Altstadt Part Two

2022 Words
Lelaki bernama Ulf itu menerangkan serba sedikit mengenai Torp Village. Aku mendengar dengan tekun dan menulis beberapa poin penting yang mungkin berguna. Ulf juga memaklumkan bahawa sepanjang minggu ini mereka menyambung pesta perkahwinan. Ulf menawarkan diri untuk menjadi pemandu pelancong kami tetapi ditolak oleh Leon. Aku tidak membantah keputusan Leon lantas kami meneruskan perjalanan ke kawasan dalam perkampungan. Perkampungan Viking ini kelihatan sangat terjaga dari luarannya. Rumah rumah kayu berbumbung jerami masih banyak kelihatan. Adakah mereka masih tinggal di dalam rumah seperti ini? Seperti biasa aku mengekori langkah Leon sambil mengambil gambar. Demamku seakan mula kebah dan kepala ku tidak lagi berdenyut. Mungkin kerana ubatan yang diambilku dan memang kebiasannya aku akan sembuh dengan cepat. Badanku juga mengerti bahawa aku tidak boleh jatuh sakit berlama lama. Langkah ku terhenti apabila Leon berhenti di hadapan sebuah rumah kayu kecil yang di luarnya berukir simbol busur panjang. " You nak try memanah?" Leon bertanya sambil mengetuk pintu rumah kayu itu. Aku menggeleng pantas namun pintu rumah telah dibuka dan seorang lelaki bertanyakan Leon jika kami mahu mendaftar dalam aktiviti memanah. Leon mengangguk dan menulis namanya di atas sekeping kertas yang diberi oleh lelaki itu yang kemudiannya menjemput kami berdua masuk. Rumah kayu itu dipenuhi pelbagai busur panjang dan Leon kelihatan berminat dengan beberapa reka bentuk yang ditunjukkan kepadanya. Aku membaca info yang tersedia di pintu masuk rumah ini dan semua busur dibuat oleh pemilik rumah ini bersama ahli keluarganya turun temurun. Harga yang ditawarkan adalah antara tiga ratus Euro hingga dua ribu Euro. Selain alatan memanah mereka juga menjual kapak yang digunakan sebagai senjata. Beberapa minit kemudian Leon selesai dengan urusannya. Kami meneruskan perjalanan sementara aku melihat tema tugasan yang baru sahaja di muat naik. Antara tema yang tersenarai adalah budaya masyarakat , seni bina dan sektor perdagangan. Arahan tugasan kami adalah laporan mengikut tema. Aku tidak pasti jika ianya relevan atau laporan yang diminta adalah sebagai alasan buat para pelajar mempelajari sesuatu selain bersiar siar tanpa hala tuju. " You know the Vikings don't live here originally right.. " Leon bertanya secara tiba tiba. Aku menggeleng. Aku tidak begitu arif dengan sejarah Viking. " Previously their families were traders .. sometimes they use the mountain pass to travel. Things change and some of them chose to live here. Not many of them now and now their village is a tourist attractions. They even change the village name." Leon memandang ke arahku. " So .. ini semua untuk tujuan pelancongan sahaja?" Aku bertanya pantas. " Yes and no .. The Brune Family fund them to live here.." nada Leon perlahan. " Really? So they get money to live here?" Aku bertanya seakan tidak percaya. Leon angguk. " For generations .. they do not have to worry.. " Leon menyambung. Mendengar penjelasan Leon aku tertanya tanya berapakah jumlah kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Brune. " Well , The Brune Family makes more than what they give.. " Leon seakan membaca apa yang bermain di fikiranku. Lelaki ini memang boleh membaca fikiran agakku. Kerana ini entah kali yang keberapa Leon menjawab soalan yang bermain di mindaku. Langkah kami di atur perlahan melewati rumah rumah tradisional yang dibina dari kayu. Sudah tentu mereka mempunyai cara mengekalkan rumah rumah ini agar sentiasa panas pada musim sejuk begini. Beberapa orang kanak kanak berlari lari riang sementara beberapa orang wanita berpakaian tradisional berjalan menuju ke arah pasar kecil tidak jauh dari kami berdua. Leon mencadangkan agar kami mencari tempat makan sebelum meneruskan penerokaan. Setelah beberapa minit berjalan kami menjumpai sebuah restoran yang menyediakan makanan , tanpa berlengah aku dan Leon melangkah masuk. Kelihatan beberapa orang pelajar dari Victoria sedang menikmati makanan yang kelihatan menyelerakan. Tanpa membuang masa kami memesan beberapa jenis makanan berasaskan sayuran dan buah buahan. Menurut staf restoran tersebut makanan yang di pesan kami bukanlah makanan tradisional mereka namun Leon berfikir bahawa kami tidak seharusnya makan makanan berat. Aku tidak membantah kerana aku tidak begitu memilih soal makanan. Tambahan pula deria rasaku masih belum pulih sepenuhnya. Di bahagian hadapan restoran terletak bar bagi mereka yang tidak berhajat untuk duduk di meja makan dan hanya ingin bersantai. Restoran sederhana besar ini penuh dengan hiasan mitos Norse. Gambaran Odin , Thor dan Freja antara yang menarik perhatianku. " Freja , she was sent to the Aesir as a token of truce." Leon turut sama memandang ke arah potret Freja. " Powerful and all but cried gold and ambers searching for her husband.. love is a strange thing. " kata kata Leon di sambung oleh pelayan wanita yang membawa makanan kami. Pelayan wanita itu memberitahu bahawa kami boleh melihat melihat batu permata itu di kedai berdekatan. Aku mengangguk dan berterima kasih di atas info yang diberi. Pelayan itu melirik ke arah Leon sebelum berlalu pergi. Kami menikmati makanan yang dihidangkan sambil Leon kelihatan seperti memikirkan sesuatu. Aku sendiri masih memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh pelayan wanita itu sebentar tadi. Cinta , aku kira aku merasainya namun adakah aku memahaminya? Aku bukan Helen of Troy yang direbut lelaki , aku juga bukan seperti Freja. Cinta yang aku rasakan hanya tersimpan dalam hatiku tanpa sesiapapun mengetahuinya. " Helena , do you by any chance believe in love?" nada Leon perlahan namun begitu jelas kedengaran. Aku terkedu seketika dengan soalan lelaki ini. Antara percaya dengan tidak dengan soalan sebegitu. Aku memandang Leon sambil menelan makanan yang berbaki di dalam mulutku. Leon kelihatan tenang dan bersahaja , mata biru itu redup memandangku. Adakah aku harus jujur dengan jawapanku? Leon masih menunggu jawapanku. Ianya hanya sekadar soalan namun mengapa ianya seperti sangat sulit buatku untuk memberi jawapan. " I .. I tak tahu.. what is love Leon?" Aku tidak pasti dari mana ayat itu datang , yang pastinya ia keluar dari mulutku tanpa sedar. " The question I cannot answer. .. " Leon tersenyum nipis dan ini kali kedua aku melihatnya tersenyum. " Whatever it is , it brings tragedy .. a thousand fleets of ship crossed the Aegean Sea for a stolen love for example." Leon menyambung . Lelaki itu mengatakan bahawa kerana cinta terhadap Helen of Troy peperangan berlaku dengan begitu lama. Sebuah tragedi hanya kerana cinta. Di usia kecilku aku begitu berminat dengan cerita tentang Helen of Troy. Bagaimana begitu ramai lelaki menginginkannya sehingga mereka berjanji bahawa mereka akan ikut berperang jika Helen di bawa pergi selain dari suaminya yang sah. Wanita seperti apakah Helen sehingga dia begitu berharga? Namun Helen memilih untuk pergi bersama Paris , seorang putera Trojan dari Troy , meninggalkan suaminya. Setelah meninggalkan restoran kami berdua menuju ke kedai batu permata yang dikatakan pelayan tadi. Beberapa orang pelajar dan pelancong kelihatan sedang memilih beberapa utas rantas emas yang dihias batu Amber. Aku melihat info yang tertera dan mereka memanggil Amber sebagai air mata Freja. Aku leka dalam memilih dan mataku terpandang seutas gelang tangan yang diperbuat dari batu Amber , menurut pekerja kedai Amber boleh membantu mengurangkan perasan bimbang. Gelang tangan itu berharga lima puluh Euro sahaja jadi aku membuat keputusan untuk membelinya sebagai kenangan. Aku tersenyum sendiri melihat gelang tangan yang kubeli sebentar tadi. Ini adalah antara benda termahal yang ku beli beberapa tahun ini. Aku mengambil gambar kedai sebelum kami berdua melangkah pergi. Aku dan Leon kemudiannya berjalan di sekitar kawasan buat beberapa ketika dan kami duduk di sebuah patio yang disediakan buat pelancong pelancong berehat. Kami berdua berbincang mengenai tugasan pertama iaitu mengenai Valley Aquarium dan kemudiannya menghantar tugasan tersebut secara dalam talian. Selepas itu kami berbincang mengenai tugasan hari ini. Tema budaya masyarakat di ambil dan leon memberi beberapa poin penting sambil aku menaip dan menambah poin dari sudut pandangku sendiri.Gambar gambar berkaitan juga disertakan. Aku menyimpan laporan sebagai draf. Jam menunjukkan pukul lima petang dan sebentar lagi matahari akan hilang dari pandangan , musim luruh begini waktu siang adalah lebih pendek dan kami bercadang untuk ke bahagian barat sebelum terlalu lewat. Leon memberitahuku bahawa dia akan kembali pada waktu malam untuk aktiviti memanah dan aku hanya mengangguk faham. Kami memulakan langkah menuju ke pintu keluar kampung namun pemandangan di hadapanku menarik perhatianku untuk berhenti seketika. Kelihatan seorang wanita dan seorang lelaki bertukar pedang sesama sendiri . Menurut Leon ianya adalah salah satu ritual dalam majlis perkahwinan di sini. Ia adalah simbol perlindungan antara dua keluarga. Kami tidak menunggu terlalu lama kerana hari mulai gelap. Setengah jam kemudian aku dan Leon tiba di jambatan yang menyambungkan bahagian timur dan barat. Aku mengambil gambar sungai jernih yang mengalir di bawah jambatan sambil berjalan. Bahagian barat kelihatan terang benderang dengan hiasan lampu, terlihat begitu mewah begitu dan kami dapat melihat istana lama yang merupakan hotel kediaman bagi pelajar Victoria hari ini. Hotel itu kelihatan sangat gah di dataran yang lebih tinggi. Inilah pemandangan yang dilihat oleh mereka yang tinggal di bahagian timur. Setelah beberapa jam berjalan aku berasa letih namun aku masih ingin melihat bahagian barat. Kami bertembung dengan beberapa orang pelajar yang sedang menuju ke bahagian timur. Beberapa minit berlalu dan akhirnya kami tiba di bahagian barat. Aku menghela nafas lega. kami kemudiannya berjalan santai tanpa arah. Aku menghabiskan masa dengan mengambil gambar dan membaca info yang tersedia. Sedang aku leka mengambil gambar lenganku di tarik kasar dan aku hampir terjatuh namun tangan itu memegang bahuku. Aku mengangkat mukaku dan wajah Leon begitu rapat denganku sebelum lamunanku dimatikan oleh bunyi tapak kaki kuda. Aku membetulkan posisi badanku dan Leon melepaskan pegangannya. "Careful.." Leon hanya mengucapkan itu namun jantungku masih berdegup laju dengan apa yang baru sahaja terjadi. Aku hampir hampir dilanggar oleh kereta kuda sebentar tadi dan Leon telah menyelamatkan ku. Bagaimana aku tidak mendengar bunyi tapak kaki kuda itu dengan lebih awal. Aku termalu sendiri. Leon sepertinya tidak mengambil kisah akan hal itu dan terus melangkah ke arah 'Town hall'. Aku mencuri pandang ke arah lelaki itu , entah mengapa jantungku masih berdegup laju. Pandangan mata Leon tadi bermain di fikiranku dan aku seperti masih terasa bagaimana lelaki itu memegang bahuku. Aku menggelengkan kepalaku cuba untuk membuang fikiran itu jauh jauh. Leon sudahpun masuk ke dalam sementara aku masih berlegar legar di bahagian luar bangunan. Sedang aku leka melihat gambar gambar yang ku ambil seseorang menyapaku. Aku terkaku seketika sebelum menoleh ke arah suara yang kukenal itu. Sebastian berdiri tidak jauh dariku. Lelaki itu kemudiannya menghampiriku perlahan. Aku mengukir senyuman ke arahnya. " You buat task bahagian ni juga?" Sebastian bertanya sambil memandangku. " Tak .. I jalan jalan sekejap.." Aku membalas sedikit tergagap. Aku sendiri malu dengan perlakuanku itu. Sebastian angguk. " Is everything okay?" Sebastian bertanya lembut. Aku hanya mengangguk , tidak pasti apa harus kukatakan kepadanya. Ini adalah kali pertama setelah sekian lama aku tidak berbual dengannya. Selama ini aku hanya melihat Sebastian dari jauh dan hanya bertukar senyuman. Aku pasti di hadapan Sebastian saat ini aku seperti anak kecil yang hilang arah. Apabila melihat Sebastian begini dan begitu ramah denganku , jantungku seakan akan ingin berhenti berdegup. Aku ingin merenung wajahnya namun diriku terlalu malu untuk berbuat begitu. Aku akhirnya mengalih pandangan ke arah bangunan yang tersergam indah di hadapanku. "Would you like to have a drink with me?" Sebastian bertanya perlahan. Aku memandangnya , lelaki kacak yang selama ini aku minati bertanya jika aku ingin minum bersamanya. Aku bertanya diriku sendiri adakah ini mimpi? Lidahku kelu walaupun hatiku telah menjawab . Ya! aku ingin menerima pelawannya namun diriku seakan terpaku di situ melihat Sebastian. Kebodohan apakah ini. Ake menelan liurku dan .. " Helena? " Suara itu memanggilku seperti selalu dan tanpa kusedar aku menoleh ke arah pintu masuk Town Hall dan kelihatan Leon sedang melangkah ke arahku. Langkah Leon teratur seperti selalu , riak wajahnya kosong tanpa reaksi. Sebastian masih berdiri di sisiku. " Sebastian .. " Leon menegur Sebastian , nadanya mendatar tanpa emosi. " Leon." Sebastian membalas sapaan Leon. Sama seperti Leon , wajah Sebastian tidak menunjukkan apa apa reaksi. Suasana seperti tegang seketika. Leon memandang ke arahku dan aku faham bahawa lebih baik Leon dan Sebastian tidak berada terlalu lama bersama apabila apa yang dikatakan oleh Diana hadir dalam fikiranku. " Sebastian , good night." Aku mengucapkan selamat malam buat Sebastian sebagai tanpa bahawa aku ingin beredar. hanya itu yang mampu ku ucapkan saat ini. Leon kelihatan berpuas hati dan kami melangkah pergi meninggalkan Sebastian.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD