Bab 1 (Tembakan)
Kelas terakhir untuk sem keempat. Ingat tak penat ke. Huh dah lah tak makan lagi. Si Karina ajak aku makan dekat bilik dia. Jadi lepas kelas terus aku ke kedai makan di luar dengan dia untuk membeli makanan. Dalam perjalanan masuk aku ternampak sebuah kereta hitam di paking elok di tepi pagar kampus.
Mungkin orang papa. Lantak lah. Bukan aku tak biasa kena awasi macam ni. Dah biasa. Dari jauh aku nampak sekumpulan lelaki berjalan sambil berbual dan ketawa sesama sendiri. Aku kenal dia orang sebagai senior aku. Semakin lama kami semakin hampir, tiba-tiba belakang aku terasa sakit yang menusuk sebelum aku rebah.
Rasa ngilu teramat sangat.
Apa yang aku tahu aku di sambut seseorang sebelum aku terdengar Karina menjerit kuat. Dunia aku kelam dan aku tidak sedarkan diri.
_________
Suasana terang yang teramat sangat membuatkan mata aku silau. Keadaan sekeliling amat asing bagi aku. Mata ku pejam kembali untuk menyesuaikan bola mata ku dengan keadaan sekeliling.
'Aku kat mana ni?' Soal aku pada diri sendiri. 'Apa yang aku ingat belakang aku rasa sakit dan semuanya kosong.'
Sedang otak mengumpul maklumat aku terdengar pintu di buka. Mata aku secara automatik melihat ke arah pintu yang berada 2.5 meter dari katil yang aku baring ini.
"Papa?" Apa pulak orang tua ni buat dekat sini? Soal ku dalam hati.
"Are you okay? Rasa sakit lagi tak?" Aku membuat muka menyampah. Caring sangat lah tu. Kalau bukan sebab dia, semua ni tak akan jadi lah.
"Tak sakit pun. Lagi pun kalau sakit Al kena biasakan dirikan. Ni bukan kali terakhir Al agak. Lepas ni mungkin lagi teruk kena." Perli aku sambil menarik selimut menutupi muka. Aku harap bila aku buka selimut ni papa dah tak ada.
Malas aku nak bertengkar dengan dia. Memang aku yang selalu mulakan pertengkaran. Bukan aku tak cuba sabar atau elakkan, tapi tak jadi. Aku tak boleh tengok muka papa. Aku rasa benci, lagi-lagi bila jadi macam ni.
Aku dapat rasakan papa masih belum keluar. Baru sahaja aku nak bukak selimut dan suruh papa balik. Tapi pintu bilik hospital ni terlebih dahulu terbuka dan ada seseorang masuk. Doktor ke?
"Maaf bos kita ada hal." Okay tu bukan doktor yang pasti.
Mana ada doktor panggil keluarga pesakit bos, melainkan doktor tu pun orang papa. Di sebalik selimut aku dengar papa bercakap sesuatu tapi tak jelas, kemudian papa menyuruh lelaki itu keluar dahulu.
"Al, papa pergi dulu. Petang esok papa jemput kamu balik ya." Sejurus kemudian terdengar bunyi pintu di tutup. Selimut yang menutupi kepala ku buka perlahan lahan. Okay tinggal aku sorang dalam bilik ni sekarang.
Belakang aku masih terasa sakit. Tapi aku gagahkan diri untuk bangun. Aku menuju ke arah pintu dan menjengukkan kepala ke luar. Cantik tak ada orang jaga aku. Ni peluang terbaik. Senyuman terukir di bibir. Pakaian aku yang di lipat rapi di atas meja sebelah katil aku capai. Kemudian kaki melangkah keluar daripada bilik rawatan dengan perlahan-lahan.
Aku menelusuri koridor yang sunyi itu perlahan- lahan dan penuh hati-hati. Pintu bilik yang tertulis stor aku tolak perlahan-lahan sambil mata melilau melihat keadaan sekeliling, risau ada yang nampak aku berpakaian hospital.
Setelah selesai menukar pakaian, aku keluar dengan bersahaja. Mujur lorong itu sunyi. Senyuman terukir lagi mengenangkan kerjanya yang berjalan lancar setakat ini. Harap tak ada yang berjaga dekat depan lift.
Tetapi nasib tak menyebelahi diri. Dua orang lelaki bersut hitam sedang berkawal di hadapan lift sambil memantau beberapa orang yang berjalan melewati mereka.
Apa aku nak buat ni, perlu ke jaga depan lift. Rungut aku sendirian. Bibir di kemam untuk mencari jalan, kemudian mata aku terpandang troli pakaian kotor tidak jauh dari situ. sekali lagi senyuman terukir di bibir.
"Kenapa troli susah pulak nak kawal." Rungut makcik cleaner.
"John tolong aunty tu tolak troli, berat semacam aku tengok." Lelaki berkaca mata menghampiri makcik cleaner.
"Saya tolong ya makcik. makcik nak ke aras berapa ya?" Soal lelaki itu lagi.
"Ground floor, tapi macik naik lift hujung koridor tu. lift pekerja." Kata makcik cleaner sambil tersenyum.
"Tak apa makcik biar saya tolong. Makcik dah lama ke bekerja dekat sini?" Banyak cakap pulak lelaki itu.
"Dah dekat 5 tahun dah." Balas makcik. mereka berbual sambil tersenyum sekali sekala. Manakala di dalam troli pula seseorang hampir kehilangan nafas.
'Asal banyak cakap pulak dua orang ni, aku macam dah nak mati ni. Tolonglah cepat sikit.' Jerit batin Aliana.
"Terima kasih ya nak." Ucap makcik cleaner setelah trolinya masuk ke dalam lift.
Aku tidak dapat bertahan lebih lama dah. Dengan tenaga yang ada aku gagahkan diri dan terus melompat keluar daripada troli kain itu sehingga membuatkan makcik cleaner tadi terkejut.
"Ma maaf.!" Termegah-megah nafas aku. Tangan menompang badan yang lemah di dinding lift sambil membuat isyarat tangan supaya makcik cleaner itu tidak menjerit atau menekan tombol kecemasan di sebelah pintu lift.
Terbuka sahaja pintu lift dengan cepat aku terus berjalan keluar dengan tergopoh gapah. Makcik Cleaner tadi hanya memandang dengan kening berkerut, sambil menggelengkan kepalanya.
Tujuan utama utama sekarang adalah aku harus mencari tempat perhentian bas yang jauh daripada hospital untuk mengelakkan diri di tanggap oleh pengawal papa. Jika di tangkap sia-sia sahajalah aku bersesak-sesak di dalam troli kain kotor tadi dengan kesan darah dan bau busuk tadi.
Sampai sahaja di pondok bas setelah hampir setengah jam berjalan kaki dengan menanggung sakit di belakang akhirnya sampai juga aku di sebuah pondok bas. Punggung direbahkan di atas kerusi sambil menghela nafas lega.
Tetapi hari yang cerah jangan di sangka tidak akan hujan. Kerana hujan memang turun dengan selebat-lebatnya sekarang ini.
"NOOO!!" Sedih aku,' ku sangkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari'
Time ni lah nak hujannya. Kalau tahu aku duduk tidur aja dalam hospital. Nak balik hospital semula dah jauh sangat aku lari ni.
Terpaksalah berteduh bawah bus stop ni. Nasib baik lah aku dah tukar pakai baju pergi kelas pagi tadi. Kalau tak mesti orang ingat aku ni pesakit mental..
Tapi apa boleh buat aku bukan boleh merubah cuaca dunia. Dia hanya hamba yang memelihara alam ini daripada Sang Penguasa.
Sedang asyik layan perasaan time hujan tiba muncul seorang manusia datang berteduh di bawah bus stop yang sama. Dari pandangan kasar lelaki itu seperti pekerja pejabat. Dia memakai kemeja hitam ber-tie in, sluar khaki dan bertali leher hitam jugak. Segak dan kemas. Sedar tak sedar lelaki itu tersenyum sinis melihat Al meneliti pakaiannya.
Ingat dia hensem sangat lah tu. Perasan. Aku tersenyum sinis kembali dan memeluk tubuh. Aku focus pada jalan raya yang di simbahi hujan lebat yang belum ada tanda ingin berhenti.
Tapi aku rasa macam di perhati. Aku pandang ke kiri. Dia tengok aku. Mamat ni dah kenapa. Ada masalah ke bro. Aku pandang dia sambil mengangkat kening tanda 'ADA MASALAH KE BRO?'
Tapi dia boleh senyum senget sampai nampak gigi dia. Nasib baik tak ternganga mulut aku. Hensem kot. Aku terus pandang depan bila dia pun pandang depan dan aku tahu dia gelakkan aku. Kurang hasam punya mamat poyo. Siap kau kalau aku jumpa kau lagi.
Sebaik sahaja hujan mula reda Al terus bangun dan berjalan menuju ke kampusnya. Lelaki itu juga berlalu mengambil arah yang bertentangan dengannya. Semasa berselisih sempat Al menjeling mata ke arah lelaki itu. Manakala lelaki itu hanya tersenyun sinis.
____________________
Kalau ikutkan sakit hari ni malas aku nak pergi kelas. Tapi kalau aku duduk dalam bilik apa aku boleh buat. Karina balik kampung sebab nenek dia sakit. Sorang dirilah jawapnya hari ni. Sedang aku menunggu lecture datang di luar kelas dengan classmate nye yang lain. Mata aku melilau mencari sesuatu. Iaitu konco papanya.
Tiada apa yang aneh hari ni. Seperti biasa kawan-kawannya yang lain sedang berbual sesama sendiri. Mereka bergelak tawa. Ada yang dating, ada yang melayan lagu, yang main game pun ada. Tak kurang juga tukang kebun yang sedang memegang teropong.
Ehh??
Kejap apa? Bukan tukang kebun patut pegang cangkul ke. Al tersenyum sendiri sebelum dia bangun dari kerusi.
"Eh Al nk pergi mana. Kelas tak ada ke hari ni?" Soal Farah yang duduk di sebelahnya hairan. Dia daripada tadi asyik dengan make up di tangan.
"Tak lah. Aku nak pergi tandas kejap. Nanti aku datang balik." Al bangun dan meletakan beg galasnya di atas kerusi. Tidak banyak kerusi di luar kelas itu. Siapa cepat dia dapat. Tapi Al tidak kisah jika bila dia datang kembali kerusi iti sudah di duduki oleh orang lain.
Al berjalan sambil matanya menjeling ke arah tukang kebun yang mencurigakan itu. Sama ada ni orang yang awasinya atau pun orang yang nak tembak dia. Tak tenteram hidunya. Pakcik tukang kebun ni pun satu, nak menyamar pun hati hatilah sikit. Teropong tu soroklah sikit. Ingat orang tak nampak ke bro.
Aku tersenyum apabila mengetahui bahawa gerak geri aku di perhatikan oleh tukang kebun itu. Lorong yang jarang di lalui pelajar dan agak tersembunyi dari pandangan orang lain menjadi pilihan.
Aku nak tengok dia ikut aku ke tak. Suara derap kasut boot menghampiri tempat persembunyiannya. Dengan pantas aku menarik leher mangsa aku dan menolak kuat dadanya ke arah dinding. Pakcik a.k.a penyamar itu terkejut, buktinya dia tidak sempat bertindak untuk mempertahankan diri.
"Kau nak apa dengan aku? Siapa suruh kau awasi aku? Papa aku?" Aku tersenyun sinis melihat wajah tukang kebun itu ketakutan. Padan muka kau.
"Maaf,maaf." Pinta tukang kebun itu sambil cuba melepaskan dirinya.
"Cakap kau ke yang tembak aku kemarin? Jawap atau kau aku tembak pulak?" Ugut aku sambil menekan kuat lehernya dengan lengan aku.
"Okay..okay. Aku cuma jaga kau. Tuan Zambri yang arah kan aku." Jawap tukang kebun takut.
Aku menghela nafas dengan jawapan yang di terima. Tak perlu pun sebenarnya upah orang berjaga dalam kampus aku.
"Dah kau boleh bla. Aku tak nak tengok lagi muka kau depan aku. Tak perlu jaga aku. Aku pandai jaga diri sendiri." Aku melepaskan konco papa dan berlalu pergi ke kelas dengan bengang dan marah.
Serabut aku bila di kongkong sebegini rupa. Aku rasa tersepit aku rasa rimas. Kaki ku melangkah dengan laju, sepertinya aku ingin berlari jauh dari kongkongan papa. Jauh daripada orang yang mencari aku, jauh dari semua ni. Tapi entahlah aku tak mampu untuk berbuat.
Dari jauh aku lihat ada ramai orang di hadapan kelas. Ada sekumpulan lelaki yang agak di kenali sedang tersenyum-senyum di sana seperti artis yang sedang melayan peminat. Kening ku terjongket sebelah. Apa mereka buat di sini ya?
Aku berjalan seperti bisa. Farah yang ternampak aku menghampiri terus berjalan laju ke arah aku dan menarik tangan aku menyorok di tepi tiang.
"Farah tangan aku sakit. Slow la sikit." Marah aku. Tangan aku usap perlahan, walaupun belakang aku yang menjadi mangsa peluru pistol, tapi sakitya sapai ke lengan. Ketika mengugut pakcik spy tadi tidak pula rasa sakit, tapi baru sahaja di tarik Farah sakitnya lain macam.
"Sorry beb. Tapi ni lagi penting" Farah nampak kelam kabut semacam aja ni. What is going on." Aku cuba mengintai tapi di halang oleh Farah.
"Kenapa ada empat orang senior kita, yang hot gila datang cari kau sampai kat kelas. What have you done Al?" Soal Farah sambil membulatkan matanya yang sepet itu.
Senior cari aku. Apa aku dah buat. Kening aku kerutkan tanda hairan. Bibir aku juihkan dan bahu ku angkat tanda tidak tahu.
Farah ku tolak perlahan ke tepi dan aku melangkah ke arah empat orang senior itu. Aku pandang mereka yang mula sedar kehadiran aku sambil menyengetkan bibir dan kening ku angkat.
'Whatsup bro apa hal.'
"Hai lady." Senior yang berbaju merah hati menghampiri ku dan mencapai tangan aku. Kejap dia cium tangan aku. Gila. Aku tarik tangan aku kasar.
"Masih ingat pada kami?" Soal dia senior itu.
"Sorry tapi kita kenal ke?" Soal Aku sombong. Senyuman sinis ku berikan kepada senior itu. Sengaja aku pura-pura tidak kenal. Sedangkan aku tahu mereka ada ketika aku di tembak.
"It's okay kalau awak tak ingat. Perkenalkan saya Taufiq." Senior itu memperkenalkan dirinya. "Kami ada semasa awak kemalangan tempoh hari, dan Aqeef yang hantar awak ke hospital." Aku menganggukkan kepala.
"Terima kasihlah ya pada Aqeef. Apa yang korang nak sebagai membalas jasa?" Selalunya inilah yang di inginkan oleh mereka. Duit.
"Aqeef tak ada dekat sini. Dia ada hal." Terang Taufiq. Asyik Taufiq aja yang cakap ni, yang lain bisu ke. Mata aku menilik wajah mereka satu persatu. Aku tidak cam siapa yang tiada di antara mereka.
"Owh. Tak ada. Cakap dekat dia terima kasih ya. And suruh dia jumpa aku dan cakap aja nak berapa." Aku bercakap dengan sombong dan terus melangkah ke dalam kelas. Yelah Lecture aku sampai dah.
"Hei ladies, kami bukan mata duitan, lagi-lagi Aqeef." Aku memandang lelaki yang bersuara itu. Dia memakai baju putih dan tinggi lampai. Senyuman sinis ku beri dengan kening kiri ku terangkat. Ada aku kesah.
Sebaik sahaja aku duduk di tempat yang biasa aku duduk Farah terus menepuk bahu aku. Dia ni memang nak kena penyepak dengan aku. Aku menjeling ke arah Farah. Dia tersengih-sengih.
"Sorry Al, tak ingat. Wei asal mamat-mamat handsome tu jumpa kau tadi?"
"Biasalah nak balasan kot sebab hantar aku ke hospital hari tu."
"Oh.. Tapi boleh tahan kerek jugak kau eh." Farah menyigung lengan aku. Dia ni-lah memang nak kena sepak dengan aku.
"Apa yang kereknya?" Aku memandang tepat ke arah papan putih di hadapan, di mana Sir Amir sedang menulia sesuatu.
"Eleh mesti sengajakan jual mahal dengan abang- abang senior tu kan?" Sekali lagi lengan aku di siku Farah. Kali ini aku sudah hilang sabar.
"Kau boleh tak jangan siku-siku aku, kau tahu apa makna sakit. Kau nak rasa tak?" Gigi di ketap menahan sabar. Kalau bukan di sebabkan kami berada di dalam kelas dah lama budak Farah ni kena tunjal. Dia ni kalaj di layan kalah makcik bawang. Silap hari bulan satu kelas tahu apa yang jadi semalam.
"Sorry Al." Farah menarik mukanya yang berubah masam. Dia juga menjarakkan kerusiya daripada aku. Merajuklah tu.
Nanti-nanti ajalah aku pujuk dia. Sekarang ini aku sedang tiad mood. Aku berharap agar aku dapat bertahan sehingga kelas ni habis.
"Okay class jangan lupa due date assignment dah nak dekat. Saya nak minggu depan semua hantar depan bilik saya sebelum jam 5. Siap lewat saya tolak 5 markah. Faham?"
"Faham..!" Pesanan perigatan daripada Sir Amir kami sahut beramai-ramai sambil masing- masing mengemas beg untuk pulang.
"Aliana tunggu sekejap." Halang Sir Amir sebelum aku melangkah keluar.
"Saya Sir, kenapa ya?"
"Saya nak bercakap sikit soal semalam." Ha sudah Sir Amir pun nak jadi kepoh jugak ke.
"Saya tak tahu siapa awak, or what you have done. But please take care of yourself and your friends. Sebab apa yang jadi semalam tak normal. Kalau ada apa-apa yang berbahaya yang awak dah buat atau berada di sekeliling awak. Tolong jangan bawa masuk dalam kampus ni. Saya tak tahu kenapa pihak kampus tak laporkan pada polis, atau awak sendiri tak laporkan. Tapi apa yang saya tahu sudah menjadi taggungjawap kami untuk menjaga keselamatan pelajar sepanjang berada di dalam kampus. Jadi awak fahamkan maksud saya?" Aku hanya mampu menganggukkan kepala.
"Baiklah awak boleh balik."
Aku kelu ketika ini. Tidak tahu untuk memberikan reaksi apa. Apatah lagi untuk menyelesaikan masalah ini. Aku sendiri tidak tahu siapa yang menanamkan peluru ke dalam tubuh aku kemarin.
"Huhh.."
#DreamLoveStoryContest