Jadi Kepercayaan Majikan

3077 Words
"Selamat pagi,"Ariana memberi salam hormat pada semua karyawan yang bergegas ke ruang kerja masing-masing. "Selamat pagi nona manis, bukan hari ini kamu libur Ari," sahut Pak Dony. "Ngak jadi Pak, ada kerjaan yang harus sy siapin, tumpang lalu ya Pak, saya buru-buru, semoga hari anda ceria ya Pak", Ariana berlari ingin segera sampai ke ruangannya. Ariana secepatnya meletakkan tas. Melaju ke ruangan CEO. Dia kaget seawal itu majikannya sudah sampai di kantor. "Selamat pagi, maaf Tuan saya kelewatan", Ariana memohon maaf sambil menunduk. "Morning, ya ngak apa-apa saya tiba awal juga kerana ingin menjemput anak saya sebentar lagi. Isteri sy juga ada tu ke toilet", jawab majikannya. "Ohh anak Tuan yang kuliah di Inggeris ya..Maaf saya kurang mengenali anak tuan yang satu itu" Ariana sememangnya tidak kenal dengan anak bongsu majikannya kerana anaknya tidak pernah muncul di kantor dan tinggal di luar negeri sepanjang kuliahnya. Dengar-dengar anak bongsunya sejak habis SMA terus ke luar negeri dan menetap di sana. Hanya pulang ke Indonesia bila cuti kuliah. Majikannya mengangguk sambil tersenyum mengiyakan Ariana. Ceklek, pintu toilet ruangan CEO dibuka. Sememangnya ruang CEO ini sungguh besar malah mempunyai kamar peribadi sendiri untuk berehat. Majikannya sengaja menyediakan kamar tersebut kerana isterinya dulu selalu singgah di kantor menunggu suaminya habis kerja. Kamar peribadi itu telah diubahsuai seperti sebuah studio kecil agar isterinya boleh beristirehat dengan senang atau membaca buku. Nyonya Maria sungguh beruntung kerana suaminya seorang yang penyayang dan sangat menghormatinya sebagai wanita. "Wahh gadis manis kamu sudah sampai ya. Ayoh sarapan, saya bawa banyak dari rumah. Tadi suami saya buru-buru sekali maka saya bawain bekal ke sini. Ya kamu sendiri tahu suami saya itu tidak biasa bersarapan di luar. Saya sih jadi bingung dengan kebiasaannya yang sudah puluhan tahun ini", Nyonya Maria isteri CEO mempelawa sambil tersenyum mesra. Dia amat menghargai sesiapa sahaja cuma Ariana mendapat tempat yang special di hatinya. "Saya sudah sarapan Nyonya", Ariana menjawab sambil tersenyum manis. "Tuan dokumen apa yang perlu saya sediakan, maaf saya tidak tahu Tuan akan pensiun secepat ini, rasanya baru 8 tahun saya bekerja di sini", Ariana sedikit kaget kerana majikannya tidak pernah mengutarakan niat untuk pensiun awal. Hanya kadang kala mengeluh kelelahan. "Ohh hanya beberapa berkas yang perlu dihantar ke pengacara saya, saya ingin kamu bantu kerana sekretaris saya punya urusan mendadak di kampung malah saya juga risau kerana dia sempat memaklumkan saya jika urusannya tidak kunjung segera selesai dia ingin menarik diri dari perusahaan. Saya sungguh sedih sudah 21 tahun dia bekerja di sini. Tapi jika itu terbaik saya tidak akan menghalang. "Hah Ibu Priska berencana seperti itu?", Ariana terkejut. "Iya, sebab itu saya dari awal ingin mencari assisten baru untuk anak saya nanti sekaligus menjalankan kerja sekritaris. Lebih mudah begitu saya kira. Upahnya pasti beda dong, pasti lumayan lah. Punya dia kerjaan serentak itu pasti rumit", sahut majikannya. "Saya yakin siapa pun yang Tuan pilih pasti pilihan yang terbaik. Tuan seorang yang mempunyai mata yang tajam melihat potensi karyawan", ujar Ariana. Majikannya hanya ketawa kecil dan tersenyum misteri melihat Ariana. "Iya saya sudah tahu deh siapa yang bakal saya pilih. Ohh iya, saya ingin kamu bersama saya menghadiri rapat sebentar lagi berkaitan projek apartment konsep botanical itu. Sepertinya perlu perbincangan bersama perusahaan yang bekerjasama dengan kita segera yang mungkin" arah majikannya. "Saya Tuan?," Ariana menujukan jari kepada dirinya sendiri. "Iya, kamu Ariana. Masa kamu masih menolak menjadi assisten CEO baru nanti. Kamu juga bilang saya punya mata yang tajam melihat potensi karyawan saya hahha jadi saya pilih kamu saja dehh..Kamu tidak perlu risau, anak saya itu masih jomblo..Ngak akan ada gosip miring. Dia juga kaki gombal ngak pernah serius bila bicara dengan saya. Hanya kamu saya bisa percaya mampu membentuknya lebih serius dalam pekerjaan", majikan Ariana tahu bahawa sosok wanita itu seorang yang tegas dalam bekerja dan sejak dulu melihat potensi Ariana. Isterinya juga berpendapat yang sama. Ariana hanya mengangguk-angguk dan sambil berfikir. Dia masih kaget. "Sepertinya saya tidak layak menjawat jawatan itu Tuan. Saya masih baru kenapa tidak Pak Jonathan ketua divisi saja yang membantu Tuan. Dia lebih layak, saya risau nanti jadi bahan sindiran karyawan. Apatah lagi saya tidak tahu jika penerus Tuan nanti menginginkan jasa saya. Mungkin saja dia punya pilihan sendiri nanti. Bisa mati berdiri saya Tuan dengan berita ini. Tuan tidak bercanda kan", Ariana menyuarakan kegusarannya. Tuan CEO dan isterinya ketawa terbahak-bahak. Gadis ini sungguh manis sekali berbicara malah tidak sedar dia itu terlalu lurus. Perwatakan ini yang menyebabkan mereka memilih Ariana menjadi assisten anaknya kerana keperibadiannya yang tulus dan sentiasa berusaha menghindar dari gosip miring disamping seorang wanita yang tegas. Ariana juga punya potensi dan mereka yakin Ariana bisa membantu putera kesayangan mereka nanti. "Saya dan isteri ingin kamu menjawat jawatan itu, tambahan lagi anak saya itu nakal sekali, kerjanya hanya bermain mulu, jika ada kamu, kamu bisa menasihati dan mengingatkannya. Pak Jonathan juga sudah bilang kalau dia setuju kamu yang menjadi assistennya, dia juga ingin segera pensiun kerana sudah lelah dan ingin mencari ketenangan hidup di kampung halamannya. Dia percaya dengan komitmen dan kebijaksanaan kamu", panjang lebar majikannya memperjelas. "Ngak ada penolakan ya sayang, sini duduk dekat saya, pengacara perusahaan juga masih belum sampai", pelawa isteri majikannya. Ariana sememangnya rapat dengan Nyonya Maria kerana pernah membantunya secara tidak sengaja di hospital. Masa itu nyonya berasa pitam dan hampir ditabrak mobil. Ariana yang kebetulan berada di situ segera membantunya. Kedekatan mereka juga semakin rapat kerana kebetulan Ariana bekerja di kantor suaminya. Namun apa yang menarik perhatian mereka ialah Ariana tidak pernah mengambil kesempatan atas kedekatannya dengan Nyonya Maria. Malah gigih mengelak dari sering bertemu apabila diajak keluar berlibur. Malahan di kantor juga Ariana memilih untuk tidak bertembung dengannya. Ariana tidak suka menjadi bahan gosip. Nyonya Maria sebenarnya sunyi kerana dia tidak punya anak perempuan. Memiliki tiga anak lelaki menyebabkan dia berasa tiada yang memahaminya. Dua orang anaknya sibuk mengurus cabang perusahaan dan kini menetap di luar negeri. Untung saja tuhan mempertemukannya dengan Ariana. Ariana anak gadis yang manis dan selalu menyenangkan hati orang tua. Dia selalu terhibur dengan sikap dan celoteh Ariana yang terlihat manja namun tegas. Beruntung sekali orang tua Ariana. Apatah lagi Ariana jagoh memasak malah dia pernah mencicipi bekal kerja Ariana. Sungguh dia terpesona di zaman ini masih ada gadis yang tidak kekok dengan kerja-kerja rumah malah mampu membina kerjaya dengan baik. Benar kata suaminya, Ariana anak yang cergas dan sentiasa memajukan diri. Cantik, sopan, rajin dan menghormati semua orang. Nyonya Maria juga tahu Ariana sering memasak dan memberikannya ke panti asuhan berdekatan dengan kantor. Dia kagum dengan keperibadian Ariana. Bisa dibilang Ariana gadis yang menuju sempurna. Dia ingin sekali punya menantu seperti Ariana. Hanya gadis biasa yang tidak sibuk memikirkan penampilan diri. Hanya merias diri seadanya. Sangat sesuai dengan keperibadian dia dan suaminya. "Nyonya, kamu mengelamun?", tanya Ariana. "Hahahahhaa kamu benar sayang..Kamu cantik banget sampai saya terpesona lihat kamu. Kamu mau ngak jadi menantu saya. Sebentar lagi anak saya pulang kok. Dia itu baru habis ditinggal pacarnya yang materialistik. Saya juga tidak faham kenapa anak bongsu saya itu seperti sapi yang hanya menurut. Lihat sekarang ditinggalin hahaaha. Kamu panggil saya mama saja Ari, saya kepingin punya anak perempuan. Boleh ya Pa?",tanya nyonya Maria. Ariana tersedak dan terdiam. Apa saja nasibnya dari semalam. Baru diganggu dengan juniornya yang nyebelin kini ditambah dengan omongan nyonya Maria. Ariana bingung dan kaget. "Hahhaa iya ma, boleh aja asal kamu gembira. Kamu dengan Ariana juga dekat. Mana tahu anak nakal mu sorang itu bisa dijinakkan. Papa ikut saja. Ariana juga baik kok. Kamu mau Ariana?", tanya majikannya. Ariana tidak mampu menjawab kerana kaget. Aku harus keluar secepatnya dari ruangan ini. Bisa copot jantung aku. Ariana berkata dalam hati. "Tuan biar saya ambil berkas ini dulu ya. Berhubung rapat nanti, saya akan segera memantapkan diri takut malu jika saya tidak dapat memberikan yang terbaik", Ariana bergegas keluar dari ruangan itu. Benar, Ariana seorang yang tidak selesa jika kelihatan tidak berilmu semasa menjalani rapat, sebolehnya dia sentiasa ingin menyumbangkan idea dan selalunya idea Ariana sentiasa diterima. "Hahhahahaah, masa kamu kaget begitu. Kamu itu kan dekat sekali dengan isteri saya. Saya juga senang kalau kamu panggil dia mama biar saya tidak pusing ditanya mulu kapan dia punya anak perempuan. Sudah umuran begini kayaknya seru dihh kalau ada cucu perempuan hahaha..Iya sudah kamu selesaikan secepatnya kerana jam 11 nanti rapat akan mulai. Wakil dari perusahaan lain juga ada. Saya ingin ke bandara setelah ini, nanti saya akan bergegas mampir ke kantor untuk memimpin rapat. Kamu siapkan semua dokumennya, jangan ada yang kelupaan ya", sahut majikannya sambil mengemas tas untuk bergegas ke bandara. **** Ting. Ponsel Ariana mengeluarkan bunyi tanda ada pesanan masuk. Ariana yang sedang sibuk mengurus keperluan rapat buru-buru mencari ponselnya. Risau pesanan itu dari Tuan CEO. Joshua : Hi cantik, bisa ketemu? Kamu ada di mana. Rupanya mesej itu dari juniornya. Ariana mengabaikan mesej itu dan kembali fokus pada kerjaannya. Namun ponselnya berbunyi lagi. Kali ini notification dari f*******: Ariana. Ariana terkejut sekali melihat wajah tampan Joshua di facebooknya dengan postingan sama ada Ariana merinduinya. Ariana kaget dan buru-buru menghantar pesan kepada Joshua. Ariana : Ada apa kamu. Tolong delete gambar kamu. Kamu ingat ini lelucuon. Jangan sembarang ya. Aku tidak mahu menjemput masalah percuma di sini. Joshua : Hahhaha aku cuma bercanda. Kamu sih tega cuekin aku cantik. Aku baru tiba kok dimarahin terus. Aku balik dehh demi kamu. Ariana : Aku sibuk.. Siapa juga sih nyuruhin kamu balik. Kamu fikir aku bini kamu.. Tolong delete posting itu dan jangan sampai aku disulitkan oleh fans mu. Bisa-bisanya nanti aku diserang. Aku tidak mahu jadi bahan gosip. Ariana maklum f*******: Joshua dipenuhi dengan teman wanita yang kerap menghantar komentar di setiap posting Joshua. Bisa kacau kehidupannya nanti. Apa sih malam tadi diganggu, belum pagi ini dia merasa menjadi bahan gurauan majikannya. Tiba-tiba jejaka tampan dari mana saja mengaku balik demi dirinya. Sepertinya dia dipenuhi kejutan dua hari ini. Joshua : Ngak mau ahh sebelum kamu janji enggak cuekin mesej aku. Aku ngerasa seperti pengemis dehh oleh ulah kamu. Masa aku yang tampan, kaya dan popular dicuekin mulu. Jatuh dong sahamku cantik. Kamu ngak kasian sama aku? Ariana mengeluh. Ada apa dengan bocah ini. Bisanya mengugut Ariana. Sungguh Ariana menyesal mengikut saran Eira untuk aktif di media sosial. Hidupnya yang aman jadi kucar kacir kini. Sungguh menyebalkan. Ariana : Baik tapi tidak sekarang. Aku lagi banyak kerjaan. Joshua : Aku mau ketemu kamu cantik. Aku kangen. Jangan cuekin aku. Joshua tidak tahu kenapa sejak semalam dia ingin sekali bertemu dengan gadis pujaannya itu. Ariana : Apaan sih kamu. Usah sinting ya kangen sama orang kamu jumpa aja ngak pernah. Keluar bareng juga ngak apa lagi bicara berdua. Aku juga tidak kenal kamu dengan dekat. Tolong delete ya. Maaf aku buru-buru sebentar lagi aku punya rapat. Aku mohon ya. Bye. Joshua : Ok cantik tapi kalau kamu cuekin aku lagi aku bakal posting lagi. Ada ubi ada batas, sudah baca tolong balas. Jangan cuekin mesej aku ya. Ariana mengabaikan si tukang gombal itu. Bisa pusing kepala kalau terus dilayan. Dia hanya punya 2 jam lagi sebelum rapat dimulai. Ariana menuju ke ruang pengacara perusahaan. Berkas-berkas yang dititipkan oleh majikannya perlu diserahkan sebelum rapat dimulai. Nampaknya majikannya benar-benar ingin berehat dan menyerahkan urusan perusahaan kepada anak-anaknya. Hanya perusaahan properti ini yang belum diserahkan. Ariana amat dekat dengan Nyonya Maria isteri tercinta majikannya namun dia tidak pernah bertanya mengenai anak-anak majikannya. Malah lebih parah tidak berminat mengenali mereka. "Ari, sini masuk. Saya baru tiba. Maaf kamu terpaksa membantu saya mengambil berkas ini dari Tuan Anthony", Tuan Anthony adalah CEO perusahaan itu. "Ngak apa-apa Pak Charles. Saya juga kebetulan punya kerjaan maka saya sekalian membantu menghantar berkas ini. Saya ke ruangan saya dulu ya Pak, saya harus menyiapkan dokumen untuk rapat sebentar lagi", Ariana mengundurkan diri. *** Rapat akan dimulai satu jam lagi. Ariana bersandar di kerusi. Memegang ponsel dan membuka f*******:. Menarik nafas lega melihat Joshua menepati janjinya untuk memadam postingan sebentar tadi. Sungguh Ariana tidak ingin keamanan hidupnya terganggu kerana fans Joshua yang tidak henti-henti mengagumi pria tampan itu. Ya Ariana mengakui Joshua sememangnya tampan dan bisa dibilang punya pesona yang bisa memukau wanita. Namun pada Ariana semua itu biasa saja. Baginya seorang pria itu kelihatan tampan jika mampu mengagungkan ibunya dan bekerja keras. Ariana merasakan pria yang mengagumi ibunya pasti akan menghargai pasangannya. Ariana menekan aplikasi mesej di f*******:. Menghantar pesanan ringkas kepada Joshua berterima kasih kerana sudi memadamkan postingannya sebentar tadi. Namun tiada jawapan. Ariana membiarkan sebaiknya begitu, dia tidak pusing melayan karenah Joshua yang gombal. Ariana ingin kelihatan segar di mata ahli rapat jadi dia butuh suasana yang positif dan tidak menyulut emosinya. Ya, perusahaan Megah Holdings milik Tuan Charles dikenali ramai. Siapa saja tidak ingin bekerja di perusahaan besar itu malah gaji karyawan juga bisa dibilang lumayan walau hanya menjawat posisi tukang cuci. Magister Ariana juga hasil dari sponsor perusahaan. Siapa sahaja karyawan yang ingin berkuliah pasti akan mendapat sponsor dari perusahaan asal saja mereka setia dan berusaha membantu perusahaan. Rapat kali ini diadakan untuk membahas projek properti apartment mewah berkonsepkan botanical. Ariana sememangnya beruntung kerana pada awal projek ini dibuat Ariana telah dipilih oleh Pak Jonathan sebagai pembantunya dalam urusan marketing. Mereka tidak meragui kemampuan Ariana. Ariana juga amat bijak dalam ilmu negosiasi. Kelembutan dan ketegasannya menjadi saksi bahawa Ariana sememangnya layak digelar permata perusahaan. Sudah berapa banyak tender dimenangi oleh perusahaan atas sumbangan Ariana. Kreng kreng kreng. Bunyi alarm telefon mengejutkan Ariana yang sejak tadi mengelamun. Ariana bergegas menuju ke toilet sebelum ke ruang rapat. Dia ingin kelihatan segar dan kemas. "Ari, kulit kamu tu cantik banget. Kamu pake produk apa sih. Aku aja kesusahan mau pake foundation segala. Aku iri sama kamu", omel Dania yang juga sedang merapikan diri di toilet. "Nia, semua wanita itu punya kelebihan. Kamu juga cantik di mata aku", Ariana menjawab. "Hahahha kamu sih jawabnya ngak nyambung Ari", Dania terkekek. "Aku cuma pakai bedak bayi, kamu juga lihat kok. Aku pakai liptint sj. Aku ngak mampu Nia mau pake barang make up. Aku kan punya adik-adik yang perlu aku utamakan", jelas Ariana. "Iya, aku tahu kok tapi benar Ari kamu sesimple ini juga sungguh menawan. Aku jadi heran kamu belum punya pacar sampai sekarang", omel Dania. Ariana memilih untuk diam dan merapikan pakaiannya. Ya pesona Ariana sungguh menyerlah. Dengan rambut hitam lurus, tubuh tinggi lampai dan memiliki wajah yang cantik bisa mengkhayalkan lelaki seketika. Tambahan lagi Ariana memiliki senyuman yang sungguh manis dan mampu memukau orang. Tutur bicara Ariana juga amat lemah lembut. *** "Selamat pagi semuanya, terima kasij sudi meluangkan masa rapat pagi ini. Maaf rapat ini sepertinya mendadak," Tuan Anthony memulakan rapat. "Saya perkenalkan assisten CEO yang akan membantu menjayakan projek kita pada kali ini. Ariana Peter", Tuan Anthony benar-benar mengagetkan Ariana. "Selamat pagi semuanya, mohon tunjuk ajar, saya Ariana Peter anak didik kepada Pak Jonathan kepala divisi marketing", sahut Ariana yang bangun memperkenalkan diri sambil melemparkan senyuman manisnya. "Wahh Tuan beruntung sekali punya assisten yang mempersona ini. Saya jadi iri dengan bapak, hahaha", sahut Pak Indira ahli rapat yang mewakili perusahaan SAB Construction yang bekerjasama dengan perusahaan Megah Holdings. "Hahhaha bukan untuk saya tapi untuk bakal CEO baru di perusahaan ini, saya memilih untuk pensiun lebih awal. Anak saya yang akan menggantikan saya nanti, dia juga baru pulang dari luar negeri, sedikit masa lagi akan saya kenalin kepada semua", terang Tuan Anthony. Rapat dimulai. Banyak perbincangan telah dibuat mengenai projek yang akan dijalankan dua minggu dari sekarang. Kerjasama antara perusahaan lain juga telah dimeterai. Walau apa awalnya ada perusahaan yang tidak yakin dengan konsep ini namun Ariana menyakinkan bahawa konsep botanical merupakan satu konsep yang unik dan akan berkembang maju. Buktinya semakin ramai orang yang menjalani hidup dengan menghargai alam sekitar. Lebih-lebih lagi kini konsep kehijauan amat popular kerana cuaca yang panas. "Wahh Tuan tidak salah memilih assisten, sudah cantik, mempersona malah bijak", Pak Indira. Ahli rapat yang lain menganggukkan kepala sembari menunjukkan dua jempol kepada Ariana yang baru sahaja selesai membentangkan strategi perusahaan dalam menjalankan marketing agar semua unit bisa dijual sesuai dengan target perusahaan. "Hahaha ya saya senang sekali bisa melihat potensi Ariana. Sy cukup kaget kerana ini merupakan rapat Ariana yang pertama sebagai Assisten. Kamu bisa membentang projek ini dengan cemerlang sekali Ari. Saya kagum dengan kamu. Saya tidak perlu ragu lagi. Untung sekali anak saya, tidak perlu repot mencari assisten", Tuan Anthony turut senang hati mendengar komen rakan perusahaan yang memuji karyawannya. Rapat selesai dan Ariana bersandar lesu di kerusinya. Dia pasti banyak kerjaan lagi setelah ini. Fikirannya menerawang. Dia meneka-neka bagaimana CEO baru yang akan menggantikan Tuan Anthony. Ariana berharapa siapapun yang menggantikan majikannya seorang yang bertimbang rasa dan merendah diri. Tuan Anthony merupakan majikan yang sangat baik dan memahami keperluan karyawannya. Beliau seorang yang tegas namun memiliki sifat lembut yang mampu memahami kesulitan orang. Ting. Ting. Bunyi ponsel Ariana mengejutkannya dari lamunan. Rupanya notification dari Joshua. Joshua : Aku selalu menepati janjiku cantik. Sekarang giliran kamu. Ariana : Giliran aku? Ya sudah terima kasih ya. Aku sedang sibuk. Joshua : hahahahhaha cantik kamu ketahuan tipu dehh..Ini kan jam makan siang..hahahhha Ariana : Ya sudah aku ingin makan.. Bye Ariana cepat-cepat log out dari facebooknya. Ariana kesal kerana dia lupa untuk log out sebelum hadir rapat tadi. Meraih bekal yang dibawa dari rumah, Ariana makan siang di mejanya. Ariana lebih suka bersendirian di waktu rehat. Lebih lagi dia dapat memanfaatkan waktu yang ada untuk berehat sebelum memulakan kerja. Ditempat lain, Joshua hanya memandang ponselnya dan tersenyum miring. Tidak pernah sekali dia dicuekin oleh mana-mana gadis sejak SMA. Gadis cantik yang hanya setahun tua dari dirinya ini benar-benar menjatuhkan maruahnya. Joshua sempat curiga jika bekas seniornya ini seorang lesbian atau bukan. "Bisa-bisanya dia cuekin aku. Aku sebegini tampan, popular, bijak, kaya dan serba serbi sempurna dicuekin", omel Joshua pada dirinya sendiri. Harap maklum Joshua sememangnya seorang yang sungguh percaya diri dan suka memuji dirinya sendiri. "Oke, tidak apa. Pen biru pen merah, aku datang jangan marah", Joshua benar-benar rasa tercabar. "Sayang anak mama kamu kok bicara sendiri, ada apa?", ibu Joshua tiba-tiba muncul di ruanh keluarga sedari tadi sibuk membantu di dapur. "Mama sudah masak special buat kamu. Kamu pasti lelah setelah duduk lama dalam pesawat. Nanti selepas makan siang kamu rehat dulu ya. Papa masih sibuk di kantor, kamu bisa tidur dulu istirehat yang benar ya sayang mama", omelnya lagi. "Iya ma, Joshua juga sudah lapar banget. Josh juga pengenbmelelapkan mata setelah ini", Joshua bangun dan membuntuti ibunya ke ruang makan. Sambil makan Joshua tersenyum miring dan berencena ingin mencari tahu lebih banyak lagi mengenai Ariana yang super cuek itu. "Kamu tunggu cantik. Kamu benar-benar mencabar aku", batin Joshua berbisik.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD