Bukan Aku

545 Words
Gelang amber biru yang kuterima tadi menjadi tarikan utama Diana. Gadis itu terus bertanyakan aku tentang pemberinya dan dia seakan tidak mempercayai jawapan yang diberikan olehku. Aku dan Diana hanya bersiar siar di dalam pusat membeli belah tanpa arah. Diana masuk ke beberapa butik namun tiada apa yang menarik minatnya. Kami kemudiannya membuat keputusan untuk kembali ke kawasan Silver Hotel. Diana kelihatan ceria seperti biasa. Seakan tiada apa yang mengganggu fikirannya. Aku bertanyakan Diana tentang pilihan syarikat yang akan dipohonnya. Diana tersenyum nipis sambil mengatakan bahawa dia akan ke Volkov Group. Diana bertanya jika aku ingin turut serta bersamanya. Soalan yang aku biarkan tidak berjawab buat seketika namun Diana tidak berputus asa. Bukan aku tidak mahu ke Volkov Group namun memikirkan tentang Ivan , aku jadi serba salah. Sejujurnya aku tidak mengerti perasaan Ivan kepadaku dan aku juga tidak fahami apa yang bermain di fikiranku. Semua yang terjadi begitu pantas dan beberapa hari ini aku keliru dengan segalanya. Selama aku berada di Victoria , aku hanya ada Sebastian di dalam hatiku. Padaku , Sebastian adalah lelaki yang aku idamkan. Sebastian , seorang lelaki yang tidak angkuh , kelihatan tenang dan berbudi bahasa. Selain dari pergaduhan dengan Leon tempoh hari aku tidak pernah mendengar atau melihat sesuatu yang buruk tentang lelaki itu. Kali pertama aku melihat Ivan , aku tahu bahawa lelaki itu seorang lelaki yang tegas namun apa yang dilakukan Ivan kepada Shaun bermain di fikiranku berulang kali. Senyuman ceria Ivan masih tidak dapat menutupi riak wajahnya yang kulihat saat itu. Aku sedar siapa diriku dan menurut logiknya jika seorang lelaki datang kepadaku dan katakan yang dia ingin bersama denganku aku seharusnya menerima dengan hati yang terbuka kerana orang seperti aku , amat mengharapkan seseorang hadir dalam hidup ini untuk menjadi peneman. Mungkin apa yang terjadi bukan sepenuhnya kerana perilaku Ivan tetapi latar belakang lelaki itu. Mungkin aku tidak bersedia untuk berada di kalangan lelaki kaya seperti dia. Bagaimana tentang Sebastian? Aku punya perasaan pada lelaki itu namun aku tahu bahawa aku tidak akan bersama dengannya. Mungkin hatiku sebenarnya ingin dicintai namun akal fikiranku mengerti bahawa aku tidak boleh memiliki lelaki seperti Sebastian ataupun Ivan, Aku perlu mencari seseorang yang miskin seperti aku. Kerana itu aku tidak akan ke Volkov Group , aku tidak mahu memberi harapan kepada hatiku. Aku bukanlah seorang gadis berani. Pertanyaan Klaus terngiang dan mungkin jawapan sebetulnya adalah aku sememangnya suka bersembunyi. Panggillah aku dengan apa sahaja , aku telah dibesarkan seperti ini. Sejauh manapun kakiku melangkah , setinggi mana pun aku berada , aku pasti bahawa aku tidak akan dapat lari dari diriku yang sebenar. Seorang perempuan yang tidak tahu asal usulnya. Mana mungkin aku letakkan diriku bersama keluarga ternama seperti keluarga Sebastian dan Ivan. Keluarga aku sendiri membenciku. Seumur hidupku aku mencari erti kasih sayang namun aku belum bertemu dengannya. Selain Diana , Leon adalah orang pertama yang melayanku dengan begitu baik dan lihat sahaja , lelaki itu pergi tanpa ucapan selamat tinggal. Aku tersenyum sendiri. Aku mendongak melihat langit yang gelap tanpa bulan dan bintang. Aku melihat telefon pintarku apabila terdengar pesanan ringkas masuk. Gambar aku tanpa kaca mata di tepi pantai di hantar oleh Leon beserta mesej . ' Till we meet again, Helena White.' Aku tersenyum tanpa sedar. Jadi lelaki ini mengambil gambar ku tanpa kusedari.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD