Silver City - Satu Pertemuan

1009 Words
Suara Diana berceloteh di hadapan telefon pintarnya sedikit sebanyak menghiburkan ku. Gadis itu sibuk menunjukkan barang barang yang akan dibawa ke Silver City yang telah siap dikemaskannya. Aku pula sudah bersedia untuk ke tapak perhimpunan. Satu bag yang akan ku bawa telah pun diletakkan dihadapan pintu bilik Diana. Semalaman aku tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan tentang tugasan yang bakal aku laksanakan bersama Leon dan kata kata Diana yang bermain di fikiranku mengenai lelaki itu. Seketika kemudian Diana menamatkan perbualannya dengan pengikut setianya dan kami melangkah menuju ke tapak perhimpunan. Setibanya kami aku terlihat Sebastian bersama Alexandra sedang berbual bahagia. Pandanganku beralih kepada Dr Emir yang sedang membacakan beberapa undang undang dan barang barang terlarang yang perlu ditinggalkan sebelum kami menaiki bas. Ms Erica pula sedang sibuk dengan panggilan telefon. Diana mengarahkan Eric supaya mengambil gambar kami berdua dan belum sempat aku memberikan senyuman gambar telah diambil dan lelaki itu ketawa sebelum beredar menuju ke arah rakan rakannya. Diana kemudiannya melangkah menghampiri Dr Emir dan tekun mendengar taklimat yang diberi. Aku diam tak berganjak , tidak perlu berada berdekatan pensyarah itu kerana dia menggunakan pembesar suara namun aku faham mengapa Diana begitu teruja. Gadis itu selalu sahaja ingin dekat dengan Dr Emir dan dia tidak akan melepaskan apa apa peluang pun dan saat ini Diana kelihatan seperti pembantu setia Dr Emir apabila dia berada begitu dekat dengan Dr Emir yang sedang memberikan taklimat. Aku tidak mampu selain tersenyum melihat gadis itu. Sedang aku mendengar taklimat panjang lebar Dr Emir seseorang berdiri bersebelahan denganku. Aku menoleh dan Leon memandang ke arahku , pandangan kami bertaut sebelum aku mengalihkan pandanganku kembali kepada Dr Emir. Lelaki itu juga diam tanpa bicara namun beberapa orang pelajar mula memerhatikan kami. Aku tidak dapat menahan diri dan sekali lagi memandang ke arah lelaki kacak disebelahku. Leon memakai kemeja tee putih dan berseluar jeans. Sangat ringkas dan disisinya sebuat bagasi kecil berwarna hitam. Kusangkakan bagasiku adalah yang paling kecil namun Leon membawa yang lebih kecil dariku. Leon tidak memperdulikan pandangan pelajar pelajar lain dan tekun mendengar taklimat dari Dr Emir. Aku menjarakkan sedikit tubuhku dari lelaki itu apabila aku tersedar bahawa aku telah berdiri begitu rapat dengannya apabila baju kami bersentuhan. Leon masih begitu diam tidak berganjak dan keinginanku untuk menegurnya termati begitu sahaja. Taklimat yang diberi akhirnya tamat dan Ms Erica meminta kami untuk menyemak kad jemputan sebelum masuk ke dalam bas untuk ke lapangan terbang. Aku menyimpan kembali kad jemputanku di dalam bag sandang kecil yang kubawa sebelum melangkah naik ke dalam bas. Aku mengambil tempat seperti yang telah diatur dan Diana menaiki bas yang berlainan bersama Eric. Sebastian dan Alexandra juga berada di dalam bas yang berlainan. Aku bersandar melihat ke arah luar bas dan seketika kemudian Leon duduk bersebelahan denganku. Aku memejamkan mata dan sebelum bas bergerak aku sudahpun lena. Memang kebiasaanku begitu , aku akan tidur apabila menaiki kenderaan awam. Tidurku terganggu apabila seseorang menepuk bahuku lembut dan apabila mataku dibuka aku terlihat Leon sedang berdiri dihadapanku. Pandanganku beralih ke arah luar bas dan kelihatannya kami telah tiba di lapangan terbang. Aku bingkas bangun dan mencapai bag sandangku dan menuruti langkah Leon , aku dan Leon adalah antara pelajar akhir yang mengosongkan bas. Ms Erica masuk ke dalam bas bagi memastikan semua pelajar telah turun sebelum bas meninggalkan kawasan khas bagi menurunkan penumpang. Aku mengambil bagasiku yang telah siap dibawa keluar dan melangkah masuk ke dalam bangunan. Leon mengekori langkahku tanpa bicara. Dari jauh kulihat Eric dan Diana sedang memeriksa tiket penerbangan mereka. " Helena! Cepatlah , you nak tertinggal kapal terbang ke? Come on!" Diana berteriak ke arahku tanpa rasa malu. Gadis itu kemudiannya berlari anak ke arahku dan menarik lenganku ke arah kaunter tiket. " Kenapa bas you lambat? kita dah sampai sini sejam tau.." Diana bertanya sambil menemanku berbaris. " Oh.. sejam? " Aku tidak pasti apa yang harus kukatakan kerana aku sendiri tiada jawapan untuk itu. Aku memandang Leon yang berada di belakangku. " Our bus have problem.." Leon bicara tanpa diminta dan Diana menoleh sekilas ke arah lelaki itu sebelum melarikan pandangannya ke arahku. " Oh my god , apa dia buat Helena? You okay?" Diana berbisik kepadaku namun aku pasti Leon mendengarnya namun riak lelaki itu masih bersahaja. Aku hanya menggelengkan kepala. "Mesti you tidur tak sedarkan? Helena dalam flight nanti you jangan tidur tau. I try tukar seat belakang you kalau dapat. Okay?." Diana masih berbisik entah mengapa sedangkan kami berdua tahu bahawa Leon dapat mendengarnya. Aku tersenyum tanpa membalas , bimbang didengar Leon dan disalah ertikan. Seminggu ini aku akan bersama lelaki ini dan aku tidak ingin menyulitkan keadaan. Setakat ini Leon tidak menyukarkan kehidupanku dan aku berharap ia kekal begitu. Akhirnya kami berdua mendapat tiket penerbangan dan segera melangkah ke bahagian pelepasan. Dr Emir sedang memastikan semua pelajar telah bersedia kerana penerbangan dijadualkan dalam masa empat puluh minit lagi. Aku bersama Diana menunggu pengumuman dan seketika kemudian kami dibenarkan untuk menaiki pesawat. Pesawat ini adalah dikhaskan bagi pelajar Victoria University kerana jumlah pelajar yang mengikuti trip ini adalah seramai tiga ratus pelajar. Aku mengekori langkah Diana dan memasuki ruang pesawat aku diarahkan ke bahagian lain dan terpisah dari Diana namun aku sedar bahawa Leon berada dibelakangku kerana sejak dari tadi dia mengekoriku. Aku cuba untuk mengangkat bagasi kecilku ke tempat letak bagasi namun tidak berhasil dan tanpa disangka Leon mengambilnya dari tanganku dan dengan mudah lelaki itu menyimpan bagasiku dan seterusnya menyimpan bagasi miliknya. Aku segera duduk di kerusi yang bersebelahan tingkap dan Leon mengambil tempat disebelahku .Kami diam tanpa bicara. Aku melepaskan nafas lega dan memejamkan mataku namun belum sempatku terlena Leon menghulurkan sebotol air mineral kecil kepadaku yang baru sekejap tadi diminta dari pramugari. Kuambil dan kubalas dengan senyuman. Lelaki itu bersandar dan memejamkan matanya. Beberapa ketika kemudian pesawat sedia berlepas dan Leon mengisyaratkan ku supaya meminum air yang diberinya sebentar tadi. " So that you feel better.. minum bila kita naik sampai you rasa selesa." Leon memberi tips dan aku hanya menurut tanpa bertanya dan betul apa yang dikatanya.Tekanan udara yang disebabkan ketinggian tidak begitu menyeksakan aku seperti sebelumnya.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD