Altstadt Part One

2041 Words
Telefon pintarku berbunyi beberapa kali menandakan waktu untuk bangun dan bersiap. Kepalaku terasa berat namun kugagahkan jua diriku untuk bangun menuju ke bilik mandi. Selesai mandi aku segera bersiap. Aku memilih baju tee bewarna putih dipadankan dengan jeans biru gelap. Sambil aku menyisir rambut aku memeriksa mesej yang masuk dan Diana telahpun berada di lobi. Aku membalas mesej gadis itu ringkas dan segera memeriksa setiap ruang sebelum meninggalkan bilik. Diana melambai kearahku dan aku melangkah ke arahnya. Ms Erica mengarahkan para pelajar untuk memulangkan kad akses kepadanya dan naik ke bas yang telah disediakan mengikut senarai nama seperti sebelumnya. Aku melangkah ke arah bas yang bertanda B dan mencari tempat dudukku. Aku bersandar sambil memejamkan mata , kepalaku terasa berdenyut denyut entah mengapa. Selang beberapa minit kemudian seseorang duduk bersebelahan denganku. Aku ingin membuka mata namun terasa berat lalu ku biarkan mataku terus terpejam. Aku dapat merasakan pergerakan bas sebelum akhirnya aku terlena. "Helena.." Suara yang seringkali kudengar beberapa hari ini memanggilku perlahan. Aku membuka mataku perlahan dan badan Leon menghala ke arahku. Aku segera membetulkan dudukku dan tanpa kusedar aku memegang kepalaku yang masih berdenyut. " Are you okay?" Leon bertanya serius. Aku angguk. " Are you sure?" Leon bertanya dan tanpa aku duga lelaki itu meletakkan belakang tapak tangannya ke dahiku tanpa amaran. Reaksi wajahnya berubah. " You demam .. last night you slept at the balcony.. If I am not there you will freeze to death. What were you thinking Helena? " nada Leon perlahan namun ada kekesalan di situ. Adakah aku sedang dimarahi lelaki ini. Leon bangun dari duduknya dan berjalan ke arah hadapan bas. Sekembalinya lelaki itu dia membawa sepapan panadol beserta sebotol air mineral. " There will be a clinic at our next stop. Take this panadol for now." Leon menghulurkan sebiji panadol kepadaku. " Thanks, Leon." Aku mengucapkan terima kasih kepadanya. " Hmm wait , you kena makan sikit." Leon bangun dan mengambil beg nya yang terletak di bahagian simpanan beg lantas mengeluarkan sebungkus roti dan segera menghulurkannya kepada ku. Bagaimana lelaki ini bersedia dengan semua perkara. Aku menelan beberapa cubit roti dan menelan panadol yang diberi Leon. Aku bersandar dan terlena kembali. Aku tersedar apabila terdengar pengumuman bahawa kami telah tiba di destinasi seterusnya. Aku memandang ke arah luar bas dan terlihat pemandangan bangunan bangunan lama. Kami kini berada di Altstadt. Leon sedang membuat panggilan telefon semasa kami di arahkan turun dari bas. Penginapan kami malam ini adalah di tengah tengah bandar lama ini. Aku berdiri menunggu bagasiku diturunkan dari ruang penyimpanan oleh pemandu bas. " Helena , lepas check-in you pergi inhouse clinic okay? I dah buat appointment untuk you." Leon bicara sambil matanya memandang ke arah staf Altstadt Hotel yang baru sahaja tiba. " Can you walk?" Leon bertanya lagi tanpa menunggu jawapan dariku. Aku angguk. Leon kemudiannya mengambil bagasiku tanpa lengah. Staf lelaki itu mengetuai kami berjalan melalui beberapa bangunan lama menuju ke kawasan hotel. Sepuluh minit berjalan kami sampai ke sebuah bangunan yang terlihat seperti istana lama dengan ciri ciri Gothic. Aku terpegun seketika sebelum lamunanku dikejutkan dengan pengumuman Dr Emir. Dr Emir mengarahkan kami mendaftar masuk kedatangan dan kemudiannya meminta kami ke kaunter hotel dan mengambil kunci bilik. Kelihatannya Diana sudahpun mendaftar masuk , Dr Emir tidak menunggu sehingga kesemua pelajar sampai kerana bangunan lama ini mempunyai kapasiti lif yang terhad dan bagi mengelakkan kesesakan di lobi kami di arahkan segera mengambil kunci bilik dan ke bilik masing masing dengan bantuan staf hotel. Dr Emir sempat berpesan agar kami segera turun ke kafeteria hotel untuk sarapan pagi setelah meletakkan bagasi. Aku mengekori langkah Leon kerana sejujurnya aku tidak dapat berfikir kerana kepalaku masih berdenyut kesakitan. Seperti sebelumnya bilik ku terletak bersebelahan dengan bilik Leon. Leon meletakkan bagasiku ke dalam bilik dan mengarahkanku untuk terus ke klinik. Lelaki itu meletakkan bagasi miliknya dan segera mengisyaratkan agar aku mengikutnya. Tanpa bertanya aku hanya menurut. Leon membawaku ke klinik yang diperkatakannya dan setelah mendaftar butiran aku diberi rawatan. Doktor membuat kesimpulan bahawa demamku mungkin berpunca dari kepenatan dan perubahan cuaca. Aku bertanyakan tentang bil perubatan namun jururawat bertugas memberitahuku bahawa segalanya sudah termasuk di dalam cas hotel. kali pertama aku berada di hotel yang mempunyai klinik sebagai salah satu fasilitinya. Melangkah masuk ke dalam kafeteria , tumpuan para pelajar beralih ke arah aku dan Leon. Aku memperlahankan langkahku dan cuba bersembunyi di sebalik tubuh sasa Leon. lLelaki itu mengisyaratkan agar aku duduk bersebelahan dengannya di meja berhampiran yang terletak di bahagian hadapan kafeteria. Aku menurut. Sesungguhnya lelaki ini tidak memperdulikan pelajar sekelilingnya. Tumpuan Leon terus kepada Dr Emir seperti tiada apa yang berlaku , sepertinya pelajar pelajar ini tidak wujud. Aku mencari cari Diana dengan anak mataku dan gadis itu melambaikan tangannya ke arahku. Aku melontarkan senyuman sebelum kembali melihat ke hadapan , ke arah Dr Emir namun pandanganku beralih ke arah Leon seketika kemudian. Mengapa lelaki ini begitu baik denganku? Selama ini tiada seorangpun memperlakukan aku begini. Saat ini gambaran patung Ursula bermain di fikiranku , satu sisi cantik , Ursula , puteri kepada Poseidon dan sisi lain yang selalu diperkatakan , Ursula seorang ahli sihir laut yang mengambil suara puteri duyung yang jatuh cinta dengan seorang putera.. Adakah kedua duanya benar atau ke dua duanya hanya sekadar cerita? Aku tertanya sendiri mengapa Leon sebegini baik terhadapku kerana aku bukanlah siapa siapa dan lelaki ini hanya mengenalku selama dua hari termasuk hari ini. Bukan aku tidak menginginkan perhatian dan layanan seperti ini namun aku sedar diriku hanya seorang gadis miskin yang menumpang hidup. Aku tidak layak menerima segala kebaikan. Aku kembali memandang ke arah Diana. Selama ini hanya Diana yang berada disisiku dan gadis itu akan mempertahankanku jika aku dibuli. Aku berada di Victoria School seawal umurku enam tahun dan Alexandra telah memberikan gambaran yang jelas tentang status hidupku kepada semua pelajar dari hari pertama persekolahan lagi. Dia memanggilku dengan gelaran yang sangat menyakitkan dan aku tiada daya untuk menafikannya. Diana hadir dalam hidupku pada tahun ke tiga persekolahan. Pelajar cantik itu menghampiriku sewaktu aku jatuh ditolak dan bajuku kotor dengan tumpahan makanan pelajar pelajar yang diketuai oleh Alexandra. Diana menghulurkan tangannya membantuku bangun dan aku dapat melihat dari tag namanya 'Diana Natasha' . Dia secantik namanya. Diana memberikan pakaian sukannya kepadaku dan itulah kali pertama aku berasa seperti dihargai seseorang. Diana seorang pelajar yang periang dan aktif namun dia selalu sahaja bersama sepupunya Eric Lestat. Gadis itu hingga ke hari ini jarang berbicara tentang keluarganya kerana menurut Diana ibu dan bapanya telah bercerai dan mereka telah mempunyai keluarga sendiri. Eric pula seorang pelajar yang sangat pintar dan serba boleh , dia akan melakukan apa sahaja untuk Diana dan kerana Eric jualah gred aku dan Diana tidak jauh cemerlang dari lelaki itu. Taklimat Dr Emir berakhir dan para pelajar mula memesan makanan. Leon telah berada di meja buffet sementara aku duduk berhadapan dengan Diana. Kami berbual seketika dan gadis itu bertanyakan perihalku. Diana kemudiannya mengarahkanku untuk makan sebelum mengambil ubat. Aku hanya menurut dan belum sempat aku bangun dari dudukku Leon telah berada di sisi meja sambil meletakkan makanan yang dibawanya. Aku dan Diana hanya memerhatikan tingkah laku lelaki itu , hatiku tertanya adakah lelaki ini mahu duduk makan bersama kami berdua? " You makan sikit then makan ubat. After that we discuss about our task." Leon melangkah pergi tanpa menunggu jawapanku. Aku dan Diana berpandangan. Bubur nasi , sup ayam , buah oren dan air kosong. " What is he up to? Dia ambilkan makanan you.. Helena , you demam sebab dia buli you kan? Sekarang dia nak make up for his mistake? tapi.. Leon bukan that kind of person yang regret after buat salah.." Diana mengomel sendirian sambil melihat ke arah makanan yang dibawa Leon. " He has been kind.." Aku membalas pendek sambil menyuap makanan tanpa berlengah kerana jujurnya perutku mula lapar. Makanan yang kelihatan menarik itu walaubagaimanapun tidak memberi apa apa rasa. " Don't be fooled by him Helena , you don't know him." Diana meneruskan bicaranya. Aku diam tidak membalas. Betul aku tidak mengenali lelaki itu namun adakah sesiapapun antara mereka mengenal siapa Leon yang sebenarnya? Aku mengalihkan pandanganku ke arah Leon , lelaki itu duduk berseorangan dan aku dapat merasakan kesunyian itu. Selama ini aku menganggap bahawa aku hidup dalam kesunyian yang tak akan difahami siapa pun namun setelah melihat Leon aku seakan merasakan bahawa lelaki itu lebih sunyi dari diriku dan lelaki itu tidak mampu membenarkan sesiapun hadir di dalam hidupnya. Sewaktu aku melihat dia bersama Louis aku masih merasakan seolah olah Leon keseorangan walaupun Louis berada disampingnya. Aku sendiri tidak mengerti mengapa aku punya perasaan sebegitu. Aku dan Diana berbual sambil menghabiskan makan pagi kami. Diana berpesan supaya menghubunginya jika aku perlukan sesuatu kerana hari ini kami akan berada di luar bersama kumpulan masing masing bagi tugasan seterusnya dan Diana tidak akan berpeluang bertemu denganku hinggalah tugasan selesai. Menurut Diana dia ditugaskan untuk membuat laporan tentang bahagian barat bandar lama ini sementara kumpulanku pula ditugaskan di bahagian timur. Aku hanya mendengar penerangan Diana kerana aku terlepas taklimat awal Dr Emir sebentar tadi. Bandar lama ini dibahagikan kepada dua bahagian dan dipisahkan oleh sebatang sungai yang dihubungkan oleh sebuah jambatan panjang. Kami berada di bahagian barat bandar. Diana melangkah pergi apabila Eric memanggilnya dan aku bangun menuju ke meja Leon. lelaki itu sedang menulis sesuatu dan terhenti apabila menyedari kehadiranku. Leon bertanyakan jika aku mampu berjalan untuk tugasan hari ini dan aku memberitahunya bahawa setelah makan dan mengambil ubatan aku berasa lebih baik dan aku tidak mahu melepaskan peluang untuk berjalan di sekitar bandar lama ini. Leon hanya mengangguk dan kami berdua meninggalkan kawasan kafeteria. Seperti biasa mata mata pelajar perempuan tidak lepas memandang Leon. Aku semakin biasa dengan perhatian yang diberi oleh mereka sejak berada di sisi Leon. Cuaca pagi ini sejuk dan kerana kedudukan bandar yang berada di kawasan tinggi sebahagian kawasan berdekatan hotel dilitupi kabus. Hotel yang juga istana lama itu dibina agak tinggi berbanding dengan bangunan bangunan lain dan kabus mula hilang setelah kami turun ke kawasan yang lebih rendah. Aku seperti biasa sibuk mengambil gambar hampir setiap sudut dan bangunan yang dilewati kami berdua. Leon diam tanpa bicara. Entah apa yang bermain di fikiran lelaki itu. Bahagian barat bandar lama ini kelihatan lebih mewah dari bahagian timur , aku dapat melihat perbezaannya apabila kami melintasi jambatan panjang itu. Aku berdiri di akhir jambatan dan beberapa langkah lagi kami akan berada di bahagian timur dan aku mengambil sekeping gambar dari sudut ini. Seperti inilah duniaku , memandang kemewahan itu dari kejauhan. Leon telahpun mendahului langkahku dan aku secara sengaja mengambil gambarnya berlatar belakangkan bahagian timur yang menempatkan rumah rumah binaan lama serta kawasan pertanian. Kami berhenti di peta lokasi dan Leon menunjukkan kepadaku satu perkampungan di atas peta. Jaraknya adalah lima ratus meter dari lokasi kami. " Can you walk further or you need a rest?" Leon bertanya sambil melurut rambutnya kebelakang. " I can walk .. " Aku menjawab ringkas. Aku sudah terbiasa berjalan jauh walaupun aku berasa sedikit letih aku masih mampu meneruskan perjalanan kerana aku tidak mahu menjadi penyebab tugasan kami tertangguh. Masih banyak yang perlu dilakukan dan jam telah menunjukkan pukul sebelas pagi. Aku membuka peta bahagian timur yang diambil oleh Leon sebentar tadi dan membaca sedikit info yang ditulis. Kawasan perkampungan yang dituju kami adalah pusat budaya masyarakat asal tempat ini. Mendekati kampung yang dituju aku terlihat kedai kedai kecil di jalanan yang menjual pakaian budaya masyarakat tersebut. Jadi walaupun Silver City adalah milik keluarga Brune , mereka masih membenarkan masyarakat ini tinggal di perkampungan ini dan membenarkan mereka mengekalkan budaya asal mereka. Aku perlu mencari tahu dengan lebih lagi mengenai Silver City namun carian di internet adalah sangat terhad. Setelah setengah jam berlalu kami tiba di pintu masuk perkampungan yang dipanggil Torp Village. Aku dan Leon mendaftar masuk di pintu utama dan seorang lelaki berpakaian tradisional menghampiri kami berdua. Lelaki itu menyapa kami dan memperkenalkan dirinya sebagai Ulf. " Hello , I am Helena.." Aku membalas sapaan Ulf. " And you my lady is as beautiful as Helen of Troy." Ulf membalas sambil tersenyum. " And this must be your Trojan Prince.." Lelaki itu memandang ke arah Leon. " Leon." Leon membalas pendek. " Ah .. the Greek Lion!" lelaki itu masih tidak henti dengan jenakanya. Aku tersenyum sendiri sementara Leon tidak membalas.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD