Petrova

1542 Words
Selang beberapa minit Ivan pergi dua orang lelaki yang bertugas seperti petugas kesihatan datang ke bilikku bersama Dr Emir. Dalam masa yang sama Leon muncul. Lelaki itu memerhatikan petugas yang sedang menerangkan tujuan mereka datang ke bilikku. Menurut mereka , laporan yang diterima oleh staf Ivan mengatakan bahawa kemungkinan besar Diana di bawa pergi oleh keluarga mafia Petrova dan mereka kebiasaannya menggunakan sejenis dadah yang dipanggil khanka ketika keluar bersantai di kelab kelab. Selain itu mereka ingin mengambil sampel darahku kerana jika Petrova yang membawa Diana pergi kebiasannya mereka tidak meninggalkan bukti. Persoalan Ivan adakah mereka menyentuhku merujuk kepada apa apa yang bersentuhan dengan kulitku. " You mean poison?" Belum sempat petugas menerangkan dengan lebih lanjut Leon memotong cakap lelaki itu. Aku menoleh ke arahnya. Petugas itu mengangguk. Leon merenung ke arahku seketika. Aku melihat kertas kesihatan yang diberi oleh petugas itu dan persetujuanku untuk diperiksa. Aku mengambil pen yang diberi dan menurunkan tanda tanganku. Leon hanya memeerhatikan petugas petugas tersebut menyambung kerja mereka sambil membuat panggilan telefon. Riaknya serius , Dr Emir pula sedang sibuk dengan telefon pintarnya sambil sesekali melihat ke arahku. Ini merupakan hari yang panjang bagi kami semua. sampel darahku diambil , jaketku telah di periksa dan seketika kemudian mereka berdua beredar. Dr Emir pergi bersama mereka berdua. Leon yang bersandar pada pintu bilikku masih dengan panggilan telefon. Seketika kemudian Leon menamatkan panggilan telefonnya. Aku ingin bertanyakan banyak perkara kepadanya lantas aku mempelawa lelaki itu untuk ke restoran. Leon bersetuju dan kami berdua melangkah ke arah restoran. Aku dan Leon duduk di bahagian tepi restoran , agak terselindung dari pandangan. " Leon , you tahu tentang Petrova?" Aku bertanya tanpa selindung. Leon mengangguk. " Don't worry .. usually if they take someone it is about money..or family feud that related to money." Leon bersahaja. " That is why they let you go.. for someone to deliver the message." Leon menyambung. Aku tidak terfikir sejauh itu. Ada betulnya kata kata Leon. " But .. we don't know for sure.. do any Volkov show up?" Leon menyambung dan bertanya. Aku mengangguk. " Ivan Volkov." Aku membalas perlahan. Itu kali pertama aku melihat lelaki itu , sebelum ini Diana tidak pernah menceritakan tentang keluarganya dan kebiasaannya Diana hanya dikenali dengan Diana Natasha , dan kami tidak sangat peduli dengan nama keluarga jika seseorang itu tidak menyebutnya. Sama seperti Leon. " Do you know him?" Leon bertanya lagi. Aku menggeleng. Mungkin lelaki ini berfikir bahawa kerana aku teman rapat Diana aku seharusnya mengenal Ivan. Tidak. Mungkin Leon lebih mengetahui perihal lelaki itu dari diriku. " Helena , do you even know who is your friend?" Leon bertanya perlahan. Aku serba salah dengan soalan Leon. Ada betulnya soalan itu. Selama bertahun tahun aku berteman dengan Diana tidak sekali pun aku bertanyakan tentang keluarganya namun Diana juga seperti tidak mahu bercerita tentang keluarganya. Bukan aku tidak ambil kisah dengan Diana namun aku menghormati keputusannya. Leon merenung ke arahku. Pandangannya redup , seketika kemudian dia tersenyum nipis dan bersandar pada kerusi. Mungkin lelaki itu mengira aku gadis bodoh. " Diana Natasha Volkov.. she is the precious granddaughter of Igor Volkov , their family deal weapons , drugs and alot more .. legally and illegally. " nada Leon perlahan. Bagaimana lelaki ini tahu perkara seperti ini? atau ini sebenarnya diketahui banyak orang tetapi aku? " It is not your fault not knowing .. Diana made the right decision not to tell because imagine if anyone knows this .. how much Diana's worth?" Leon bertanyakan soalan yang aku tidak tahu jawapannya namun jelas lelaki itu mengetahuinya. " I told you .. she is the precious granddaughter .. Ivan is illegitimate .. she is the heiress." Leon menyambung . Entah mengapa aku terasa seperti tidak mengenali Diana. Adakah apa yang dikatakan oleh Leon benar? " Now you probably question yourself .. is that true?" Leon sekali lagi membaca fikiranku. Aku diam tanpa jawapan. " What is Diana's reaction when they take her? I bet she is calm .. you know why? She knows they will not hurt her because if they do , no matter how powerful they are the Volkov will hunt them down and this is Silver City, The Brune won't let any of them tarnish the reputation. How did Ivan get here so quickly? He is around because Diana is here.." Leon menyudahkan kata katanya dengan senyuman nipis. Aku termangu seketika. " Helena .. this world is a scary place.. I think you know this.." nada Leon perlahan. Aku masih diam tidak membantah. Lelaki ini mengetahui banyak perkara dan tingkahnya tidak seperti pelajar pelajar lain. Saat ini aku tahu sedikit mengenai Diana namun bagaimana dengan lelaki di hadapanku ini. Siapa Leon Daniel yang berada di hadapanku ini? " Macam mana dengan Petrova?" Aku bertanya ingin tahu kerana aku masih risau akan Diana. " About the same business as Volkov, but they do not have The Brune support." Leon membalas sambil membetulkan duduknya. " So , maksudnya Brune family berurusan dengan Volkov family?" aku bertanya. " In a way.. the thing is Helena .. it is all business , money .. for them there is more gray than black and white." Leon menuturkan itu dengan penuh makna. Apa yang dikatakan Leon ada betulnya. Lihat sahaja keluarga White. Terlalu banyak perkara yang dilakukan oleh mereka untuk status dan harta. " What about you?" Aku bertanya secara tiba tiba , soalan yang kutanyakan hanya di dalam hatiku itu keluar dari bibirku secara tidak sengaja. " What about me? I am nobody.." Leon membalas tenang. " But .. for you Helena , I will be whoever .." Leon menyambung lagi dan aku terkesima. Aku tidak menyangka lelaki itu baru sahaja berkata seperti itu. Aku termalu sendiri namun Leon masih bersahaja seperti serius dengan kata katanya. " So who you want me to be Helena? The King of Sparta or The Trojan Prince? or just a Greek Lion that watch from far , a nobody and do nothing ?" Leon bertanya sambil merenungku. Leon Daniel! soalan apakah ini? Aku diam tanpa jawapan dan aku megalihkan pandangan namun aku terlihat Louis menghampiri kami. Louis melemparkan senyuman ke arahku , lelaki itu duduk bersebelahan denganku dan memandang Leon penuh makna. " Evening Leon , Helena .. hmm Leon , shall we?" Louis mengisyaratkan agar Leon mengikutinya. Leon memandang ke arahku. " Helena , you nak ikut? We are going to look for Diana.." Leon bertanya bersahaja. hatiku melonjak riang dalam masa yang sama sangsi dengan pelawaan Leon. Louis memandang Leon seakan tidak bersetuju namun Leon tidak memperdulikan pandangan Louis. Aku segera mengangguk dan bingkas bangun mengekori langkah Louis dan Leon. BMW perak milik Louis berada betul di hadapan restoran dan lelaki itu tidak menunjukkan rasa bersalah meletakkan kenderaan di situ. Pada pandanganku cara pemanduan Louis agak berbahaya namun Leon kelihatan seperti biasa. Jantungku seakan akan tertinggal dengan kelajuan ini.Entah berapa lama aku begitu sehinggalah kami masuk ke kawasan industri yang dipenuhi kilang kilang dan kereta dipandu Louis berhenti di hadapan sebuah kilang yang kelihatan seperti sudah ditinggalkan. Leon memandang ke arahku dan melangkah keluar dari kereta. Aku seperti biasa mengekori langkah mereka berdua. Beberapa buah kereta lain turut berada tidak jauh dari kereta Louis. Aku terlihat lelaki bertubuh sasa yang tadinya bersama Ivan berada di bahagian luar kilang. Lelaki itu hanya mengangguk ke arah Louis dan kami masuk ke dalam namun belum sempat kakiku melangkah ke lebih dalam aku mendengar jeritan seorang lelaki. Aku kembali melangkah merapati Leon yang sepertinya tidak berniat untuk masuk lebih dalam manakala Louis terus merapati sekumpulan lelaki yang sedang berdiri memandang sesuatu. Aku melangkah lebih rapat ke sisi Leon dan aku dapat melihat Ivan adalah salah seorang darinya dan mereka sedang melihat seorang lelaki yang kelihatan cedera duduk di atas kerusi. Pemandangan ini sangat mengejutkanku namun aku tercari cari kelibat Diana. Aku kemudian melihat lelaki yang duduk sambil mengerang kesakitan itu dan dari pakaiannya aku pasti dia adalah Shaun. Aku memandang ke arah Leon namun lelaki itu kelihatan fokus ke arah apa yang dilakukan oleh Ivan seterusnya. Ivan mengacukan sepucuk pistol ke arah Shaun. Aku menelan liurku , adakah mereka ingin membunuh lelaki itu di sini? Aku ingin melangkah menuju ke arah Ivan namun Leon menarik lenganku menghalang aku untuk pergi. Leon menggeleng perlahan. Seketika kemudian terdengar bunyi tembakan dan jeritan Shaun hampir pada waktu yang sama. Aku menutup mulutku dan Leon menggengam tanganku. Pandanganku beralih ke arah Shaun dan kelihatannya peluru yang dilepaskan adalah ke bahagian kakinya. Ivan kelihatan tidak terkesan dengan apa yang dilakukannya , sejujurnya tiada siapa di antara mereka terkesan dengan apa yang terjadi. Aku tidak pasti adakah kehadiran kami tidak diundang kerana apa yang dilakukan oleh Ivan adalah salah di sisi undang undang. Namun Louis berada di kalangan mereka. Apakah hubungan antara Louis dan Ivan dan di manakah Diana? Leon masih menegang erat tanganku dan jantungku masih berdegup kencang. Sekali lagi aku melihat Ivan mengacukan pistol ke arah Shaun dan kali ini aku tidak dapat mengawal diriku. Aku begitu takut melihat lelaki itu mengacukan pistol ke arah kepala Shaun. Apapun yang terjadi aku tidak sanggup melihat sesiapapun di cederakan apatah lagi dibunuh. Nafasku terasa sesak secara tiba tiba dan aku begitu sukar untuk bernafas dan seketika kemudian aku hilang kawalan diri . Aku dapat merasakan tangan Leon menyambut tubuhku yang perlahan longlai.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD