ini yang kau namakan cinta

ini yang kau namakan cinta

book_age16+
0
FOLLOW
1K
READ
family
mystery
like
intro-logo
Blurb

Iman seorang gadis yang dibesarkan oleh macik saudaranya. Dia diberikan kepada kakak sulung bapanya ketika berumur 11 tahun. Iman seorang yang sangat ceria pada dahulunya bertukar murung dan kurang senyum setelah mengetahui ibu bapanya sudah bercerai pada waktu dia berusia 12 tahun. Dia tidak menyangka bahawa keluarganya akan berpecah belah. Menginjak dewasa dia tidak pernah bercinta sewaktu bersekolah di sekolah menengah mahupun setelah menamatkan pengajian sekolah menengahnya. Namun, Jodoh terletak di tangan Tuhan, benarlah kata orang jodoh tidak salah alamat. Setelah memasuki IPT, dia ditemukan dengan seorang jejaka yang tinggi lampai, segak, berwajah tampan seakan-akan pelakon terkenal tempatan Aiman Hakim dan seorang yang cemerlang dalam bidang akademik. Iman telah jatuh cinta dengan jejaka tersebut dalam perjalanan ke bandar dari kampus pengajiannya lalu membuat suatu pengakuan cinta terhadap lelaki tersebut. Tuah ayam terletak pada tajinya, tuah manusia siapalah yang tahu. Iman berasa dirinya cukup bertuah apabila cintanya disambut oleh jejaka tersebut. Siapa sangka hubungan tersebut berakhir di jinjang pelamin. Namun, dalam bahagia berumah tangga, setiap orang tidak terlepas dengan badai yang menimpa rumah tangga. Hunaqeem jejaka seorang anak mama yang telah mengahwini Iman. Mampukah dia memilih antara isteri atau mama tersayang? Dapatkah Iman bertahan dengan suaminya itu atau memilih berpisah seperti ibu bapanya?

chap-preview
Free preview
Bab 1
"Bye Nathalie, aku nak pindah dah ke Sabah, bapa aku posting kat sana." Kata Iman kepada kawan baiknya, Natahalie. Iman sangat gembira bahawa dia akan tinggal di tempat yang baharu paada masa yang sama dia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan baiknya iaitu Nathalie. "Kau nak tinggalkan aku ke?" dengan riak yang sedih dan bermasam muka Nathalie bertanya kepada Iman. Dia berasa sedih apabila mengetahui bahawa rakan baiknya akan berpindah tidak lama lagi. Namun, Iman hanya tersenyum sahaja mendengar persoalan rakan baiknya itu. Dia berasa cukup gembira kerana Sabah merupakan Negeri kelahirannya. Di situlah terletaknya kampung halaman Iman. Seminggu kemudian, akhirnya keluarga Iman telah berpindah ke Sabah. Bapa Iman merupakan seorang tentera dan telah dipindahkan ke Tawau yang terletak di negeri Sabah. Namun, disebabkan proses pemindahan barang begitu lama maka ibu bapa Iman telah mendaftarkan Iman dan kakaknya, Maira di sebuah sekolah yang terletak di kampung halaman bapanya dan menyuruh kedua adik-beradik itu untuk tinggal bersama kakak sulung bapa Iman yang mereka gelar Mak Tua. Dua minggu perrtama persekolahan, ibu bapa Iman sentiasa melawat mereka berdua adik-beradik. Selepas itu, ibu bapa mereka jarang menjenguk mereka lagi kerana sibuk mengurus barang-barang untuk dipindahkan ke rumah baharu mereka di Tawau. Iman kini berada di darjah enam dan Maira di tingkatan satu. Maira telah dimasukkan ke sebuah sekolah yang terletak jauh dari rumah Mak Tua menyebabkan Maira terpaksa tinggal di asrama maka, Iman terpaksa tinggal bersama Mak Tua dan keluarganya sendiri. Hari sangat terik, dan Iman berjalan kaki pulang ke teratak Mak Tua, dilihatnya sebuah kereta yang tidak asing lagi di matanya. 'Bapa datanglah.' Getus hati kecil Iman. Sungguh anak kecil itu berasa gembira apabila dilawati oleh ibu bapanya. Iman masuk ke rumah lalu bersalaman dan memeluk kedua orang tuanya. "Mak tadi kan di sekolah Iman main permainan baru, kawan iman yang ajar. Nama permainan tu joropoint. Best cam main lompat tikus tapi yang ni lain lagi sebab dia guna getah mak. Kalau tak lepas lompat kalah lah..hehe." " Nak ikut mama ke bapa?" tanya mama kepada Iman. Iman kebingungan dan tidak memberikan sebarang jawapan. 'Apa dah jadi ni? kenapa mama tanya camtu?' getus hati Iman. Dia berasa gusar dengan pertanyaan mamanya itu. "Mama dengan bapa nak balik dah ni, Iman fikirkan la ya apa yang mama tanya tadi." Mama berkata kepada Iman. Malam sudah tiba, ketika makan malam bersama dengan Mak Tua, Iman bertanya kepada ibu saudaranya itu, "Mak Tua kenapa mama tanya Iman nak ikut mama atau bapa? ada apa-apa ka?" "Mama dengan bapa kamu nak bercerai dah. Kamu ikut je bapa kamu, lagipun bapa kamu bekerja mak kamu takde kerja nanti tiada yang tanggung kamu kalau ikut mama kamu. Kamu dengar tak cakap Mak Tua ni? Mak Tua bukan apa, risau je takde yang nak bagi kamu makan, sekolahkan kamu kalau ikut dengan mak kamu tu. Lebih baik kamu ikut je bapa kamu tu senang cerita." Kata Mak Tua berterus terang kepada Iman. Sungguh Iman terkejut dengan apa yang baru sahaja Mak Tua sampaikan kepadanya itu. Bukan dia tidak tahu maksud cerai itu apa, pada usianya 12 tahun, dia sudah tahun apa itu maksud cerai. Iman tidak sangka yang ibu bapanya akan bercerai. Tapi sebab apa? keluarganya cukup bahagia pada pandangannya tapi mengapa kini retak menanti belah? Pada awal tahun ketika Iman sudah menginjak ke tingkatan 1, ibu bapanya disahkan bercerai. Iman berasa sangt sedih, dia tidak menyangka keluarganya sudah berpecah belah. Drama penceraian yang sering ditayangkan di kaca televisyen kini adalah sebahagian cerita hidupnya. Bapanya berkahwin dengan seorang gadis yang berumur 20 tahun lebih muda darinya, manakala Maira telah mengikuti mamanya. Iman pula telah mengambil keputusan untuk mengikut ayahnya kerana dia menyangka bahawa ayahnya akan tinggal keseorangan dan tiada yang teman. Rupa-rupanya bapanya telah mengahwini gadis lain. Sungguh sedih dan kecewanya Iman melihat bapanya duduk di atas pelamin bersama perempuan lain selain ibunya. Iman terluka dengan perbuatan bapanya terhadap dirinya dan keluarganya. Mak Tua pula hanya merelakan adiknya itu berkahwin dengan perempuan lain dan membiarkan keluarga itu berpecah belah. Sejak itu, Iman lebih banya mendiamkan diri, serius dan tidak mahu tersenyum mesra lagi. Dirinya cukup tersakiti dengan tingkah bapanya itu. Sehingga Iman meningkat dewasa dan berada di institut pengajian tinggi, dia tidak pernah bercinta. Iman hanya ingin belajar mencapai cita-cita dan keluar dari rumah bapanya. Dia tidak mahu menetap dengan bapanya dan keluarga baharu bapanya walaupun ibu tirinya itu baik terhadap dirinya tetapi Iman tetap tidak boleh menerima kehadiran ibu tirinya itu dalam hidupnya bahkan untuk memanggil ibu tirinya itu sebagai mama juga tidak diingininya. Iman berasa seperti dia telah mengkhianati mamanya sekiranya memanggil ibu tirinya sebagai mama. Mama dia masih hidup. Selagi mama masih hidup, tiada siapa yang akan Iman panggil sebagai mama. Takkan pernah sampai bila-bila. Itulah janji yang dipegang oleh Iman setelah mengetahui bahawa bapanya sudah berkahwin lain. Iman menyesal kerana tidak mengikut mamanya. Masih terbayang-bayang di benak fikirannya bagaimana mamanya berusaha untuk memujuk Iman untuk mengikut mamanya pulang ke kampung halaman mamanya di Sarawak. 'Mari Iman ikut mama. Mama janji mama boleh jaga Iman dengan kakak baik-baik. Iman tak kesian ke dengan mama? Kalau mama rindu Iman nanti macam mana? Iman nak jadi anak derhaka ke tak dengar cakap mama ni, ha Iman? Sanggup tengok mama merayu semata-mata nak anak mama ikut mama?' berjuraian air mata mama sambil memujuk anaknya Iman untuk mengikutnya. Iman hanya diam lalu berlalu pergi setelah mendengar kata-kata ibunya itu. Dia masuk ke dalam bilik mandi dan menangis secara tertahan-tahan sambil menyiram lantai bilik mandi agar tidak terdengar suaranya. Dia sudah bertekad bahawa dia akan mengikuti bapanya kerana dia tidak mahu ibunya terpaksa menangung beban membesarkannya bersama kakaknya. Sudahlah mamanya itu tidak bekerja, bagaimana mahu menangung kehidupan Iman dua beradik., dengan harga barang yang semakin mahal, tambang bas ke sekolah, dan sebagainya. Mamanya itu juga bukanlah berasal dari keluarga yang senang, hanyalah keluarga yang tinggal di kampung yang terletak di pedalaman. Kini Iman sudah dewasa, sudah berada di tahun akhir pengajian. Selama berada di pengajian tinggi, dia tidak pernah jatuh hati dengan mana-mana lelaki. Rakan-rakan Iman juga pelik dengan Iman yang bila ditanya soal percintaan, Iman asyik mengelat dan menunjukkan tanda-tanda tidak berminat dengan topik itu. Bukannya tiada yang meminati Iman, ramai jejaka yang hendak menghampiri dan mengenali Iman tetapi ditolak oleh Iman. Iman cantik, kulit cerah dan mulus, berdahi licin, hidung yang comel tidak terlalu mancung tidak juga pesek, sopan, ayu dan sentiasa mengenakan riasan yang ringkas sahaja tetapi nampak menarik di mata orang. Tidak hairan lah Iman sentiasa diurat oleh mana-mana jejaka di kampus tempat dia belajar. Tapi sayang, tiada satu pun yang berjaya memikat hatinya.

editor-pick
Dreame-Editor's pick

bc

Shifted Fate

read
541.2K
bc

Chosen, just to be Rejected

read
124.8K
bc

Corazón oscuro: Estefano

read
690.0K
bc

Holiday Hockey Tale: The Icebreaker's Impasse

read
128.0K
bc

The Biker's True Love: Lords Of Chaos

read
284.2K
bc

The Pack's Doctor

read
604.3K
bc

MARDİN ÇİÇEĞİ [+21]

read
713.2K

Scan code to download app

download_iosApp Store
google icon
Google Play
Facebook