Leon Daniel

2086 Words
Perjalanan yang mengambil masa enam jam akhirnya menemui penghujung apabila pesawat mendarat. Aku sudar terjaga hampir setengah jam lalu. Leon yang duduk disebelahku kelihatan tenang. Suasana pesawat hingar bingar dengan suara pelajar pelajar. Aku hanya berdiam diri melontar pandangan ke arah luar pesawat. Dari pengumuman kapten kapal sebelum mendarat sebentar tadi suhu diluar adalah dua puluh darjah celcius. Benarlah kata Leon bahawa ianya dingin disini ketika ini. Belumpun pengumuman untuk membenarkan tali pinggang keselamatan dibuka majoriti pelajar sudah pun berdiri mengambil barang peribadi mereka dari tempat penyimpanan namun Leon masih tidak berganjak. Aku mencuri pandang lelaki disebelahku ini dan aku hilang dalam lamunanku sendiri hinggalah Leon berpaling ke arahku. Lelaki itu kemudiannya bingkas bangun dan mengambil bagasinya kemudian bagasiku dan terus melangkah memberi ruang buatku. Tidak sempat aku berterima kasih lelaki itu sudahpun berjalan menuju ke pintu keluar pesawat dan dengan pantas aku menuruti langkah Leon kerana kami adalah antara pelajar terakhir yang masih berada di dalam pesawat. Pesawat disambungkan terus ke dalam bangunan. Para pelajar beratur di pintu masuk Silver City , passport kami diperiksa oleh pegawai imigresen. Diana telahpun berada di ruang menunggu dan aku segera menghampiri gadis itu. Diana memaut lenganku dan kami berjalan beriringan menuruti pelajar pelajar lain. Beberapa orang pelajar terlihat berhenti di kedai kedai yang menjual barangan ekslusif namun aku dan Diana tidak berminat untuk melihat atau membeli kerana Diana mengomel tentang makanan di dalam pesawat. Aku hanya mendengar kerana aku lena dalam mimpiku di sepanjang perjalanan dan tidak menjamah apa apa pun. Saat ini secara tiba tiba perutku berbunyi. Ku liarkan mata mencari restoran berdekatan namun tiada satu pun kelihatan dan kalaupun ada aku hanya berpeluang membeli makanan segera kerana bas yang akan membawa kami ke Silver City sedang menunggu di luar. Menurut pembacaanku jarak lapangan terbang ke Silver City adalah satu jam jika trafik lancar. Harapanku untuk membeli makanan mati apabila Ms Erica melambai ke arah kami mengisyaratkan supaya kami segera ke tempat berkumpul. Beberapa ketika kemudian aku dan Diana terpisah lagi kerana Diana dan Eric menaiki bas yang berlainan, aku kembali duduk bersebelahan Leon namun kali ini dia mengambil tempat bersebelahan dengan tingkap. Bas memulakan perjalanan tanpa berlengah. Silver City berada di Breda Land , negara bersebelahan Astaria dan untuk ke Breda Land kami memerlukan passport dan di atas itu jika ingin memasuki Silver City setiap orang memerlukan jemputan khas dari pemilik Silver City , George Brune. George Brune adalah salah orang lelaki terkaya di dunia dan salah satu harta kekayaannya adalah Silver City. Selain dari itu tidak banyak yang diketahui mengenainya atau mungkin akses terhadap data peribadinya adalah terhad. Pandanganku dibuang ke arah luar , dapat kulihat daun daun mula bertukar kekuningan , kelihatannya Breda Land mengalami musim luruh sedikit lebih awal dari Astaria. Musim luruh adalah musim yang paling ku sukai kerana warna warna daun yang begitu mempersonakan. " Helena .. " Leon memanggilku perlahan. Aku menoleh memandangnya dan lelaki itu menghulurkan sebuah bungkusan kepadaku. Aku teragak agak untuk menyambut hulurannya. " Makanan you dalam flight tadi , flight attendant tried to wake you up but obviously she failed.." Leon meneruskan bicaranya apabila melihat reaksiku. Aku tersenyum kecil dan menyambut hulurannya. "Thank you, Leon.." Aku mengucapkan terima kasih sambil melihat kedalam mata birunya yang kelihatan redup saat ini. Leon hanya mengangguk tanpa bicara. Kubuka bekas makanan dan terlihat grilled chicken berserta sayur sayuran. Aku tersenyum kecil , padanlah Diana mengomel tentang makanan sebentar tadi namun padaku ianya sudah memadai. Melihat kepada makanan di hadapanku mataku tiba tiba berkaca , entah mengapa aku berasa terusik dengan apa yang dilakukan oleh Leon. Aku berpaling melihat lelaki itu. " You dah makan?" Aku bertanya , mungkin soalan yang paling bodoh yang pernah didengarinya. Sudah tentu lelaki itu sudahpun makan semasa aku lena di dalam pesawat. Inilah aku , Helena White , seorang gadis yang tidak berfikir panjang. " Dah.. " Leon memandang ke arahku dan membalas. Tidak aku sangka bahawa lelaki itu akan membalas pertanyaannku. Mungkin dia tidak seperti yang dikatakan Diana dan Eric. Aku tersenyum dan menyuap makanan tanpa lengah kerana sebetulnya aku tak mampu menahan lapar sebelum melihat makanan itu dan setelah melihatnya aku semakin tak mampu menahan diri.Sedang aku menikmati hidangan di hadapanku aku tersedar Leon sedang memerhatikanku. Aku menoleh ke arah lelaki kacak itu. " You nak?" Aku mempelawa Leon. Sekali lagi entah dari mana kebodohanku datang. Aku sendiri terkejut dengannya. Saat itu aku terlihat Leon tersenyum kecil. Hanya seketika namun waktu seakan terhenti untuk saat itu. " Helena , do you know who I am?" Leon bertanya bersahaja. Soalan apakah ini? Aku tertanya sendiri. " Leon Daniel.." kubalas bersahaja. Leon tidak membalas dan aku menutup bekas makanan yang baru sahaja dihabiskan. " Anyway.. I am Helena White." Aku memperkenalkan diri ku sambil memandang Leon. "I know." Leon membalas pendek dan dengan itu berakhirlah perbualan antara aku dan Leon. Tidak lama kemudian kami tiba di destinasi , seorang pegawai dari Brune Group naik ke atas bas dan memeriksa kad jemputan kami sebelum lelaki itu beredar tanpa lengah dan bas memasuki kawasan Silver City. Sebuah bandar yang menjadi idaman para pelancong. Aku membuang pandangan ke arah luar bas seperti pelajar pelajar lain. Kami melewati pintu gerbang Silver City dan suasana bertukar seakan akan kami memasuki negara yang berlainan. Kawasan paling luar Silver City menempatkan rumah rumah kayu yang dikelilingi oleh pohon pohon rendang. Sepanjang jalan aku dapat melihat pohon pohon rendang yang daun daunnya sudahpun bertukar kekuningan. Pohon pohon dan dedaunan kuning keemasan yang menghiasi jalan raya ini membuatkan aku terasa bagai berada di alam fantasi. Rumah kayu yang kelihatan kemas dan terjaga dihiasi dengan bunga bungaan. Setiap rumah yang dilewati kami mempunyai kolam kecil dan dekorasi yang sangat menarik , berlainan pada setiap rumah. Suasana bas bising dengan suara para pelajar namun Leon hanya berdiam diri sambil melihat ke arah luar. Aku cuba untuk mengambil gambar namun gagal kerana Leon berada betul di tepi tingkap. Aku cuba bangun namun mematikan hasratku apabila pelajar pelajar lain kelihatan berjalan dari satu tempat duduk ke tempat duduk yang lain untuk mengambil gambar. Aku selalu tidak bernasib baik dan aku tidak mahu berlanggar dengan mana mana pelajar dan mengundang masalah. " Helena , come.." Leon berbicara secara tiba tiba. Aku hanya melihatnya tanpa kata. Apa yang dimahukan lelaki ini? " Give me your phone , I ambilkan gambar untuk you.." Leon meneruskan bicaranya. Ah! Hatiku berbunga riang. Tanpa menunggu aku memberikan telefon pintarku kepada Leon , lelaki itu menyambut dan segera mengambil beberapa keping gambar perkampungan indah ini. Telefon diserahkan kembali kepadaku dan aku segera melihat gambar yang di ambil Leon. Aku tersenyum gembira dan mengangkat mukaku melihat Leon. " Thank you Leon." Aku berterima kasih sambil tersenyum. Setakat ini Leon sangat baik terhadapku. Terlalu baik padaku. Tidak pernah lagi sesiapa pun selain Diana yang melayanku begini. Bersama orang lain , jika aku tertidur di dalam pesawat bermakna aku akan berlapar namun Leon , lelaki yang tidak aku kenali menyimpan makanan buatku. Aku sendiri tidak akan melakukan perkara yang sama buat orang yang tidak aku kenali. Leon , seperti apakah dirimu sebenarnya? " No problem , you bawa sweater? any warm clothes? " Leon bertanya . " Ada, I ingat pesan you." Seperti anak kecil aku membalas. Aku buka beg sandangku dan mengeluarkan baju sejuk berwarna biru lembut kegemaranku. Aku menunjukkan baju itu kepada Leon , sekali lagi seperti anak kecil. Apabila aku sendiri menyedari tingkah laku ku itu aku terdiam dan membetulkan dudukku. Tidak lama kemudian bas berhenti di luar kawasan sebuah tempat peranginan. Menurut jadual perjalanan , hari ini kami akan bermalam di Valley Resort. Para pelajar cukup teruja dan bas dikosongkan dalam masa yang singkat. Aku mencari cari Diana dan pandanganku menemukan Sebastian. Jejaka itu berada tidak jauh dariku dan tanpa aku sedari langkahku membawaku menghampirinya. Sebastian tanpa diduga menegurku. " Hi Helena. You cari siapa?" Sebastian bertanya , nadanya kedengaran lembut bagiku. " Sebastian!" belum sempat aku menjawab soalan lelaki kacak itu Alexandra memanggilnya sambil menghampiri kami. Alexandra kelihatan cantik seperti biasa walaupun setelah berjam jam perjalanan. Aku ingin segera beredar namun belum sempat aku melangkah pergi Alexandra memegang lenganku. " I ingat you tak ada. Helena , baju siapa you pakai ni?" Alexandra bertanya sambil matanya melihat ke arah baju sejukku. Aku tidak mengerti soalan yang di tanyakan Alexandra pada mulanya. " Nampak macam sweater I .. Helena , give it to me." suara Alexandra meninggi , beberapa orang pelajar mengalih perhatian mereka ke arah kami. Aku berdiri tidak berganjak. Apa yang harus ku lakukan saat ini? " Helena , are you deaf? I want my sweater back." Alexandra menggesa tanpa simpati. " Alex , we can get a new one for you.." Sebastian cuba menenangkan Alexandra. " No , I want it now.. I am cold and that is my sweater." Alexandra masih tidak berganjak dan jarinya menuding ke arahku. Betul , baju sejuk ini adalah milik Alexandra , namun dia telah membuangnya dua tahun lalu dan aku mengutipnya dari tong sampah di White Mansion. Sejak itu aku menjaga baju sejuk ini dan hanya memakainya beberapa kali kerana baju ini mahal harganya dan tak sepadan denganku dan aku sayang dengannya. Namun saat ini apa yang harus ku lakukan selain memulangkannya kepada Alexandra. Perlahan aku membuka baju sejuk di tubuhku dan dengan berat hati aku menyerahkannya kepada Alexandra. Hanya tuhan yang tahu betapa pedihnya hatiku saat itu. Aku berpaling dan terus melangkah pergi. "Thief." aku masih mendengar kata yang dilontar oleh Alexandra. Air mata yang kutahan jatuh membasahi pipiku. Ini bukan perkara baru bagiku , Alexandra sememangnya begitu. Jika ada ruang dan peluang , gadis itu akan memperlakukan aku seperti pengemis. Aku seperti sudah biasa dengan layanan keluargaku terhadap diriku. Kukesat air mataku dengan hujung lengan baju sebelum disedari oleh pelajar lain namun langkahku termati apabila tanpa kusedari aku terlanggar seseorang. Aku mengangkat mukaku dan Leon berada betul di hadapanku. Jarak antara dirinya dan aku begitu hampir hingga aku dapat mendengar nafasnya. Leon memandangku seketika sebelum membuka jaket kulit yang dipakainya dan tanpa kusangka meletakkannya di atas tubuh kecilku. Air mataku gugur lagi. Tanganku bergetar menahan pedih di hatiku. Aku segera menyeka air mataku apabila terlihat Diana menghampiri kami. " Helena , I cari you dari tadi.. oh my god penatnya.. hmm jacket siapa you pakai ni? mana sweater you? tertinggal?" Diana memaut lenganku dan tanpa memperdulikan Leon gadis itu terus menerus bertanya. Cepat cepat aku sembunyikan kesedihanku dan cuba untuk menanggalkan jaket yang dibeti Leon namun lelaki itu segera melangkah pergi meninggalkan aku dan Diana. Diana tidak memperdulikan Leon dan segera menarik lenganku ke arah Eric. Aku melihat kelibat Leon hilang dikalangan pelajar pelajar yang semakin ramai mengerumuni kawasan kami berada. Ms Erica dan Dr Emir akhirnya mengetuai kami masuk ke kawasan kediaman. Staf Valley Resort telah bersedia dengan kehadiran kami , satu bangunan kediaman telah disediakan khas untuk kami di Blok A. Kami hanya perlu mendaftar bilik mengikut senarai yang diberi dan bilikku agak jauh dari Diana namun bilikku betul betul bersebelahan Leon. Aku tidak pasti ianya hanya kebetulan ataupun senarai bilik mengikut kumpulan kerana ku tidak sempat melihat nama Diana pun. Kami perlu mendaftar dengan cepat kerana staf perlu melayan tiga ratus pelajar dalam masa yang singkat. Aku mengambil kad akses bilik dan berjalan beriringan dengan Diana sebelum berpisah ke Wing yang berbeza. Diana mengingatkanku supaya mengaktifkan simcard dan berhubung dengannya secepat mungkin. Aku hanya mengangguk dan segera masuk ke dalam lif. Kulihat nombor bilik yang tertera pada kad akses dan kata laluan wifi resort. Bilikku berada di tingkat tiga West Wing nombor lima belas. Aku mencari bilikku dan berasa lega apabila bilikku berdekatan dengan lif. Aku segera masuk ke dalam bilik dan buat seketika aku terpegun. Dari pintu masuk aku dapat melihat pemandangan luar bilik. Bilik ku menghala ke arah persisiran pantai. Tanpa menutup pintu langkahku terhala ke arah balkoni. Kubuka pintu kaca dan angin dingin menampar tubuhku. Pandangan yang sangat indah terhampar dihadapanku. Aku hilang dalam keindahan itu buat seketika. Ikatan rambutku kulepaskan dan kubiarkan rambut panjangku ditiup angin dingin ini. Entah berapa lama aku begitu hinggalah ku dengar suara memanggil namaku. Suara yang kerap kudengar hari ini. Nada yang sama setiap kali menyebut namaku. " Helena." Aku menoleh ke arah suara itu dan kelihatan Leon berdiri di balkoni di kiriku. Lelaki itu kelihatan tenang , angin yang bertiup tidak langsung mengganggunya. Pandangan Leon seakan memanahku. Aku merapikan rambutku yang berterbangan sambil melihat lelaki berkulit putih kemerahan dihadapanku tanpa kata. "It's cold, I think you shouldn't stay outside for too long." Leon bicara lembut. Matanya tidak lepas memandangku. Aku angguk perlahan, melemparkan senyuman kepadanya dan masuk tanpa membalas.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD