Perjalanan

977 Words
Beberapa hari sekembalinya kami dari Silver City keputusan permohonan untuk latihan industri di umumkan. Diana seperti yang dirancang akan ke Volkov Group bersama Eric , aku agak terkejut dengan permohonan ku ke Brune Group diterima , ini bermakna aku diterima untuk latihan industri di Silver Tower. Aku melihat senarai penuh pelajar yang diterima ke Brune Group dan Sebastian adalah salah seorang darinya. Aku tersenyum sendiri. Aku mencari nama Alexandra setelah pasti namanya tidak termasuk di dalam senarai ke Brune Group dan mendapati bahawa dia akan ke Kaiser Group. Jadi Alexandra memilih untuk ke Kaiser Group. Mungkin hatiku sedikit lega kerana tidak akan berdepan dengan Alexandra. Hari hari terakhir kami di Victoria University dihabiskan dengan persiapan untuk ke latihan industri , Dr Emir dan Ms Erica memberi beberapa garis panduan yang perlu kami patuhi beserta ingatan tentang tugasan yang wajib dihantar secara dalam talian. Aku dan Diana menghabiskan malam terakhir kami bersama di Victoria dengan kisah kisah kami bersama , sepanjang perkenalan kami. Begitu banyak kenangan bersama dan Diana mengingatkanku untuk selalu menghubunginya. Sudah tentu aku akan berbuat begitu kerana dalam hidupku aku hanya ada Diana. Aku memberikan Diana gelang tangan yang ku beli dari Silver City sebagai tanda ingatan persahabatan kami dan Diana memberikanku sebentuk cincin perak. Malam itu kami berbual hingga terlena. Saat aku menunggu penerbangan ke Silver City aku menerima mesej dari Leon. “ Best of luck Helena.” Aku tersenyum dan membalas dengan emoji senyum. Aku ingin bertanyakan di manakah dia berada saat ini namun kubatalkan hasrat itu kerana menurut Eric , Brixton University hanya akan menghantar pelajarnya selepas enam bulan , bermakna selepas pelajar Victoria University tamat latihan industri. Sedang aku berkira kira tentang apa yang harus kulakukan sebaik tiba di Silver City seseorang duduk berhadapan denganku , Klaus. Aku membetulkan dudukku sambil lelaki itu bersandar tersenyum nipis. " Can I still change your mind? Kaiser Group instead of Silver City?" Klaus bertanya perlahan namun cukup jelas butir bicaranya. Aku menelan liurku sekali gus. Lelaki ini biarpun tuturnya lembut bersahaja ia tetap terasa seperti angin dingin menusuk ke tulang. Aku tidak membalas pertanyaan Klaus , aku tertanya sendiri mengapa Klaus begitu ingin aku ke Kaiser Group. Ingin kutanyakan soalan itu namun adakah Klaus akan berlaku jujur? " Hmm .. Silver City is my dream .. " Aku membalas sopan. " Understood.. give me a call if you change your mind. Anytime." Klaus bangun dan melangkah pergi diikuti beberapa orang pengawal peribadinya. Aku hanya angguk perlahan. Seketika kemudian pengumuman penerbangan ke Silver City kedengaran , aku pantas menuju ke pintu pelepasan tanpa berfikir panjang. Kali ini aku akan berada di Silver City tanpa Diana dan Eric , tanpa Leon. Aku tersenyum sendiri. Tiket penerbangan dan pasport ku diperiksa dan aku dibenarkan masuk ke dalam pesawat. Aku melewati Sebastian dan kami bertukar senyuman. Aku memerhati beberapa orang pelajar dari Victoria yang juga kelihatan ceria. Aku tidak mengenal mereka, hanya melihat ke arah tag nama yang dipakai mereka. Kami diwajibkan memakai pakaian seragam Victoria kerana wakil dari Silver City akan menyambut ketibaan kami di Silver City. Penerbangan kali ini adalah terus ke Silver City , tidak seperti tempoh hari. Penerbangan ini khas bagi staf dan tetamu yang mempunyai urusan di Silver Tower , kebanyakannya urusan perniagaan. Aku mematikan telefon pintarku dan seperti biasa melelapkan mata. " Helena.." suara itu mengejutkan aku dari lena dan saat aku membuka mataku Sebastian berada betul disebelahku. Aku yang masih separuh sedar cuba membetulkan dudukku. " Sorry to wake you up .. " Sebastian tersenyum sambil meletakkan makanan ke atas mejaku. Adakah ini mimpi? tanpa sedar aku mencubit pipiku namun perlakuanku itu mengundang tawa Sebastian. Pertama kali lelaki ini tertawa saat dekat denganku. Aku jadi tergamam seketika. " Diana minta I tengokkan you .. she said last time Leon look after you , I can do better than him I guess.." Sebastian masih lagi tersenyum. Apa harus kubalas padanya? Jantungku seakan terhenti melihat senyumannya saat ini. Sebastian kelihatan berbeza saat ini. " You need to sleep more? I simpankan dulu makanan you?" Sebastian kelihatan cemas seketika apabila aku tidak menjawab sebarang persoalannya. Aku segera menggeleng. " It's fine .. thank you , Sebastian." Aku tersipu malu. Sebastian angguk dan lelaki itu bersandar di kerusi bersebelahan denganku. Adakah lelaki ini bercadang duduk bersebelahan denganku? Mungkin menyedari bahawa aku merenungnya Sebastian memalingkan wajahnya ke arahku. Pandangan kami bertaut. " You need anything?" Sebastian bertanya lagi. Aku menggeleng sambil mengalihkan pandanganku kearah makanan yang sudahpun siap dibuka oleh Sebastian tadi. Aku jadi serba tidak kena kerana gugup dengan kehadiran Sebastian sementara lelaki itu kelihatan tenang. " You must be really special to Leon .." Sebastian berbicara lagi. Aku menoleh memandangnya. Tidak mengerti dari mana datangnya telahan itu. " No .. I am nobody to him.." Aku membalas perlahan. " Knowing Leon .. dia tak akan duduk di sebelah you pun jika you are not special to him." Sebastian membalas sambil tersenyum. " Do you know him? " Aku bertanya perlahan. Sebastian angguk. " We were friends.." Sebastian membalas pendek. " He is kind to me .. but I don't know him." Aku merenung Sebastian seketika. " He is kind to you because he likes you. He won't be giving you that bracelet if he do not like you." Sebastian memandang ke arah gelang amber biru yang dipakaiku. Apakah benar apa yang dikatakan Sebastian mengenai gelang ini? " Hmm .. macam mana you tahu gelang ni dari Leon?" Aku bertanya bagai anak kecil. " I nampak dia beli .. that Freja shop? Viking Village... well , everyone there saw he bought that. That fussy guy.." Sebastian bicara antara dengar dengan tidak. Aku merenung gelang ditanganku. Jadi Leon adalah pemberi gelang ini? tapi mengapa? Leon Daniel , apa yang kau cuba sampaikan? Tak mungkin lelaki seperti Leon menyukai aku. Aku dan Leon ibarat bumi dan planet Neptune , tidak akan pernah berada dalam paksi yang sama.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD