Awal Kehidupan Ariana

3062 Words
Ariana Peter seorang gadis yang bersemangat tinggi dan cantik. Wanita yang bekerjaya dan sibuk memantapkan diri agar mampu mengubah nasib keluarga. Lahir sebagai seorang anak sulung menuntut Ariana membantu orang tua mengubah nasib keluarga. Ariana bernasib baik di usia muda diberikan rezeki oleh Tuhan untuk membantu orang tua yang bersusah payah membiayai pendidikan empat orang adik yang lain. Kesusahan hidup bukan penghalang untuk Ariana membina kerjaya. Kini terbukti Ariana mampu menjawat jawatan yang tinggi di perusahaan besar. Menjadi tangan kanan kepada perusahaan properti membuktikan Ariana telah berusaha sejak awal walaupun pada awalnya Ariana hanya menjawat jawatan kerani di tempatnya bekerja kini. Dikenali sebagai seorang gadis yang riang dan tidak suka mengadu domba menyebabkan Ariana disenangi ramai orang. Ariana sering membantu siapa saja kerana dia sedar dirinya juga dahulu sangat susah dan sungguh malang sering kali menjadi ocehan orang sekeliling. Ariana nekad dia tidak mungkin menjadi seperti itu malah akan siap tangan membantu sesiapa sahaja jika ia mampu. Hari ini Ariana mempunyai janji dengan sepupunya yang ingin mencari pekerjaan di kota. Ariana sudah mendapat izin dari majikannya untuk pulang awal malah telah mengajukan cuti selama dua hari semata-mata untuk menemani sepupunya. "Hello, Eira kamu sudah sampai?" tanya Ariana yang sedang menjawab panggilan telefon dari sepupunya. "Ya kak, ini masih duduk d stesen tunggu kamu datang, baru saja usai telefon mami bagi khabar aku sudah sampai di sini". "Kamu tunggu sebentar, 15 minit aku sampai di sana ya." jawab Ariana. "Okey kak, jangan risau, ada kekasihku menemani sementara tunggu kamu sampai". Jawab Eira sambil tersenyum memandang kekasihnya yang sibuk mengatur barang bawaannya. "Okey jangan kemana-mana ya, tunggu aku sampai dan kita ke restoran setelah itu". Ariana mematikan telefon dan mencapai beg galasnya segera keluar dari rumah sewa untuk menjemput sepupunya. ** "Eira, aku di parking sebelah, kamu mampir saja ke sini dengan kekasihmu, sepertinya sukar aku membelok ke sana." Ariana menelefon Eira yang kelihatan sibuk bercanda dengan kekasihnya. "Baik kak, aku segere ke sana". jawab Eira segera. Ariana gemas melihat pasangan kekasih itu. Sibuk bekerja dan membantu keluarga menyebabkan Ariana tidak mempunyai masa mencari pasangan. Ariana hanya sibuk memikirkan adik-adiknya kini yang sibuk dengan pelajaran mereka. Ariana tidak tega melihat mereka runsing dengan biaya pendidikan. Biarlah dia berkorban dan membahagiakan keluarganya. Apatah lagi sejak dulu mereka selalu dijadikan bahan ocehan dari tetangga mahupun kaum kerabat keluarga mereka sendiri. Ibu Ariana sering dihina kerana memilih berkahwin dengan seorang anak yatim piatu yang miskin dan hanya bekerja sebagai petani. Ariana diam dan mengelamun sambil menatap jalan yang sibuk dengan kereta yang bergerak. Mengingati masa lalunya yang penuh duka semasa di kampung halaman ibunya. "Eh, kamu itu anak orang miskin wajar kamu itu seperti pembantu di rumah ini. Kamu pergi ke dapur, bantu masak, setelah itu kami pungut sampah di halaman depan, jangan lupa cuci semua kain yang menumpuk". "Jangan makan sebelum kami siap makan. Kamu membawa hina di rumah ini, ibu kamu sungguh bodoh berkahwin dengan orang yang tidak setaraf. Lihat sekarang ibu kamu di mana, bekerja keras membantu suami. Kamu pergi sana laksanakan semua kerja-kerja di rumah ini. Setelah itu baru aunty beri upah. Menyusahkan!!!", teriak makcik Ariana yang galak memaki. Waktu itu umur Ariana hanya sekitar 10 tahun namun apabila cuti sekolah ibu Ariana menghantar Ariana ke kampung agar dapat membantu neneknya yang sibuk mengurus kebun. Ibunya tidak pernah tahu Ariana sering diperlekehkan dan dijadikan seperti hamba. Malah waktu makan juga tidak tentu. Lebih teruk lagi Ariana bekerja seharian dan hanya diberi makan sekali sehari. Namun walau masih kecil Ariana tumbuh sebagai seorang sosok anak yang kuat. "Kak, buka bonet mobilnya." tegur Eira yang mengetuk tingkap mobil. Teguran itu menghentikan lamunan Ariana. Sambil tersenyum Ariana keluar dari mobil dan segera mendekati Eira. "Hi, aku Ariana sepupunya, Eira." Ariana menghulur salam perkenalan dengan pacar Eira. "Hi kak aku Joshua, pacar Eira". jawabnya. "Cepat masuk mobil, kamu berdua pasti sudah menunggu lama dan kelaparan, kita mampir ke restoran dulu baru kak hantar kamu pulang ya." tawar Ariana kepada Joshua yang sedang membukakan pintu untuk Eira. "Kak, tidak perlu ke restoran deh, kita makan di warung saja. Pada aku makanan warung itu lebih keren, lagipula kakak juga lebih senang makan di warung kn?", Eira mengajukan cadangan pada sepupunya. "Kamu kok tau selera aku Eira", jawab Ariana sambil tergelak. Kini mereka tiba di warung bakso. Ariana sememangnya peminat bakso. Mereka makan dengan semangat dan saling bercanda. Ariana sungguh senang kita dia tidak lagi tidak sendiri tapi ditemani oleh sepupunya. Ariana berencana menawarkan sepupunya itu bekerja di tempatnya sebagai kerani sementara menggantikan seorang karyawan yang sedang cuti bersalin seminggu yang lepas. "Joshua, kamu benaran hanya tunggu di sini? Tidak perlu aku hantar? tanya Ariana. "Tidak perlu kak, nanti juga ada teman yang datang jemput sekali mahu ngobrol di cafe hujung" Joshua menolak. "Kamu hati-hati ya, kami pulang dulu." Ariana dan Eira bergegas menuju ke mobil melihat awan mendung yang semakin gelap. *** "Dari tadi kak lihat kamu sibuk dengan ponsel. Aku juga dengar kamu galak sekali ketawa". Ariana penasaran kenapa sepupunya terbahak-bahak ketawa sambil melihat ponsel. "Hanya lucu kak lihat komen dari rakanku. Aku baru upload video lucu ke f*******: ku. Sini lihat sama kak, ini lucu banget", jawab Eira yang masih terkekek-kekek ketawa. "Iya kelakuan orang ini lucu sekali, bisa copot jantung aku tahan ketawa dari tadi. Sudah lama sekali aku tidak aktif di media sosial". Ariana sememangnya sudah lama tidak membuka akaun facebooknya. Hari-harinya hanya dipenuhi urusan pekerjaan dan berehat setelah seharian kelelahan di kantor. "Jangan bosan mulu kehidupannya kak, sesekali berehat sambil bermain ponsel juga meredakan stress. Kakak cantik siapa tahu jodoh kak dari alam maya." Eira mengomeli kakak sepupunya. "Iya nanti aku coba saran kamu deh, sekalian cari teman-teman sekolah yang sudah lama aku tinggalin. Jodoh alam maya juga bisa asal ikhlas", jawab Ariana sambil tergelak. Mencari pasangan saja tidak bisa apa lagi bertemu jodoh di alam maya walhal sudah bertahun dia meninggalkam dunia media sosial kerana fokus memantapkan diri dan kehidupan keluarganya. Tanggungjawab Ariana sungguh besar. "Kak masuk kamar dulu, berehat sebentar. Kamu ngak apa-apa kan seorang di luar. Badan kak rasa pegal sekali ingin berbaring sebentar. Kamar kamu sudah kak kemasin sejak kemarin", Ariana perlahan berdiri menuju ke dapur meletakkan gelas sebelum ke kamar untuk berehat l. "Ngak apa-apa kak. Pergi sana berehat. Aku bisa sendiri kok lagipun sebentar lagi Joshua janji mau telefon aku, sebentar lagi aku juga ke kamar", jawab Eira. Ariana berbaring santai sambil memejamkan mata. Sudah 4 tahun dia bekerja keras demi keluarga dan membiaya pendidikan adik-adiknya. Untung saja majikannya selalu memberi peluang kepada karyawan untuk terus maju dan mendapat posisi yang selayaknya usaha di perusahaan. Dulu Ariana hanya seorang karyawan biasa namun berkat peluang dari perusahaan itu yang memberi peluang kepada karyawan melanjutkan pendidikan secara separuh masa dia kini menjawat jawatan Eksekutif Pemasaran dan kini majikannya berencana untuk menawarkan Ariana posisi sebagai pembantu khas CEO tempatnya bekerja. Bunyi ponsel mengejutkan Ariana daripada lamunannya. Dia cepat2 merogoh ponsel di samping dan melihat pesan yang baru dikirim oleh majikannya. Tuan CEO : Ariana cuti yang kamu kemukakan bisa kamu tolak sehari. Sepertinya saya harus segera menyiapkan dokumen-dokumen penyerahan tugas kepada anak saya. Dia bulan depan sudah kembali dari luar negeri dan lansung ingin bekerja. Ariana : Baik pak. Urusan saya juga sudah selesai. Tuan CEO : Terima kasih atas perhatian kamu. Saya harap kamu bisa terima tawaran saya agar menjadi pembantu khas CEO baru nanti. Ariana : Akan saya fikirkan pak. Ariana mengenggam erat ponselnya. Memikirkan tawaran majikannya membuatkan dirinya berasa sesak. Pasti dia bakal jadi bahan sindiran di kantor kerana dalam masa dua tahun ini Ariana beberapa kali dinaikkan pangkat. Walaupun mereka sedar perjuangan Ariana namun tetap saja iri dengan pencapaiannya. Tambahan lagi Ariana sosok yang sungguh manis, baik, sopan dan cantik. Tidak dapat dinafikan Ariana sangat mempersona walau tanpa secalit make up. Senyuman dan tutut katanya membawa aura yang memikat. "Hrmm dari stress mikirin hal ini mungkin lebih baik aku ngikutin saran Eira, kayaknya sudah lama sekali aku tidak bermain dia media sosial", gumam Ariana dalam hati. Ariana tersenyum sendiri melayari laman facebooknya, malah sempat mengesahkan beberapa permintaan teman yang ingin mengikutinya di media sosial. Sungguh Ariana semakin larut dengan ponsel. Tiba-tiba satu notification masuk. "Aik siapa ini, aku tidak kenal orang ini. Mana profilnya lagi tidak guna rupa sebenar", Ariana mengumpat dalam hati. Ariana melihat profil permintaan itu dan cuba menyelidiki siapa saja yang ingin menjadi temannya itu. Pas sekali baru membuka akaunnya setelah sekian lama tiba-tiba ada permintaan temanan baru masuk. "Joshua Junior A.P. Ohhh, mungkin ini pacarnya Eira, kan namanya juga Joshua. Aduhh aku ini sombong sekali malah mikirin yang bukan-bukan. Pacar sepupu dikira scammer hahahahha", Ariana bergumam sendiri dan terus mengesahkan permintaan itu. Ting pesanan masuk di mesengger. Joshua : Hi cantik, kamu masih ingat aku ngak? Ariana berasa pelik. Siapa sih kan baru tadi ketemu pacarnya Eira. Ariana : Kamu Joshua pacarnya Eira kan. Joshua : Aduhhh si cantik lupa ke juniornya dulu. Aku Joshua junior cantik dulu masa di SMA. Aku masih di luar negeri kok. Ariana : Hah, siapa sih..maaf aku kelupaan kayaknya itu sudah lama sekali. Joshua : Ngak apa-apa wajar kok lupa sudah 8 tahun ngak ketemu hahahah malah dulu juga ngak pernah ngobrol barang hanya aku yg tegur malah hanya dibalas senyuman manismu. Ariana : Maaf aku lupa.. Maaf ya aku mau berehat dulu. Salam kenal ya.. Ariana cepat-cepat keluar dari aplikasi facebooknya. Malah tertanya-tanya siapa si Joshua yang menghantar pesan kepadanya tadi. Ariana bingung. Ya, dari dulu Ariana seorang yang kurang bergaul dan hanya melemparkan senyuman kepada orang-orang. Dia sibuk belajar dan selalu ingin pulang cepat selepas sekolah kerana bekerja part time mencuci piring di restoran dekat dengan rumahnya. Malas menyesakkan fikiran Ariana memilih untuk tidur dan bermimpi indah. *** Pagi ini Ariana bangun awal sekali, dia sibuk berkutat di dapur untuk menyediakan sarapan. Sudah menjadi kebiasaannya menyediakan sarapan dan bekal sebelum ke kantor. Namun memandangkan hari ini dia masih libur maka Ariana memilih untuk menyediakan sarapan pagi yang sedikit berat. Ariana sememangnya jagoh memasak. Selesai memasak Ariana duduk santai di ruang tamu sementara menunggu Eira yang baru bangun dan sedang mandi. Sepertinya Ariana punya hobi baru, dia mengambil ponsel dan membuka facebooknya sambil tersenyum melihat bermacam postingan yang lucu-lucu. Ting. Mesej masuk lagi. Ariana berkerut. Mesej daei Joshua lagi. Joshua : Cantik kamu awal sekali bangun. Sudah ingat ngak siapa aku. Ariana : Siapa ya.. Maaf aku memang pelupa. Joshua : Masa pelupa atau kamu banyak sekali pacar ya sampai lupa. Ariana : Sembarang ngomong kamu. Ya benae aku tidak ingat siapa kamu, aku fikir kamu pacarnya Eira sepupuku. Nama kamu sama Joshua. Joshua : Aduh kamu sih lucu banget. Memang pemilik nama Joshua itu hanya satu? Aku junior mu. Nanti juga akan balik ke tanah air sebentar lagi. Jom berteman. Aku sih bingung kawan-kawanku sibuk berpacaran dan sudah kahwin. Aku sunyi tiada teman ngobrol.. Ariana : Ohh maaf ya lupa sama kamu. Ya bisa kok asal aku punya masa mau ngobrol ya santai aja. Kebetulan aku juga cuti hari ini ke kantor. Joshua : Nasib gue deh..boleh sik minta no ponsel. Biar seru ngobrolnya. Tambah lagi kamu senior tercantikku sudi berteman di alam maya. Ariana : Ya bisa tp aku ngak janji ya balas mesej kamu kalau aku lagi banyak kerjaan. Joshua : oke cantik Ariana : 01675905300. Maaf ya aku mau sarapan dulu. Salam kenal juniorku. Maaf aku lupa siapa kamu. "Fuhh si cantik ini dari dulu ngak berubah. Sopan sekali perlakuannya. Aku jadi panasaran deh dia punya pacar ya." omel Joshua d kejauhan sana. Joshua yang penuh persoalan itu mula mencari tau melalui facebooknya Ariana. "Aduh, si cantik ini sungguh introvert ya. Posting aja ngak ada yang ada cuma gambar tag doang bersama teman. Aduhhh makin cantik saja..mau sekali aku berkencan dengannya", Joshua terkekek sendirian. Joshua adalah sosok pria yang tampan dan sungguh popular di sekolah dulu. Ramai cewek berebut untuk menjadi pacarnya. Dari dulu Ariana satu-satunya cewek yang tidak pernah menghiraukan kehadiran Joshua malah Joshua pernah berusaha mendekatinya namun nihil. Ariana sibuk dengan dunianya sendiri. Sejak dulu dia mengagumi wanita itu. Ariana yang bijak dan mandiri. Tiada gosip liar mengenai gadis itu. Joshua juga sedar Ariana sering kali menjadi bahan ocehan di sekolah malah dihina sebagai anak miskin yang tidak sedar diri bersekolah di sekolah bertaraf tinggi itu. Namun siapa sangka gadis itu mendapat biasiswa dari sekolah kerana kebijakannya dan selalu memenangi acara sekolah di peringkat negara. Hanya saja Ariana tidak pernah ambil.kisah dengan ocehan dan sindiran orang. Dia hanya tersenyum dan membiarkan seperti angin lalu sebab itu Joshua amat mengagumi Ariana namun tidak pernah menganggu sosok itu kerana segan. "Kak, sedap sekali masakan kak ya. Bisa buka jualan ni," omel Eira dengan makanan yang masih penuh di mulut. "Ya makan yang benar, jangan bicara sebelum habis makanan dalam mulutmu. Tidak sopan sekali Ra, "lembut Ariana menasihati. "Kamu mau kerja di kantor aku? Kebetulan sekali ada karyawan yang sedang cuti bersalin," tawar Ariana. "Ngakla kak, aku dan Joshua sudah berjanji kerja bareng di cafe temannya, lagipula lebih mudah, Joshua bisa tumpangin aku ke cafe, aku ngak mau merepotkan kakak yang super busy," tolak Eira. "Ya, ngak apa-apa. Asal kamu gembira dan selesa ya sudah. Yang penting jaga keselamatan kamu ya, pacaran itu biasa tapi jangan sampai berlebihan ya."Ariana menasihati. "Iya kak, aku faham kok."Eira menjawab dan segera menghabiskan sarapannya kerana setelah ini Joshua mampir dan mereka akan bergerak sama ke cafe untuk mendengar penjelasan dari pemilik cafe apa yang perlu mereka lakukan. Tidak lama kemudian Joshua tiba dan Eira bergegas menemuinya. Ariana kini sendiri di apartment dan berencana mengemas dan berehat seharian. Dia tidak pernah punya masa lenggang yang panjang untuk berehat. Ini peluang keemasannya. Tiba-tiba ponselnya berdering kuat. Ariana sempat kaget kerana jarang sekali orang menelefon. Melihat nombor panggilan yang asing menyebabkan Ariana berfikir untuk mengangkatnya. Dia risau scammer yang selalu menganggu kehidupan orang. Ariana memilih untuk mengabaikan panggilan telefon itu. Namun deringan itu tidak berhenti bernyanyi. Ini sudah panggilan yang ketiga, Ariana kali ini mengangkat panggilan itu, siapa tahu ia sesuatu yang penting. "Helo" "Hi cantik, lama sekali angkat telefonnya. Aku Joshua hahaha" "Oh, maaf aku tidak biasa dengan no ini jadi kepikiran untuk mengangkat. Ada apa Joshua". " Aku saja telefon memastikan ini benar nombor atau bukan". "Ya tuhan, pasti iya la, masa aku beri nombor orang lain." "Hahahaha hanya ingin mengesahkan cantik." "Ya sudah kn, maaf aku punya pekerjaan."mohon Ariana. "Hahahh tak habis-habis mohon maaf. Ya sudah nanti aku mesej ya." Joshua masih lihai ketawa sementara Ariana mematikan telefon. "Orang ini gila atau apa ya.", Ariana mengomel. **** Joshua di seberang sana tersenyum sendiri. Ariana gadis yang menjadi pujaan hatinya secara diam-diam sejak di bangku SMA. Setelah berapa lama Joshua menjejaki gadis itu kini dia berjaya. Teknologi sungguh berguna sekali. "Aduh, gadis cantik, aku kangen dehh sama tingkah kamu. Apa kamu masih cuek sekali seperti dulu ya", Joshua bergumam sendiri. Ting. Ting. Pesan masuk ke ponsel Joshua. Memeriksa ponselnya sambil tersenyum. Mesej dari mama tersayang. Mama : Sayang kapan tiba di Indonesia. Joshua : Aku lagi di Singapura ma. Singgah bentar di sini cari calon menantu luar negeri untuk mama. Mama : Diihhh ini anak. Cantik ngak? Joshua : Kok bisa nanyain Josh begitu ma. Pasti cantik la sesuai tipe ku. Mama : Ngak pernah seriusan kamu Josh. Mama ngak tau deh model mana lagi jadi teman kencan kamu. Mama udah bosan banget Josh punya menantu model. Mama pusing ngak punya teman ngobrol. Pasangan kamu biar yang biasa-biasanya aja deh. Joshua : Punya menantu model, popular kok ngak bangga ya ma..hahahhaha Joshua mau cari wanita yang kaya mama aja deh..biar Josh ngak banyak pusing.. mama juga punya teman. Mama : Pacar kamu mana Josh. Kamu putusin lagi? Kamu belum bosan ya jadi buaya darat. Mau dapat anugerah apa kamu asyik gonta ganti pasangan. Kamu iti suda 27 tahun lorr Josh. Serius boleh ngak. Mama jadi pusing dehh sama kamu. Joshua : Hahaahhaha mama diih.. Ngak la ma, malah Joshua yang diputusin. Ganteng gini ditinggalin ma. Joshua ngak mau ahh sama cewek lihat uang doang. Mama : Aduhh kasian sekali anak mama. Lagi patah hati atau ada incaran baru nihh anak mama. Mama jadi bingung deh sama kamu. Joshua : Ngak usah bingung la ma hahahha Josh tibanya pagi esok ma. Ngak perlu dijemput dehh mama tungguin aja anak ganteng mama dirumah ya. Josh bisa naik taksi kok. Mama : Enggak. Mama sama papa pasti jemput kamu. Nanti kamu malah hilang keluyuran ke mana mama jadi pusing. Bisa-bisa kamu liburan dulu sebelum balik ke rumah. Joshua : Aduhhh Josh ketahuan dehh.. Josh ngak mau ahhh nanti papa maksain Josh ganti posisinya di perusahaan. Josh maunya santai dulu ma. Mama : Ya sudah, ngak apa-apa. Mama bakal bilang ke papa kok. Tapi kamu janji ya ke mama ngak bakal buat mama jantungan lagi. Nanti kamu malah hilang lagi sebulan. Joshua : Janji ya ma. Josh tambah sayang diih ke mama. Pujukin papa dong ma. Mama : Iya..mama sama papa tungguin kamu ya. Mama mau jemput. Joshua : Oke ma. Ya sudah istirehat awal ma. Salam sayang dari Josh. Joshua anak yang manja malah sungguh dekat sekali dengan mamanya. Joshua sudah selesai kuliah di Inggeris dan kini ada di Singapura liburan sebentar kerana bingung dengan keputusan papanya yang bakal menyerahkan perusahaan properti kepadanya. Dua abangnya juga kini mengusahakan cabang perusahaan lain. Sungguh beruntung dua orang abang Joshua berada di bidang kegemaran mereka masing-masing. Abang sulungnya menjalankan usaha perladangan di Kalimantan dan kini menetap di Sabah, Malaysia kerana membuka cabang usaha di sana. Abangnya kini menjalin kerjasama membangunkan usaha resort di kawasan peranginan di Ranau, Sabah. Kundasang merupakan tempat yang strategik kerana berada di kaki gunung kinabalu. Gunung tertinggi di Asia Tenggara. Abang kedua Joshua mengusahakan kuliner dan sederetan restoran mewah di Jakarta dan luar negeri. Abangnya juga menjalankan perniagaan francais. Minat abang kedua Joshua dalam bidang kulineri sudah memang tidak dapat disangkal lagi. Kini abangnya sedang menjalankan usahasama dengan syarikat gergasi korea untuk membuka cawangan di Indonesia. Hanya perusahaan properti sahaja yang belum diserahkan menyebabkan Joshua terpaksa mengalah padahal dia ingin membuka perusahaan sendiri dalam bidang sekuriti. Nasib tidak menyebelahi Joshua kerana papanya sudah merayu Joshua lebih awal kerana usaha properti merupanya titik mula kehidupan mereka sekeluarga. Kini hanya Joshua yang bisa dia harapkan. Malah papanya berusaha memenuhi kehendak Joshua untuk mendapatkan assisten. Joshua perlu seseorang yang mampu membantunya. "Lebih baik aku tidur dari terus mikirin soal kerjaan. Hrmm aku ingij bermimpi memeluk si cantik aja deh", Joshua membaringkan diri dan memeluk guling sebelum benar-benar terlelap. Besok jadual penerbangannya awal pagi.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD