Valley Aquarium

2560 Words
Kelibat Diana muncul kelihatan riang namun riaknya bertukar serius apabila melihat Leon yang sedang duduk berhadapan denganku. Diana memandang Leon seketika seakan akan ingin mengatakan sesuatu namun gadis itu berpaling ke arahku , duduk bersebelahan denganku dan membelek jaket yang sedang di pakai ditubuhku. " Wow .. you beli dekat mana ni? Cantik." Diana bertanya sambil terus membelek. Aku menelan liurku , setahu aku Diana hanya pandai berlakon di hadapan Dr Emir. Aku membetulkan dudukku. " I ingat you yang bagi I." Aku berbisik berharap agar Leon tidak mendengar bicara kami. " Come on Helena .. I nak beli juga." Diana terus mendesakku. " I tak beli , ada orang bagi I .. you know I have no money." Aku membalas. Diana memandangku seakan tidak percaya dengan apa yang diucapkanku. " It's from Saint Laurent." Leon menyampuk. Kami berdua memandangnya serentak. Aku tidak mengetahui jenama itu. Diana menaip Saint Laurent dan membelek jaketku sebelum memandangku sekali lagi penuh makna. " Three thousand Euro jacket .. who give you this?" Diana bertanya lagi. " Helena , you have a secret admirer ." Leon menyampuk lagi. Kali ini Diana memandang ke arah Leon. " Anyway , I will go to Aquarium with Helena for our task." Leon bangun dan memandang ke arahku. Seketika aku terdiam tidak tahu apa yang harus kubalas kerana aku tidak mengetahui bahawa tugasan kami bermula di sini. Diana angguk. " Okay .. Helena , you text I okay . Take care. This jacket look great on you." Diana tersenyum memandangku. " You can join us.. " Aku seakan memujuk Diana untuk pergi bersamaku. Diana menggeleng. " I have another plan. Enjoy." Diana membalas dan bingkas bangun. Aku mengangguk perlahan dan turut bangun. Kami berjalan beriringan hingga ke pintu restoran dan Diana menaiki buggy yang tersedia menunggu di luar. " Let's take a short walk .." Leon memecah kesunyian di antara kami. Aku hanya mengangguk. Sebetulnya aku ingin melihat matahari terbenam hingga ke akhirnya bersama Diana sebelum ke Aquarium , mujur Leon juga ingin berjalan di persisiran pantai sebelum memulakan tugasan kami. Aku tersenyum sendiri. Kami berjalan beriringan , aku cuba menyaingi langkah lelaki itu dan Leon akhirnya sedar dengan perlakuanku dan memperlahankan langkahnya. Kasut yang dipakaiku tidak sesuai digunakan untuk berjalan di atas pasir. Aku berhenti seketika dan membuka kasut yang dipakaiku. Leon berdiri betul di hadapanku. " You tunggu sini sekejap .." Leon berbicara dan tanpa menunggu balasanku lelaki itu telah melangkah laju meninggalkanku. Aku mengangguk perlahan dan terus membuka kasut ku dan duduk di kerusi rekreasi berdekatan. Angin senja bertiup lembut , kedinginannya menampar nampar mukaku. Aku berpeluk tubuh , jaket yang diberi kepadaku ini terasa begitu selesa. Siapakah gerangan pemberi jaket ini. Jika betul aku mempunyai 'secret admirer' seperti yang dikatakan Leon mengapa perlu menghabiskan sebanyak tiga ribu euro hanya untuk berahsia denganku. Tiga ribu Euro adalah jumlah yang banyak untukku namun mungkin tidak begitu banyak untuk anak anak kaya ini. Aku tidak pernah membeli apa apa barangan sebegini mahal. Leon kelihatannya mengetahui banyak perkara dan jika apa yang dikatakan oleh Eric tentang Leon datang dari keluarga Darby yang mempunyai pertalian dengan keluarga Brune , tidak hairanlah Leon tahu perkara perkara seperti ini. Alexandra juga pasti tahu jaket ini berjenama apa. Hanya aku yang tidak mempunyai pengetahuan sebegitu. Setiap hari aku hanya memikirkan gred peperiksaan yang bakal kuterima dan syarikat apa yang harus ku mohon untuk meneruskan hidup kerana setelah tamat kuliah aku harus berdiri di atas kaki sendiri. Aku mungkin tidak akan mampu menjejakkan kaki ke sini lagi dan semua ini akan tinggal kenangan. " Helena ." Lamunanku termati mendengar sapaan Leon. Lelaki itu meletakkan sepasang sandal di sisiku dan mengisyaratkan supaya aku memakainya. Sandal bewarna merah jambu itu kelihatan cantik di mataku. Aku segera mencubanya dan tersenyum sendiri. Aku mengeluarkan beberapa keping dolar dari kocek jeansku dan menghulurkannya kepada Leon. Lelaki itu tidak menyambut huluranku dan aku tersedar bahawa aku hanya menghulurkan sepuluh dolar , sandal seperti ini mungkin berharga lebih dari itu. " Sorry .. berapa harga sandal ni? I bayar nanti? I bawa sepuluh dolar je.." Aku memandang Leon sambil berharap dia setuju dengan permintaanku. " It's okay , jom." Leon mula melangkah. Aku pantas mengekori langkah lelaki itu. Kami berdua berjalan perlahan di persisiran pantai , sebilangan pelajar perempuan yang sedang duduk menikmati pemandangan matahari terbenam memerhatikan kami berdua atau mungkin memerhati Leon. Perhatian yang diberi kepada Leon berbeza dengan perhatian yang diberikan kepada ku saat mereka menghina ku saban hari. Inilah perbezaan antara orang berada seperti Leon dengan gadis miskin seperti aku. Gadis miskin seperti aku tidak akan mampu menjejakkan kaki ke Silver City. Aku hanya bernasib baik kerana berada di Victoria dan ditaja untuk ke sini. Leon mengisyaratkan supaya kami duduk di salah satu patio berdekatan. Patio kayu berhiasa bunga bungaan itu sungguh cantik dipandang. Aku mengeluarkan telefon pintarku dan mengambil gambar patio yang sedang di hampiri Leon. Aku kemudiannya melangkah masuk ke dalam patio dan duduk berhadapan dengan Leon yang sedang membuang pandangan ke arah pantai. Lelaki ini selalu sahaja kelihatan tenang. Aku tertanya apa yang bermain di fikirannya. Sukar untuk aku percaya apa yang dikatakan Eric dan Diana tentang Leon namun reaksi Lisa yang kelihatan cemas ketika Leon duduk di restoran sebentar tadi seakan mengiyakan kata kata mereka. " Kalau ada satu perkara yang you boleh ubah tentang resort ni apa yang akan you ubah?" Leon bertanya perlahan. Aku membetulkan rambutku yang menutupi sebahagian mukaku akibat ditiup angin. " I will make it cheaper .. so people like me can afford it." Aku membalas tanpa berfikir panjang. Namun Leon kelihatan hilang dalam fikirannya. Adakah tugasan kami bermula saat ini? Adakah ini perbincangan tentang tugasan atau soalan peribadi? " Helena , if you make it cheap you will downgrade the value of this Valley. It will not be as attractive." Leon membalas bersahaja. Jadi ianya tentang tugasan , bukan soalan peribadi. Leon semestinya berfikir seperti seorang ahli perniagaan. Aku tidak membantah dan hanya mengangguk bersetuju. Tempat seperti ini menarik golongan kaya kerana nilai ekslusifnya. " What about you?" Aku bertanya inginkan pendapat Leon. Lelaki itu memandangku . " I will not change anything .. I will build a new place . Affordable to everyone. " Leon membalas perlahan. " Why? If its affordable it will be less attractive." Aku membalas tanpa berfikir. " That is the point .. Silver City is a legend. She needs to stay that way. A new place is a replicate of her. People can come to that new place , inspired by it and try to be here." Leon melurut rambut perang kemerahannya kebelakang. Leon dan aku bercakap dari perspektif berbeza. Leon bercakap dengan kapasiti seorang hartawan sementara aku bercakap dengan kedudukanku seorang pengemis. Menumpang ihsan keluargaku sendiri , mana mungkin aku terfikir untuk membina sebuah bandar yang seakan akan Silver City , berada di resort ini sahaja aku tak mampu. Aku hilang dalam lamunanku sambil menikmati angin pantai , kubuka cermin mataku dan kuletakkan di atas meja dan kupejamkan mataku seketika. Saat ini aku hanya ingin mendengar kicauan burung dan menikmati kedinginan bayu pantai ini. Valley Resort hanyalah nama yang diberi , lokasi sebenar tempat peranginan ini bukanlah di antara lembah. Ianya terletak di persisiran pantai Valeria. Pantai ini milik keluarga Brune dan dari pembacaanku Valeria adalah nama salah seorang ahli keluarga Brune. Aku membuka mataku dan menoleh ke arah Leon , pandangan mata kami berdua bertaut seketika. Aku segera melarikan pandangan dan mengenakan cermin mataku kembali. Suasana pantai masih meriah dengan suara para pelajar. Aku dan Leon melangkah meninggalkan kawasan pantai dan naik ke salah satu buggy menuju ke kawasan Aquarium yang terletak dalam satu kilometer dari restoran. Pemandu memberhentikan kami betul betul di hadapan pintu masuk Aquarium . Aku mengucapkan terima kasih dan kami segera masuk ke kaunter tiket. Leon menunjukkan pas pelajar kepada pengawal keselamatan bertugas dan staf Aquarium memberikan kami tiket masuk. Ini kali pertama aku melihat hidupan laut secara dekat. Kami seakan akan berjalan di dalam sebuah lorong ditengah tengah lautan. Langkahku terhenti apabila melihat seekor pari yang tersangat besar dan aku tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambarnya. Aku kemudiannya menyentuh dinding kaca antara diriku dan ikan tesebut. Aku membaca info yang berada di bahagian bawah dinding kaca tentang keluasan Aquarium dan hidupan yang berada di dalamnya. Jujur aku katakan aku membayangkan Aquarium ini adalah seperti sebuah lautan luas , pasti mahal harga yang perlu dibayar untuk membina bangunan seperti ini dan memastikannya selamat bagi pelancong pelancong. Aku perlu mencari tahu tentang kos Aquarium dan ciri ciri keselamatannya. Aku dan Leon terus melangkah dan aku membaca lebih banyak info. Aku begitu terpesona dengan ciri binaan Aquarium dan mengambil gambar setiap kali kami masuk ke ruangan baru. Binaan berkonsep moden digabungkan dengan mitos mitos laut dalam serta mitos Roman dan Greek. Aku dapat melihat patung patung yang berkaitan dengan mitos Greek seperti Poseidon , yang merupakan dewa laut dan Triton anak kepada Poseidon. Aku mengambil gambar patung ikan duyung lelaki yang bernama Triton itu. Di bawahnya tertulis tentang tempat tinggal Triton dengan lukisan istana emas dasar laut. ' Triton , in a golden palace beneath the Aegean Sea.' Langkahku terhenti lagi di satu patung yang tertulis nama 'Ursula , daughter of Poseiden.' Aku melihat wajah Ursula yang tidak kelihatan seperti dalam cerita 'The Little Mermaid'. Ursula di sini digambarkan sebagai seorang duyung yang cantik. Aku mengambil gambar Ursula dan meneruskan langkahku. Di dalam fikiranku tertanya bagaimana Ursula seorang yang cantik di dalam satu versi menjadi buruk di versi yang lain. " We are all villains in someone else's story.. " Leon sepertinya tahu apa yang bermain di fikiranku. Adakah lelaki itu berkebolehan membaca fikiran juga? Leon terus mengekoriku .Lelaki itu kelihatan tenang seperti biasa sementara pelajar pelajar lain seperti aku sibuk mengambil gambar setiap saat.Adakah ini perasaannya berada di dalam lautan? Langkahku terhenti apabila melihat beberapa orang pelajar beratur di satu kaunter yang bertulis ' Snorkeling' . Aku memandang Leon yang berada di sisiku. Aku hanya separas dada lelaki ini dan dia begitu dekat denganku. " Snorkeling? You nak try?" Aku bertanya tanpa mengetahui apa sebenarnya yang ditawarkan oleh kaunter itu. Leon menggeleng. " You nak try? " Leon bertanya sambil matanya melihat ke arah pelajar yang sedang berbaris. Aku menggeleng namun aku ingin masuk melihat. " I nak tengok je .. Hmm .. I beratur dulu , you tak perlu tunggu I." Aku mencadangkan itu kepada Leon kerana barisan agak panjang. " So you tak nak try snorkeling?" Leon bertanya meminta kepastian. Aku angguk dan segera masuk ke barisan. Leon masih berdiri disebelahku dan lelaki itu kemudiannya membuat panggilan kepada seseorang. Aku memandang ke arah kaunter tidak mahu mencuri dengar perbualan Leon. " Louis inform I dia ada pass untuk masuk , if you tak nak sorkeling tak perlu beratur. " Leon memaklumkan aku dan selang lima minit kemudian seorang staf Aquarium menghampiri kami. " Mr Leon Daniel , this way sir." staff itu mengarahkan kami untuk masuk melalui pintu yang berlainan. Aku mengekori langkah staf lelaki itu dan Leon dibelakangku. Kami diberi pass masuk dan aku begitu teruja melihat dari luar beberapa orang pelajar sedang menyelam ke dasar Aquarium. Mujur Louis menolong kami dengan pass nya jika tidak aku perlu berada di barisan buat waktu yang agak lama kerana barisan agak panjang diluar. Leon duduk di bar dan membuat pesanan sementara aku mengambil gambar dan membaca info mengenai kawasan yang dikhaskan bagi pelancong untuk menyelam. Hidupan laut yang berada di dalam kawasan ini adalah terdiri dari hidupan yang selamat bagi penyelam. Segalanya seakan akan seperti menyelam di lautan sebenar. Aku mengambil beberapa keping gambar dan kemudiannya duduk bersebelahan dengan Leon. "Amazing .." Aku meluahkan isi hatiku. Leon meminta pelayan menyediakan jus oren buatku tanpa bertanya jika aku ingin minum. " The flaw is .. however amazing it is , it can't compare the actual habitat. Those fish are limited. You can't replicate nature." Leon memulakan bicara. Aku mengerti. Hidupan di dalam Aquarium terhad kepada hidupan yang sesuai hidup dalam ciri ciri Aquarium sahaja. Hidupan laut dalam tiada di sini , ianya diluar kapasiti binaan manusia walau sebanyak manapun wang yang dimiliki. Bicara Leon seakan akan seorang yang telah berada dalam perniagaan seumur hidupnya dan bukan seperti seorang pelajar seperti aku. Adakah aku seorang gadis bodoh di matanya? " Helena .. Can I have your phone number?." Leon bertanya sambil menghulurkan telefon pintarnya ke arahku. Aku angguk dan segera menyambut hulurannya. Kudail nombor telefon ku dan menyerahkan telefon miliknya kembali. " Task Aquarium you boleh download dari Victoria website , you can take a look and have your proposal ready , I will do the same. We can discuss in the bus tomorrow?" Leon mencadangkan cara untuk menyelesaikan tugasan tentang Aquarium. Bagaimana lelaki itu begitu pantas dan teratur dari semua segi sedangkan aku tidak tahu menahu tentang tugasan tersebut , aku mendengar taklimat Dr Emir dan pensyarah itu tidak menyebut tentang tugasan. Aku tertanya nasib pelajar yang masih bergembira di pantai , apakah reaksi mereka apabila mengetahui tentang tugasan ini sedangkan mereka masih berada di pantai sementara malam semakin larut. Esok kami akan meninggalkan Valley Resort awal pagi untuk menuju ke destinasi seterusnya. Aku melihat gambar gambar yang di ambil olehku sambil berkira kira jikalau aku tertinggal apa apa maklumat penting untuk tugasan kami yang aku tidak tahu pucuk pangkalnya. " What is your favourite drinks?" Leon bertanya secara tiba tiba. "Chocolate drinks." Aku menjawab tanpa lengah. Tidak pernah sesiapapun bertanya tentang minuman kegemaranku. Setelah berpuas hati dengan gambar gambar dan info yang diambil olehku sepanjang di Aquarium kami berjalan secara santai sambil menikmati keindahan dalam laut sebelum meninggalakan Aquarium. Aku sempat bergambar di pintu masuk Aquarium dan kami menaiki buggy terus ke Valley Resort. Kami berjalan beriringan hingga ke bilik dan aku mengucapkan selamat malam. Leon tidak membalas dan terus masuk ke dalam biliknya. Jam sudahpun menunjukkan pukul sebelas malam dan aku masih perlu membuat tugasan yang diberikan mengenai Aquarium. Aku menghantar mesej kepada Diana memaklumkan bahawa aku telah berada di bilik. Diana membalas "Okay " dengan emoji senyuman. Aku segera mandi dan menukar pakaian . Tugasan telah aku muat turun dan berdasarkan arahan yang diminta kutulis poin poin penting untuk dibincangkan bersama Leon esok. Aku menulis pemerhatianku dan pendapatku tentang tarikan Aquarium dan penambah baikan yang mungkin sesuai bagi Aquarium. Sejam berlalu dan aku mengemas barang barangku kerana esok kami harus meninggalkan Valley Resort di awal pagi dan aku tidak ingin lewat. Kulihat sandal merah jambu yang diberi kan Leon di pantai tadi , ku ambil dan kubalut dengan plastik sebelum kumasukkan di dalam bagasiku dengan senyuman. Jaket yang kuterima secara misteri itu juga kusimpan rapi di dalam bag sandangku kerana aku tidak mahu ia tertinggal di sini. Setelah berpuas hati aku keluar ke balkoni , duduk di kerusi malas melihat suasana pantai dari kejauhan. Entah berapa lama aku di situ hinggalah mataku terasa berat dan aku terlelap di atas kerusi malas di tepi balkoni. Aku tersedar apabila telefon pintarku berdering dan perlahan kubuka mataku dan mencapai tanpa melihat pemanggilnya. " Helena.." Suara di talian mengejutkan ku. Aku membetulkan dudukku dan mengalih selimut yang menutupi sebahagian tubuhku. Tanpa kusedari aku menoleh ke arah balkoni di sebelah kiriku dan terlihat Leon sedang berdiri memandangku. Pandangannya penuh makna. Talian dimatikan dan dia beredar masuk tanpa kata. Aku yang tersedar segera bangun dan masuk ke dalam bilik apabila terasa betapa sejuknya tubuhku saat itu. Aku terus masuk ke ruang tidur dan entah bagaimana aku terlena tanpa sedar.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD