BaB 1
jam sudah menunjukkan jam 9 namun sekujur tubuh masih berbalut selimut tidak menunjukkan tanda-tanda hendak bangun dari katilnya.
"Rachel , kenapa belum bagun. jam sudah jam 9 ba ni"
"hmmm" kedengan suara dari dalam selimut.
"bangun bah , kau ni " sambil tarik selimut yang dipakai oleh Rachel.
"Yaa , bagun la ne" tersembul kepalanya dengan rambut seperti nenek kebayan. Rachel yang masih mamai pun turun dari tilamnya , sambil mengambil tualanya ia bergerak ke kamar mandi dan mandi.
selepas Rachel siap mandi ia pun turun untuk makan bersama-sama dengan rakan serumahnya. sebenarnya , Rachel dan rakannya menyewa sebuah rumah di pinggir bandar sebab jika menyewa bilik di hotel tentu hari-hari habis duit.
rumah mereka mempunyai 1 bilik di bawah dan 3 bilik di atas. bilik Rachel berdepan dengan bilik rakannya dan sewa rumah juga dibayar bersama-sama dalam 50-50 gituu.
"Rachel akhirnya kau turun juga "
"apaa , mentang-mentangla awal kau bagun mengejek la kan"
" ha ha ha ha , inda bah kau ne . meh ! makan kw tu mau pergi sekolah nanti jangan lambat-lambat "
" yaa ba kakakku manis "
"yuii gila "
biar saya perkenalkan kawan Rachel kepada kalian. namanya indah seperti pelagi he he he tidak bah , dia momon cuma nama panggilan. disebabkan nama asal dia panjang jadi momon saja lah dipanggil. saya juga tidak tau jika dia ada adik beradik atau tidak , lagipun baru berapa bulan kami berkawan.
macam mana kami boleh berkawan , haa ! meh saya cerita. ia berawal dari rumah ibubapa saya.
~flashback~
RUMAH KEDUA IBUBAPA RACHEL
"ibu , saya pergi kerja dulu ya "
"okey hati-hati , tidak mau makan dulu"
"ohh , nanti Rachel makan kat sekolah ya"
"baiklah "
Rachel pun pergi sekolah dengan menaiki kereta yang dibeli oleh bapanya. walaupun bukan kereta idaman Rachel tapi boleh la asal boleh bawa daripada jalan kaki. Rachel ketika ini berumur 18 tahun jadi lesen mestila tidak ada.
sesampainya di sekolah , ia mempaking keretanya dan berjalan menuju ke bilik guru. sebenarnya , dia baru pindah sekolah disebabkan kedua ibubapanya berpindah tempat kerja sehingga memaksa ia berpindah sekolah. itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana tempat yang mereka pindah merupakan tempat kelahiran Rachel dan rumah yang mereka tempati sekarang juga merupakan rumah mereka.
boleh dikatakan Rachel berpindah semasa tingkatan dua dan datang balik semasa tingkatan 5. rumah nenek dan datuknya tidak jauh dari rumah mereka.
tuk ! tuk ! tuk !
"hello , boleh saya masuk ? " katanya.
"Ya , cari siapa ? ehh ,, kamu pelajar baru kan? "
" iya cikgu , saya perlu jumpa siapa mau daftarkan diri"
"cikgu lah , meh sini duduk dulu"
" biar cikgu perkenalkan diri , saya cikgu Farhan dan juga cikgu yang akan menjaga kamu semasa bersekolah disini. ibubapa kamu menyuruh saya untuk memantau kamu jika melakukan kesalahan seperti di sekolah lama kamu" kata cikgu Farhan sambil menyemak kertas di depannya.
" tch , macam la ba saya ne jahat sangat di sekolah lama. sekadar lawan balik kalau kena tindas kan lumrah alam. " Rachel berkata dalam hati.
"okey rachel memandangkan kamu cukup pandai, maka saya akan memasukkan kamu ke kelas pertama. lagipun , saya adalah bapa saudara kamu mestilah saya nak yang terbaik untuk kamu kan" kata cikgu Farhan.
"okey , baiklah. jadi jika ada apa2 yang saya perlukan boleh minta sama cikgu lah kan. macam duit ka he he he "
"terpulang , sana saya sibuk. kamu tau kan jalan ke kelas pertama atau sudah lupa " cikgu Farhan berkata sambil memberi senyum mengejek kepadanya.
"elehh , walaupun saya belajar sampai tingkatan 2 saja tapi saya masih ingat la. ni kan sekolah bapa saudara saya mestilah saya ingat.hemm baii"
Rachel pun berjalan menuju ke kelas pertama , sepanjang koridor ramai melihat Rachel ada yang terpesona , ada yang kenal dan ada juga yang tidak suka dengan kedatangannya semula. Rachel boleh dibilang pembuli dan juga dikatakan merampas kekasih orang lain padahal orang itu yang tergila-gilakan Rachel.
langkah kakinya berhenti di sebuah pintu yang menandakan dia sudah sampai , ketika itu kelas sudah bermula dan nampaknya guru yang mengajar kelas ini juga tidak berubah. sambil mengetuk pintu Rachel tersenyum sinis kerana guru yang mengajar sekarang merupakan guru yang ia buli suatu ketika dahulu.
tuk tuk Tuk !
kedangaran bunyi pintu di ketuk sehingga seluruh sesi kelas memandangkannya termasuk guru yang mengajar seketika itu. guru itu tampaknya terkejut namun cuba disembunyikan.
"hello , anak murid sekalian , kita ada murid baru. silakan masuk dan perkenalkan diri."
"hai , saya Rachel.. "
guru itu Memandangnya dengan tajam kerana tidak puas hati dengan sesi perkenalannya. guru itu teringat akan sesuatu lalu mengeluh dan menyuruh Rachel untuk cari tempat duduk sendiri.
tempat duduk kosong di penjuru jendela sebelah kiri menghadap padang menjadi tumpuan Rachel.
"adakah disitu ada orang "katanya.
seorang murid yang duduk di depan bangku itu pun berkata bawa tiada orang disitu. Rachel pun berjalan dan duduk disitu.
walaupun Rachel tidak dapat mengikuti kelas itu dengan baik namun dia tetap buat-buat dengar dengan penjelasan guru tersebut. Rachel dengan dunianya dan rakan-rakan kelasnya pula adik melihatnya.
Rachel sebenarnya bukanlah cantik sangat tapi entah kenapa ramai yang membencinya dan ada juga nak jadikan dia kakaknya. Rachel mempunyai kulit berwarna kecoklat sikit bukan putih bukan hitam dan badan juga bukan lah ideal sangat serta dia mempunyai lesung pipit di kedua pipinya. Rachel sangat membenci sukan namun sangat suka dengan automotif.
sesi sekolah pun tamat dan Rachel pulang ke rumah. setibanya ia sampai di rumah dia melihat sebuah kereta berpaking di halaman rumahnya. setahunya , nenek dan datuknya hanya ada sebuah kereta sahaja. untuk tidak membuat ia pusing ia masuk ke dalam rumah sambil memberi salam. kedengaran suara bercakap-cakap di dalam rumah.
"haa , sampai pun anak kesayangan saya"
sambil mengerutkan kening Rachel bersalaman dengan tetamu ibubapanya , nampaknya ada seorang lelaki seperti seumurnya juga.
"haa . ne Rachel , tahun ne dia akan mengambil SPM. satu-satunya anak saya " Rachel mengerutkan kening lagi kerana setahunya dia ada seorang abang tapi kerja di luar negeri disebabkan kerja sebagai CEO syarikat. mengapa ibunya memperkenalkan dia sebagai anak tunggal.
"ehh.. abangnya mana takkan dilupakan" kata perempuan yang duduk disisi seorang lelaki yang sebaya dengan ayahnya.
"he he he , maksud saya satu-satunya anak perempuan saya"
"ohhh.. jadi bagaimana dengan perbincangan kita. memandangkan mereka sudah bertemu bolehlah kita tetapkan tarikh" kata perempuan tersebut.
"alaa Puan Ros , bersabarlah dulu biarkan mereka menduduki SPM dahulu. baru dibincangkan "
"alaa sebagai ikatan saja bah , saya cuba menghantar cincin ini sebagai ikatan saja"
"jadi Rachel , macam mana kamu setuju" ibu menunjukkan muka yang sangat bahagia jika saya cakap setuju tapi apakan ini.. apa cincin segala adakah saya akan ditunang.
saya melihat ayah tapi ayah juga menanti jawapan saya. saya melihat Puan Ros dan juga Tuan Kamal. selepas itu, saya melihat lelaki di sebelah Tuan Kamal.
"ehhh ... mengapa sama baju kami" saya melihat baju saya dan bajunya merupakan sama dan lencana juga sama.. ehhh
tiba-tiba Puan Ros mencela
" lupa pula perkenalkan ne anak saya dia satu sekolah dengan kamu mungkin kamu tidak tahu tapi kamu satu sekolah. perkenalkan diri kamu"?
" saya Rendy " katanya sambil menunjukkan muka dingin .
"emm , ibu bukan ka terlalu cepat saya bertunang" kataku
"mereka cuma nak mengikat kamu supaya tidak terlepas"
"ehhh.. ikat ?? ingat saya kerbau mau diikat."
"ehh ne anak ne"
tanpa perbincangan saya mereka bersetuju dan erti kata lain saya sudah jadi tunangan orang. lelaki yang tunjuk muka dinginnya baru kali pertama saya kenal orang ini.. aduiii
~ POV RACHEL ~
saya belum lagi cakap setuju ka teda , sudah di ambil cincinnya bah. apa salahku ?
" ishhh , macam mana nak buat saya tidak jadi tunang ne arhh"
~~~
keesokkan harinya, Rachel pun berangkat ke sekolah dengan berjalan kaki yang menandakan dia sedang protes dengan kedua ibubapanya.
Yaa.. walaupun menyusahkan diri sendiri tapi dia lagi sanggup tidak bertunang di umur muda begitu. dia juga nak cari kekasih sendiri. walhal ketika ini tidak ada teman lelaki tetapi dia boleh mencarinya sendiri nanti.
akibat terlalu berfikir dengan masalahnya dia hampir saja ketinggalan bas nasib ada seseorang yang menahan bas tersebut.
sesampai di kelas , Rachel pun duduk dan terus berbaring. sayup-sayup kedengaran langkah kaki seseorang menuju ke tempat duduknya. rupanya orang yang duduk di sebelah bangkunya, boleh dikatakan gadis yang duduk di sebelahnya ada kesamaan nama sikit. Yaa , boleh dikatakan Lala adalah nama gadis itu.
dia seorang yang pendiam terutama dengan orang yang baru di kenal. dia juga benci dengan orang yang tergedik-gedik dengan lelaki dan walaupun si Rachel tidur dia masih boleh dengar gadis itu mengejek gadis-gadis lain yang ingin mendekati dengan ketua kelas mereka.
loceng menandakan kelas akan dimulai dan mata pelajaran pertama ialah matematik. matematik merupakan musuh 'negara' bagi Rachel disebabkan sepanjang menduduki peperiksaan semester matematik la yang menjatuhkan markah keputusannya.
~ POV RACHEL ~
"ishhh , macam mana ba kesamaan algebra ne .. hebehh di nasabakk " Rachel merungut dengan soalan matematik itu.
Lala yang sedang belajar diperhatikan oleh Rachel , kepandaiannya menarik minat Rachel untuk bertanya.
"hemm , boleh kau ajar saya sedikit pasal ini" ramah Rachel
"boleh , mana satu"? kata Lala.
bermulalah sesi tunjuk ajar Lala kepada Rachel , dalam bab matematik jangan ditanya dia memang lemah lagi -lagi soalan merangkumi algebra dan sebagainya.
~~~~~
"Rachel , ibu sudah tetapkan tarikh tunang kamu ya" kata ibunya ketika Rachel melangkah masuk dalam rumah.
"Yaa!! ibu ni kan Rachel belum cakap setuju atau tidak , kenapa ibu sudah tetapkan tarikh bah?" Rachel protes.
"aii , kenapa masa perbincangan kelmarin kamu tidak bercakap. arh ! teda setuju atau tidak salah kamu tidak bercakap kelmarin" ibunya berkata sambil berjalan masuk ke dapur.
sambil rachel menaiki anak tangga kakinya dihentak-hentak bagaikan rumah hendak runtuh.
sesampainya Rachel di bilik, dia berfikir bagaimana nak buat pertunangan itu tidak jadi. sejak akhir-akhir
segala kemudahan Rachel di tarik oleh ayahnya. terutamanya kereta yang sangat cantik itu.
~~KEESOKKAN HARINYA~~
seperti kemarin Rachel akan menunggu bas di perhentian bas , kelihatan mukanya yang sangat lusuh dan tidak cukup tidur. Rachel juga tidak sarapan yang disediakan oleh ibunya.
kurkkkkk ~~~~
"arhhhh , matilah saya begini ni" sambil memegang perut yang tengah lapar , Rachel terduduk lesu di bangku.