Sebuah Janji

917 Words
Aku dan Diana hanya memilih untuk bersantai di kawasan resort sahaja , menikmati kolam air panas dan spa yang ditawarkan kepada pengunjung. Dr Emir dan Ms Erica telah berpesan kepada semua pelajar supaya berhati hati namun mereka tidak mengetahui apa yang terjadi kepada Diana. Menurut gadis itu Shaun tidak bernasib baik kerana memilih dirinya , jika Shaun memilih gadis lain mungkin dia tidak akan menerima nasib yang diterimanya semalam. Namun apa yang akan menimpa gadis itu? Lelaki seperti Shaun tidak segan silu membawa pergi anak gadis yang tidak dikenalinya. Aku bertanyakan tentang Ivan kepada Diana dan gadis itu melemparkan senyuman penuh makna kepadaku. Aku termalu sendiri. " You like him? " Diana bertanya sambil menongkat dagunya memandangku. " I don't know him.." Aku membalas teragak agak. " Well .. dia handsome , funny .. dan kaya.." Diana menjawab soalanku sambil ketawa. Aku tersenyum dengan tingkahnya. " You know what I mean.." Aku memujuk Diana. " He likes you .. bila I cerita pasal you , dia tekun je dengar and dia akan tanya I more about you." Diana tersenyum lebar sambil mengusik pipiku. Aku tersenyum lagi , entah kerana Ivan bertanyakan tentangku atau kerana Diana yang kelihatan begitu ceria. " Tapi you tak pernah bagi tahu I pun. " Aku cuba memancing Diana. " Hmm .. Helena , I takut you tak suka I .. you know after everything , macam mana Alexandra layan you , family you. They sre such a bully dan family I pun sama. They bully the weak. I takut you tak dapat terima dunia I." Diana menjawab perlahan sambil merenungku. Aku melepaskan keluhanku perlahan. Saat ini apa harus kukatakan? Aku melihat sendiri bagaimana Ivan bertindak ke atas Shaun namun adakah Shaun perlu pembelaan dari siapa siapa? Lelaki itu membawa Diana pergi tanpa kerelaannya. " So.. kalau Ivan suka you , you akan suka pada dia? Apa yang I nampak pada Ivan mungkin tak sama dengan apa yang you lihat dalam diri dia. Ivan suffers a lot , emotionally. My grandpa tak suka dia , actually my grandpa hate Ivan's mother and my dad pun tak pedulikan dia." Diana menyambung lagi. " Sebelum you buat apa apa keputusan , you kena tahu yang Ivan is not all good or bad. You nampak sendiri kan apa yang dia mampu buat? and you know I pun tertanya bila I habis belajar , I pun akan jadi macam Ivan? and that time , will you hate me?" Diana menyambung perlahan dan bertanyakan soalan yang aku tak pernah sangka akan ditanyakan kepadaku. Aku memegang tangan gadis itu. " No , I won't hate you. Don't worry okay? " Aku berharap Diana tahu bahawa dia adalah antara orang terpenting dalam hidupku. Aku mungkin tidak pandai menunjukkan isi hatiku namun aku akan lakukan apa sahaja untuk Diana. " Promise?" Diana bertanya serius. " Promise." Aku membalas. Apa sahaja untuk gadis ini. Diana hadir dalam hidupku bagaikan cahaya . Diana tidak pernah melukakan hatiku dan bila aku kenangkan kembali , Diana boleh sahaja memilih untuk menjadi seperti Alexandra , melayanku dengan sangat hina namun Diana tidak begitu. Kami berbual seketika sebelum Diana meminta diri untuk berehat kerana esok pagi kami akan berangkat ke Silver Tower. Aku melangkah perlahan menuju ke bilikku namun telefon pintarku berdering , aku menjawab panggilan tanpa melihat pemanggil. " Hello Ms Helena .. " Suara Ivan kedengaran di talian. " Hi .." Aku membalas pendek. " Can we meet?" Ivan bertanya tanpa selindung namun entah mengapa aku tersenyum dengan pertanyaan itu. " Sure.. when?" Aku bertanya perlahan , antara dengar dengan tidak. " Now .. " Lelaki itu membalas pantas dan belum sempat aku membalas kulihat kelibat lelaki itu menghampiriku entah dari mana. Ivan Volkov , ada apa dengan lelaki ini? Aku hanya melihat Ivan menghampiriku , langkahnya teratur dan pantas namun kelihatan tenang. Aku tertanya lagi , jika aku menerima tawarannya adakah aku layak bersama lelaki ini? Ivan tersenyum ke arahku namun aku tidak pasti apa harus kulakukan. Masa seperti terhenti bagiku. Ivan kemudiannya mempelawaku untuk duduk di restoran , aku hanya menurut kerana itu yang terbaik. Aku tidak mampu menahan panahan mata para pelajar perempuan yang melihat ke arahku kerana Ivan berada di sampingku. Ivan walaupun menyedari keadaan itu sepertinya tidak terusik. Aku membetulkan cermin mataku dan rambutku yang panjang kubiarkan tanpa diikat. Ivan merenungku seketika sebelum lelaki itu tersenyum. Aku mengalihkan pandangan. " Have anyone told you that you are a beautiful woman Helena?" Ivan memulakan bicara. Aku menoleh kearahnya kembali dan senyuman lelaki itu masih tidak hilang. Sejujurnya tiada lelaki pernah memuji ku seperti ini. Apa yang diinginkan Ivan? Aku tahu bahawa aku tidak seperti yang dikatakannya. " I would send that thousands fleet across Aegean sea for you Helena .." Ivan menyambung lagi , nadanya kedengaran lembut biarpun apa yang dikatakannya bukan sesuatu yang aku inginkan. Aku bukan Helen of Troy dan aku tidak akan melakukan sesuatu yang padahnya membunuh begitu ramai . " The things is .. you don't have to sebab I bukan Helen of Troy, no one is competing to get me." Aku membalas bersahaja. Ivan tersenyum mendengar kata kataku. " Do you mean you accept my offer?" Ivan bertanya sambil merenungku penuh makna. Aku diam tidak membalas. Sejujurnya aku gembira apabila mendengar kata kata Diana sebentar tadi kerana seumur hidupku tidak ada seorang lelaki pun pernah berminat kepadaku. Namun apa yang dikatakan Diana ada betulnya , mampukah aku menerima Ivan dan dunianya yang aku tidak kenali? Aku hanya orang biasa. Ivan dan diriku bagai langit dan bumi.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD