Story By Garffith Joyer
author-avatar

Garffith Joyer

ABOUTquote
seorang yang ingin menceburi bidang penulisan. Seomoga cerita saya yang pertama berjalan lancar
ini yang kau namakan cinta
ini yang kau namakan cinta
Updated at Jul 24, 2023, 19:22
Iman seorang gadis yang dibesarkan oleh macik saudaranya. Dia diberikan kepada kakak sulung bapanya ketika berumur 11 tahun. Iman seorang yang sangat ceria pada dahulunya bertukar murung dan kurang senyum setelah mengetahui ibu bapanya sudah bercerai pada waktu dia berusia 12 tahun. Dia tidak menyangka bahawa keluarganya akan berpecah belah. Menginjak dewasa dia tidak pernah bercinta sewaktu bersekolah di sekolah menengah mahupun setelah menamatkan pengajian sekolah menengahnya. Namun, Jodoh terletak di tangan Tuhan, benarlah kata orang jodoh tidak salah alamat. Setelah memasuki IPT, dia ditemukan dengan seorang jejaka yang tinggi lampai, segak, berwajah tampan seakan-akan pelakon terkenal tempatan Aiman Hakim dan seorang yang cemerlang dalam bidang akademik. Iman telah jatuh cinta dengan jejaka tersebut dalam perjalanan ke bandar dari kampus pengajiannya lalu membuat suatu pengakuan cinta terhadap lelaki tersebut. Tuah ayam terletak pada tajinya, tuah manusia siapalah yang tahu. Iman berasa dirinya cukup bertuah apabila cintanya disambut oleh jejaka tersebut. Siapa sangka hubungan tersebut berakhir di jinjang pelamin. Namun, dalam bahagia berumah tangga, setiap orang tidak terlepas dengan badai yang menimpa rumah tangga. Hunaqeem jejaka seorang anak mama yang telah mengahwini Iman. Mampukah dia memilih antara isteri atau mama tersayang? Dapatkah Iman bertahan dengan suaminya itu atau memilih berpisah seperti ibu bapanya?
like