicara perlahan. " You dah lapar ya?" Aku bertanya sambil tersenyum. Diana angguk , gaun merah jambu lembut yang di kenakannya nampak begitu cantik. Diana merangkul lenganku sambil memberitahu tentang aktiviti yang telah di rancangnya hari ini. Aku hanya mengiakan segalanya. Kami tiba di restoran hotel dan kelihatan beberapa orang pelajar sudahpun mula menikmati makanan yang disediakan. Aku dan Diana mengambil tempat yang agak tersembunyi namun sebaik sahaja aku melabuhkan dudukku aku terlihat lelaki tadi. Lelaki berkemeja hitam itu sedang duduk dengan seorang lelaki berkaca mata dan perbualan mereka kelihatan serius. Biarpun lelaki itu bersandar santai di kerusinya , riak wajahnya kelihatan seperti ada sesuatu yang tak disenanginya dan lelaki di hadapannya seperti sedang menerangkan sesuatu. Diana yang tadinya sedang memesan makanan turut sama melihat ke arah lelaki itu apabila melihatku begitu fokus. Diana kemudiannya menepuk lenganku dan pandanganku beralih ke arahnya. Aku tersipu malu. " Klaus Kaiser .. if you are interested." Diana tersenyum sambil melambaikan tangannya ke arah Eric. Lelaki itu melangkah ke arah kami dan duduk bersebelahan dengan Diana. Eric melurut rambutnya kebelakang sambil melihat menu . " You kenal dia?" Aku bertanya perlahan. " Hmm .. I think ramai yang kenal dia.. look at him . He is the dark Prince." Diana ketawa kecil. Aku tidak mengerti. " Klaus?" Eric bicara tanpa mengalih pandangannya dari menu. Diana angguk. " He is engaged .. no chance for us darling.." Diana berpura pura kecewa. Aku tersenyum melihat telatah gadis itu. Eric kelihatan tidak berminat dengan menu yang disediakan saat ini meminta diri dan beredar pergi. Aku dan Diana berbual kosong sambil menunggu pesanan kami dihidangkan. Aku bersandar sambil membetulkan rambutku yang kubiar lepas. Diana sibuk memberi teguran tentang penampilanku terutamanya tentang cermin mataku. Aku hanya mengiakan kata katanya. Sedang aku dan Diana bicara mataku tertangkap pada kelibat Klaus yang sedang menghampiri kami. " Ms Volkov .. " kedengaran suara lelaki itu , tenang menyebut nama Diana. " Mr Kaiser .. please .." Diana membalas sapaan Klaus dengan sopan sambil mempelawa lelaki itu duduk berhadapannya iaitu bersebelahan denganku. Kusangkakan Klaus akan terus duduk namun lelaki itu mengalih pandangan ke arahku. " May I , Ms Helena.. " Pandangan mata Klaus menusuk jiwaku dan aku tidak pasti berapa lama aku terkedu begitu sebelum mengangguk. Klaus duduk bersebelahanku. Dia memanggil Diana dengan nama keluarga gadis itu , jadi Klaus mengenal Diana? dan Klaus baru sahaja memanggil namanya. Bagaimana lelaki itu mengetahui namanya? Siapa lelaki ini? " I heard about Ivan .. and Petrova. Things brothers do for their sisters .. " Pandangan Klaus tiba tiba beralih ke arahku. Aku menelan liurku. Ada sesuatu tentang lelaki ini yang aku tidak tahu apa. Tuturnya perlahan dan mendatar seperti tiada emosi dalam kata katanya. Mata coklat terangnya kelihatan bersinar . Klaus kembali memandang Diana sambil bersandar di kerusi , dia sepertinya cuba kelihatan tenang dan santai buat kami berdua. " I do understand him, Ms Volkov. I honestly do but my father does not." Klaus memandang Diana tajam. " Mr Kaiser .. I will do whatever it takes." Diana bicara perlahan. Aku semakin keliru. Apakah yang sedang berlaku saat ini? Klaus tersenyum nipis. Seketika kemudian lelaki berkaca mata yang duduk bersamanya menghampiri kami dan menyerahkan sekeping fail kepada Diana. " It's a trade .. I will solve this problem if you are willing to sign this contract." Klaus bicara tanpa selindung. Aku tidak tahu apa isi kontrak yang diperkatakan Klaus namun melihat dari riak wajah Diana ianya suatu yang tidak disukainya. " My grandpa will not agree .. " Diana bicara perlahan , ada getar pada nadanya. Klaus sebaliknya hanya tersenyum. " Your grandpa and my father do not agree on many things Ms Volkov. I do not need their approval, I need yours when the time comes. Will you trade that with your brother's safety? I like Ivan very much, the talented man he is but I lose nothing if you are not willing. You on the other hand might lose your brother. The ball is in your court but time is of the essence." Klaus melurut rambutnya sambil membetulkan duduknya. Diana kelihatan serba salah namun seketika kemudian megalih pandangannya ke arah lelaki berkaca mata yang berdiri betul dibelahnya , lelaki itu faham dengan isyarat Diana menghulurkan sebatang pen yang kelihatan lebih mahal dari jaket yang dipakai olehnya. " Diana .. " Entah dari mana datang keberanianku memecahkan kesunyian dan ketegangan suasana. Don't sign a contract with the devil .. its hell. Namun kata kata itu hanya berada dalam kotak fikiranku. Diana merenungku seketika kemudian tersenyum. " Now you know how it is our life ... Helena , everything has a price and this is the price I have to pay..." Diana bicara lembut. " Diana .. I tak akan faham kehidupan you or Ivan .. but please take a time to think before you sign that?" Aku tidak tahu apa isi kandungan kontrak yang dipegang Diana namun aku tahu ia sesuatu yang berat untuk dilakukan oleh Diana. Apapun ianya. Aku tak mampu hanya berdiam. Klaus berpaling ke arahku. " You will understand .. one day." Klaus lantas bangun dan meninggalkan kami. Lelaki berkaca mata yang aku kira pembantu lelaki itu masih berdiri tidak berganjak. Diana tersenyum ke arahku dan menurunkan tanda tangannya. " Ms Volkov , everything will be fine. " lelaki itu sempat bicara sebelum melangkah pergi. Diana melepaskan keluhannya perlahan. " He is the devil.." Diana bicara antara dengar dan tidak. " Diana , dia nak apa dari you?" Aku tak mampu menahan diriku dari bertanya " Support of my family when the time comes. Whatever it is. The problem is .. my grandpa hate the Kaiser.. but you know Helena .. my grandpa will not save Ivan. He hates Ivan... what choice I have?" Diana kedengaran kecewa. " Diana , apa sebenarnya yang jadi?" Aku bertanya inginkan penjelasan. " Obviously, whatever Ivan did was too much according to the Petrova .. they made fuss, the Brune do not want to take side sebab Petrova doesn't hurt me so why Ivan need to hurt them." Diana menongkat dagunya. “So Petrova demand a compensation . I can't let anything bad happen to Ivan.. secretly i asked for help .. from anyone.. but no one answer me Helena. they wont risk themselves for my brother." Diana merenung tepat ke dalam mataku. " So .. Klaus is your only option?" Aku bertanya soalan yang jawapan sangat terang. Diana angguk. Aku mengerti. Kasih Diana kepada Ivan sangat dalam dan kerana itu dia sanggup berbuat apapun untuk Ivan biarpun mungkin itu bakal mendatangkan masalah pada dirinya. Entah bagaimana Diana ingin membayar janjinya pada Klaus. Namun aku mengerti saat ini Diana lega kerana Ivan akan baik baik sahaja. " Helena .. at least for now I know that Ivan will be safe. At least it is Klaus Kaiser.. you don't want to mess with him. You know , that man has been looking for his lost sister for years now and rumor has it that he will avenge his mother's death. He is a person without anything to lose." Diana mengalih pandangannya. " Hmm .. so you mean something bad happened to his mother?" Aku bertanya perlahan. Diana angguk. " Yes , I dengar his mom was shot and the sister kidnapped. She was like three or four years old.. and he saw everything. So his father sent him to live abroad .. news about mom and sister covered like nothing happened. Weird.. I think dia balik beberapa tahun ni dan cari adik dia. Gossip you know. Ramai perempuan tergilakan dia tapi dia dah bertunang. Helena , this is what you will deal with in your life if you choose to be with Ivan .. or any of us. You will be rich , you can buy anything but you do not have freedom. You will always need to choose the winning side. In the end .. many of them chose themselves. I tak nak jadi macam tu Helena , that is why I chose to help Ivan... " Diana tersenyum . Aku mengerti.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD