Permulaan

1013 Words
Aku melangkah masuk ke apartment yang disediakan oleh Brune Group dan tanpa membuang masa aku menuju ke arah balkoni.Aku berada di tingkat dua puluh lima dan dari balkoni ini aku dapat melihat Silver Tower dengan jelas. Aku tersenyum sendiri sambil membetulkan rambutku yang ditiup angin. Aku teringatkan Diana lantas segera mengambil beberapa gambar untuk dihantar kepada gadis itu. Selesai menghantar pesanan ringkas kepada Diana aku segera menyusun pakaian dan barang keperluan yang kubawa. Aku hanya membawa satu bagasi sederhana besar jadi tidak banyak masa yang diperlukan untuk menyusun semuanya. Selesai mengemas aku meneliti jadual yang dihantar oleh staf Brune Group. Setelah berpuas hati dengan segalanya aku mengambil keputusan untuk tidur kerana esok aku ingin sampai seawal mungkin ke Silver Tower. Sebelum lenaku aku teringatkan kata kata Sebastian di dalam penerbangan tadi dan jari jemariku bermain dengan gelang di tanganku. Leon Daniel , aku di sini , di pisahkan entah berapa jauh dari lelaki itu namun disini aku memikirkan tentang dia. Aku terfikir tentang kemungkinan lelaki itu terlalu banyak wang dan oleh kerana lelaki itu tiada apa yang perlu dirisaukan dalam hidupnya , dia memilih untuk memberi aku gelang ini. Aku tersenyum , perlukah aku bertanyakan Leon tentangnya? Namun jika Leon ingin aku mengetahui tentangnya sudah pasti dia tidak berahsia begini. Mungkin itu tidak penting untuk lelaki itu, jika aku mengetahui tentang gelang ini atau tidak. Aku berjalan perlahan menuju ke Silver Tower. Saat aku melangkah masuk ke lobi , aku terlihat Sebastian sedang duduk di sofa menunggu sambil meneliti beberapa helaian kertas. Sangkaku aku yang terawal namun Sebastian terlebih dahulu berada di sini. Belum sempat aku melangkah menuju ke arah Sebastian , aku disapa seseorang. Louis Darby. Louis yang berkemeja putih kelihatan lebih formal dari kali terakhir aku melihatnya. Aku menyaingi langkahnya menuju ke arah Sebastian. Louis duduk bersebelahan dengan Sebastian dan aku lebih selesa duduk berhadapan dengan Louis berbanding Sebastian kerana jantungku masih berdegup pantas apabila melihat jejaka itu. Sebastian menyapaku dan kemudiannya ke Louis dan tumpuannya kembali ke arah helaian kertas dihadapannya. Louis bersandar sambil menyilang kakinya sebelum membuka bicara. " So Helena .. you ada preference nak ke department mana?" Louis bertanya bersahaja. " Not really .." Aku menjawab jujur. " Good then! join the personal assistant department?" Nada Louis buat aku tertanya adakah lelaki ini bertanyakan aku atau mencadangkan agar aku ke department itu. " Really .. Louis.." Sebastian bicara perlahan. " I don't mind .. " Aku membalas pantas. Sebastian mengalih pandangan ke arahku dan kemudian berpaling ke arah Louis. Sebastian seperti ingin mengatakan sesuatu namun lelaki itu sepertinya menukar fikiran dan kembali kepada helaian kertasnya. " That is the project with Roux Group?" Louis bertanya perlahan. Sebastian hanya mengangguk. Aku juga turut mengangguk perlahan , kelihatannya Sebastian akan mengikuti perkembangan projek antara Roux Group dan Brune Group. Ruang lobi di penuhi oleh beberapa tetamu dan pelajar dari Victoria University. Kami diminta berkumpul di lobi untuk urusan pendaftaran dan kad ekses. Sedang aku memerhatikan beberapa orang pelajar aku terlihat seorang wanita tinggi lampai masuk ke kawasan lobi dan diikuti beberapa staf Brune Group dan bukan sahaja aku yang memandangnya tetapi wanita itu mencuri tumpuan hampir kesemua yang berada di lobi. Ada sesuatu yang menarik tentang wanita itu namun aku belum pasti apakah ianya. Tanpa kusangka wanita itu melangkah ke arah kami bertiga. Aku segera membetulkan dudukku. Wanita cantik itu kini berada sangat dekat dengannku dan entah mengapa aku jadi gementar. " Freya .." Louis menyapa wanita itu. " Louis. " Freya membalas perlahan. Pandangannya beralih ke arah Sebastian dan kemudian ke arahku. Aku segera bangun dan mengucapkan selamat pagi. Riak wajah Freya berubah seketika. " Sit , please. So Louis , you akan ambil Helena dan Sebastian akan join I. Is that it?" Freya bertanya sambil mengeluarkan satu kad akses yang kemudiannya diserahkan kepada Sebastian. " Yes.. " Louis membalas pendek. " So .. what are you waiting for?" Freya bertanya serius. " Nothing .. I am enjoying myself. " Louis tersenyum bersahaja. " Alright then , Sebastian.. let's go. We don't have the privilege to enjoy ourselves. " Freya melangkah tanpa menunggu Sebastian. Lelaki itu segera bangun , mengucapkan selamat tinggal kepadaku dan berlalu pergi. Louis membetulkan duduknya dan merenung ke arahku. " Louis .. so you are in charge of PA department?" Aku bertanya teragak agak. Louis angguk. " Yes .. but I am only taking care of you, so no worries .. I will introduce you to everything and everyone here. Let's go." Louis bangun dan aku segera menyaingi langkahnya. Louis menerangkan serba sedikit tentang PA department dan kemudiannya membawaku ke bahagian pejabat yang menempatkan bilik personal assistant namun menurut Louis bilik pejabat mereka jarang digunakan kerana kebiasaannya personal assistant akan bersama dengan bos mereka yang kebanyakannya menghabiskan masa di luar kawasan. Seperti dikata Louis , tiada seorang pun staf berada di dalam bilik pejabat mereka. Kami melewati beberapa department lain dan aku dapat melihat bagaimana kebanyakan staf wanita memandang Louis namun lelaki itu tidak memperdulikan pandangan dan senyuman mereka. Menurut Louis , personal assistant tidak mempunyai kad akses tetapi menggunakan cap jari sebagai akses masuk ke mana mana bahagian. Menurut Louis semua ketua bahagian melapor ke George Brune tetapi hartawan itu tidak bekerja di Silver Tower. Selain George Brune , Freya Brune adalah salah seorang yang penting di dalam Brune Group. Aku hanya mengangguk tanpa bertanya. Louis kemudiannya membawaku ke bilik pejabatnya yang terletak di tingkat tiga puluh. Fail fail kelihatan memenuhi ruang meja kerja Louis. Lelaki itu mengisyaratkan supaya aku duduk di sofa berhadapan meja kerjanya. " Fail ni semua berkenaan projek yang I perlu semak sebelum dihantar ke George Brune. So basically , I akan check everything . Ini semua projek yang tunggu aproval. Projek yang dah approve and on going bukan kerja kita because George Brune ada different manager yang akan follow up. Just , if ada problem , we have to find a way to solve it. My job is to do whatever George Brune asked me to do and your job for now is just to watch and learn from me.. okay?" Louis tersenyum nipis dan aku mengangguk pantas.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD