Mimpi

1253 Words
Saat aku membuka mata aku melihat ke sekelilingku dan aku terlihat Leon sedang lena bersandar di sofa yang berdekatan denganku. Perlahan aku bangun dan duduk di birai katil. Apakah yang berlaku adalah sekadar mimpiku namun jika ianyanya mimpi mengapa aku di sini dan mengapa Leon berada di sini. Aku mencari telefon pintarku dan bangun menuju ke arah meja yang terletak tidak jauh dariku. " Helena.." aku terdengar suara Leon memanggilku perlahan. Aku menoleh dan pandangan kami bertaut. Aku kembali duduk di birai katil. " What happened?" Aku bertanya perlahan. " You fainted .. " Leon membalas pendek. Aku angguk perlahan. Aku bertanyakan tentang Diana dan Leon memaklumkan bahawa Diana berada bersama Ivan buat masa ini. Aku cuba mendail nombor telefon Diana namun panggilanku tidak berjawab. Aku membuat keputusan untuk kembali ke bilikku dan meminta Leon untuk berehat. Leon tidak membantah. Setiba di bilik aku cuba untuk melelapkan mataku namun amat sukar , aku mendail nombor telefon Eric namun tiada jawapan. Aku mengambil keputusan untuk mencari Eric pada esok hari. Saat aku hampir terlena bayangan Ivan dan Shaun datang bertandang silih berganti. Bagaimana Leon dan Louis kelihatan begitu tenang melihat semua itu? Dalam tidurku aku melihat seorang wanita sedang tersenyum ke arahku dan seketika kemudian aku terdengar bunyi tembakan bertalu talu dan wanita itu longlai tidak bernyawa. Aku melihat diriku memegang tubuh wanita itu sambil memanggil namanya namun apabila aku terjaga dari mimpiku itu aku tidak dapat mengingat nama yang kusebut itu. Aku tidak juga mengenali wanita itu. Siapakah dia yang hadir dalam mimpiku? Aku bangun seawal enam pagi dan segera ke restoran kerana pagi ini aku tersedar perutku minta diisi kerana seharian aku tidak menjamah makanan semalam. Restoran sudahpun dibuka namun hanya dua tiga orang pelajar yang berada di dalam. Aku mengambil sepotong roti dan keju lantas duduk sambil menghantar mesej kepada Diana. Tidak lama kemudian restoran mula dipenuhi pelajar pelajar. Aku masih di tempat dudukku , berharap agar bertemu Eric namun kelibat lelaki itu masih tidak kelihatan. Aku menaip nama Shaun dalam carian internet namun tiada apa tentang lelaki itu. Aku segera menyudahkan sarapan pagiku dan bercadang untuk ke bilik Diana namun hasratku termati apabila aku terlihat Ivan menghampiriku. Entah mengapa aku berasa cemas. Aku cuba menyembunyikan perasaanku namun aku masih tidak dapat melupakan kejadian semalam , bagaimana Ivan mengacukan pistol dan melepaskan tembakan bersahaja begitu. Ivan duduk berhadapan denganku. Pelayan mengambil pesanan lelaki itu dan kemudiannya beredar. " Good morning Mr Volkov .." Aku memulakan bicara. Ivan senyum , senyuman yang aku kira ternampak ikhlas. Jika aku tidak melihat kejadian semalam aku mungkin tertipu dengan senyuman itu. Aku mungkin tertipu dengan ketampanan lelaki ini. " Good morning .. call me Ivan please." Ivan memandang ke arahku sambil melurut rambut perang kekuningannya. Beberapa orang pelajar memandang ke arah kami. Sebetulnya setiap pelajar yang melewati meja kami berdua akan memerhatikan aku dan Ivan buat seketika. Ivan berbaju T dengan jeans hitam. Sama seperti pilihan Leon. " How's Diana?" Aku bertanya perlahan. " She is fine. She is resting.. " Ivan membalas tenang. Aku angguk tanda faham. " Helena .. apa yang you lihat semalam , it's me protecting my sister.." Ivan menjawab tanpa disoal. Jadi Ivan tahu aku berada di sana? Bagaimana? " We have our own ways of protecting people we love. Diana is my sister and I have to make it clear to them ." Ivan menyambung kata katanya. Pandangannya redup. Aku diam tidak pasti apa yang harus kukatakan saat ini. " I have been wanting to meet you. Diana talks about you all the time." nada Ivan perlahan dan tenang. Ya , namun Diana tidak pernah menceritakan apa apa tentang Ivan kepadaku. " There's nothing interesting about me.." Aku membalas tanpa berfikir. Ivan tersenyum nipis sambil mengangkat keningnya. Dia terlihat seperti seorang lelaki yang ceria. " You are a very interesting person Ms Helena. Well , it is not fair that I know so much about you but you don't know me right?" Ivan menongkat dagunya dengan sebelah tangan sementara tangan kanannya bermain dengan telefon pintarnya. Aku sepertinya melihat lelaki yang berbeza dari yang kulihat semalam. Apakah yang cuba dilakukan Ivan? " Tell me .. about yourself.." Aku bicara tenang. Aku tidak keberatan kerana Ivan adalah abang kepada Diana , keluarga teman rapatku. Mungkin aku dapat mengenal Diana dengan lebih dalam melalui Ivan. " I went to Brixton .. graduated , and has been working since then. I make enough money for a living.." Ivan menjawab serius. " What kind of business?" Aku bertanya tanpa selindung. " Weapons ..of all sort. " Ivan menjawab jujur. " What do you know about me?" Aku bertanya lagi. Ivan senyum. " You are special and I want that special person to be mine.." nada Ivan serius dan aku terkesima , adakah apa yang didengariku ini realiti atau Ivan berjenaka denganku? Ini kali pertama aku mendengar kata kata sebegini. Aku membetulkan dudukku. Ivan masih merenung wajahku. " You know .. my grandfather doesn't acknowledge me but he gave me the family name but in reality I am not part of the family , so I don't have the burden Diana has." Ivan berbicara perlahan. Aku tidak pasti apa yang dimaksudkannya. " Maksudnya?" Aku bertanya perlahan. " I can choose my own path in life . It is a luxury people like your friends can't have." Ivan menjawab soalanku namun aku masih tidak jelas. Ivan tersenyum lagi sambil membetulkan duduknya. "Let's make a trade.. you give me a chance to be with you, I will help you find your mother.." kata Ivan buat aku tersentak. Aku menelan liurku sekali gus. Siapa lelaki ini? Bagaimana dia mengetahui tentang ibu kandungku? Aku tidak pernah sekalipun menyebut tentang keluargaku kepada sesiapapun. Selain Alexandra yang memanggilku dengan panggilan anak luar nikah , tiada sesiapapun tahu mengenai ibu kandungku. Aku sendiri tidak mengenal wanita itu. Aku merenung wajah lelaki kacak didepanku. Separuh hatiku berasa tidak senang dengan senyuman itu dan separuh lagi ingin mengetahui apa yang diketahui Ivan. Jika aku menerima pelawaan Ivan bermakna aku akan terjerumus dalam dunia yang aku sendiri tidak fahami. Mampukah aku berada dalam dunia Ivan? Apakah yang difikirkan lelaki ini? Namun apa yang ditawarkan oleh Ivan sangat menarik hatiku. Ibu kandungku? " Helena .. you don't have to decide now. Think about it." Ivan seperti tahu apa yang bermain di fikiranku. Jika aku menerima tawaran Ivan bermaksud aku perlu melepaskan perasaanku terhadap Sebastian dan memberi ruang untuk lelaki ini. Mampukah aku? Aku tidak pernah memberitahu sesiapapun tentang perasaanku terhadap Sebastian yang kusimpan bertahun tahun walaupun aku sedar Sebastian tidak akan memilihku. Mungkin ini yang harus kulakukan? Namun aku bukan seperti yang dikatakan Ivan , aku bukan siapa siapa dan bukan seorang yang istimewa seperti apa yang dikatakannya. Bagaimana jika Ivan melihat diriku yang sebenar? Aku tidak ingin dilukai. Luka di hatiku telah begitu banyak dan setiap satunya masih berdarah. Aku sendiri takut dengan masa silamku , dengan siapa aku yang sebenarnya. Adakah Ivan berfikir bahawa aku dan dia mempunyai persamaan? Lelaki yang berada di depanku ini mampu memiliki mana mana gadis yang dikehendakinya. Lihat sahaja bagaimana dia membawa dirinya , bagaimana dia dengan yakin dengan dirinya. Sebelum aku beredar Ivan memberi nombor telefon peribadinya dan lelaki itu sempat mengingatkanku bahawa dia akan menunggu jawapanku. Aku hanya mengangguk. kejadian semalam masih menghantui diriku , riak Ivan sewaktu melepaskan tembakan dan sewaktu melihat Shaun. Lelaki itu semalam kelihatan seperti seorang yang tiada perasaan belas sebagai seorang manusia dan hari ini lelaki itu duduk bersamaku dengan senyuman dan memujiku. Malah menawarkan aku sesuatu yang aku tidak pernah terfikirkan.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD