Misteri

969 Words
Aku masih memikirkan tentang Ivan, Diana dan Klaus. Ketenangan Diana dalam membuat keputusan itu membuatkan aku gelisah. Seperti apa hidup gadis itu? Aku memikirkan tentang Alexandra dan seingatku tidak pernah sekalipun William White meletakkan apa apa perkara di atas bahu Alexandra. Aku ingin bertanyakan kepada Diana banyak perkara namun Diana tidak kelihatan seperti bersedia untuk menjawab persoalanku. Aku tertanya sendiri , selama ini adakah pandanganku dibutakan oleh senyuman gadis itu? Mengapa selama ini aku tidak melihat semua ini. Diana merupakan teman yang paling dekat denganku. Adakah selama ini aku terlalu memikirkan tentang diriku sendiri hingga aku tidak melihat realiti disebalik tawa riang Diana. Aku menongkat dagu sambil membuang pandangan ke arah tetamu Silver Hotel yang kebanyakannya sedang santai di restoran. Diana telah kembali ke biliknya dan aku tidak berhasrat untuk duduk di bilikku entah mengapa. Lamunanku termati apabila Sebastian menghampiri meja ku. Lelaki itu duduk berhadapan denganku tanpa dipelawa , buat aku termangu seketika. " Hi Helena .. " Sebastian menyapaku setelah membetulkan duduknya. Aku membalas pendek sambil tersenyum. Jantungku berdegup kencang. " Next week your dad invite me to White Mansion .. will you be home?" Sebastian bertanya lembut. Pandangan matanya redup. William White menjemput Sebastian ke White Mansion? " Hmm .. I am not sure. " Aku membalas perlahan. Jika ianya sesuatu yang penting William White tidak akan membenarkan aku berada di White Mansion. " Helena... I know Alexandra can be mean sometimes... I am sorry on her behalf." Aku yang tadinya cuba melarikan pandanganku merenung ke dalam mata lelaki di hadapanku. Aku angguk perlahan. Apa lagi yang harus kulakukan selain itu. Selama ini aku tidak pernah membenci Alexandra. Aku tidak juga marah kepadanya. Apa yang dikatakan oleh Alexandra selama ini di ajar oleh Katerine White. Aku , entah anak siapa siapa yang di bawa pulang oleh William White. Jika aku berada di tempat Katerine mungkin aku juga bertindak seperti wanita itu. Mungkin , seperti mana Katerine membenciku , seperti itu juga Igor Volkov membenci Ivan. Sebastian berbual kosong denganku tentang perjalanan kami di Silver City. Sebastian disenangi ramai kerana karekternya yang tidak angkuh. Selama ini aku hanya melihat lelaki ini dari kejauhan dan di Silver City aku berpeluang berada dekat dengannya. Sungguh , aku punya memori yang indah tentang Silver City. Selain Diana dan Eric aku berpeluang mengenali Leon , Ivan dan Sebastian biarpun dalam waktu yang sekejap. Alexandra beruntung punya Sebastian sebagai teman. Aku dapat melihat sinar dimatanya apabila dia menyebut nama Alexandra. Biarpun hatiku terasa sedikit pedih namun aku bahagia melihat senyuman lelaki ini. Mana mungkin aku meletakkan harapan biarpun hatiku ingin dicintainya. Aku menyukai Sebastian sejak dulu lagi namun adakah itu cinta? Aku tidak pasti namun hatiku senang saat ini dan hatiku senang setiap kali melihat Sebastian. Namun , perasaan ini hanya milik aku seorang. Sebastian berlalu pergi apabila menerima panggilan telefon dari Alexandra dan aku hanya melihat kelibat lelaki itu menghilang. Pandanganku tertumpu kearah Klaus yang duduk selang dua meja dariku. Entah sejak bila lelaki itu berada di situ. Aku sempat mencari tahu tentang lelaki itu di internet dan ternyata Klaus datang dari salah satu keluarga terkaya selain keluarga Brune. Klaus aktif menguruskan aset keluarganya dan terkenal dengan sikap dinginnya. Aku dapat membaca beberapa komen yang mengatakan beberapa perkara tentang Klaus dan seperti yang dikatakan Diana , don't mess with him. Aku mengalihkan pandanganku apabila menyedari bahawa Klaus sedang memandang ke arahku. Seketika kemudian seorang pelayan datang kepadaku dan menyerahkan sebuah bungkusan hadiah kepadaku. Aku membuka kad yang disertakan. ' Ms Helena , may this bracelet lighten your day.' Aku membuka balutan kotak dan terlihat gelang amber biru yang sungguh cantik. Ingatanku kembali ke masa sewaktu aku dan Leon berada di kedai batu permata , seingatku aku terlihat gelang ini dipamerkan dan aku segera mencari nama pengirim namun tidak kutemui. Siapa yang memberiku ini? Adakah orang yang sama memberikanku jaket tempoh hari. Sungguh aku tidak fahami situasi ini. Mengapa harus berteka teki seperti ini?. Aku bingkas bangun apabila menyedari bahawa aku perlu bersiap untuk keluar bersama Diana sebentar lagi. " Ms Helena .. " Klaus memanggilku perlahan sewaktu aku melewati mejanya dan langkahku terhenti. Aku berpaling dan lelaki itu mengisyaratkan supaya aku duduk berhadapan dengannya. Lelaki ini sememangnya menggerunkan dan aku seorang yang tidak akan mencari masalah dengan lelaki seperti dia. Aku duduk seperti yang di arahkan sambil cuba menyembunyikan perasaanku. Klaus kelihatan tenang , memandangku seketika sebelum berbicara. " Ms Helena , I would like to offer you a position in Kaiser Group." nada Klaus kedengaran serius dan aku tergamam dengan apa yang kudengari. Aku tidak dapat berfikir selain dari Klaus ingin aku berada di Kaiser Group kerana Diana. Aku belumpun tamat pengajian dan dengan apa yang terjadi , semestinya lelaki itu ingin mengetahui lebih banyak tentang Diana. " Ms Helena .. the offer is valid anytime. Call me whenever you accept it." Klaus sepertinya tahu apa yang bermain di fikiranku. Bila bila masa? tawaran seperti apa ini? Adakah ini satu permainan buat lelaki ini? Aku menelan liurku. Klaus ingin mengawal apa apa yang berkaitan Diana. " I have a question .. if you don't mind." Klaus tersenyum nipis. Aku angguk perlahan. " Do you like to hide? " Klaus bertanya tanpa selindung. Aku agak terkejut dengan soalan lelaki dihadapanku ini. Klaus masih kelihatan bersahaja , seperti tiada apa yang dapat disembunyikan dari mata coklat terang miliknya. " I don't understand .. Mr Kaiser." Aku membalas perlahan. " Your eyes , your hair .. Ms Helena , maybe you will know yourself better if you don't hide so much." Klaus bicara tanpa selindung.. Lelaki ini pastinya mengetahui banyak perkara. Sejujurnya bukan aku sengaja mewarnakan rambutku dan kanta lekap hitam yang aku kenakan sebelum memakai kaca mata namun ini adalah perintah dari William White dan aku sentiasa perlu mematuhi arahan William White sejak dibawa ke White Mansion. Namun bagaimana Klaus tahu tentangnya?
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD