Prolog

209 Words
Semua orang mahu bahagia. Siapa tak mahu hidup bahagia? Sedangkan ulat di bawah batu pun saban hari mencari bahagianya waima sekadar dalam bentuk mencicip makanan. Ya, bahagia itu memang subjektif. Lain orang, lain definisi bahagianya. Tapi hairan juga aku, kenapalah susah sangat untuk orang macam aku ini untuk bahagia? Bukan baru semalam ataupun hari ini aku mencari bahagia. Sudah lama. Sudah selama hidupku! Atau mungkin orang semacam aku ini memang tidak selayaknya mengecap apa itu bahagia? Ataupun memang aku ini ada sejenis kecacatan dalam sel-sel tubuhku yang menghalang aku dari bahagia? Hmmm, mungkin juga. Mungkin juga tidak. Apa-apalah!   "Kak?" "Kak??" "Kak Nessa!" tingkah Adya, suaranya makin meninggi. Lamunanku terhenti. Kupandang wajah Adya, adikku yang manis. Wajahnya yang mulus merenung tepat ke  mataku. "Kak, dah lama sangat kakak berdiri kat sini. Hari dah nak hujan. Jom, kita balik?" "Ok, sekejap ye. Adya jalan dulu. Akak susul." Sebenarnya aku masih lagi belum puas berdiri di sini. Di tempat ini. Tempat yang penuh keramat ini. Tempat yang membuakkan kerinduan yang tiada penghujungnya di dalam hatiku. Kalaulah dulu aku tidak terlalu mengikut kata Papa. Sekurangnya sudah tentu rasa rindu ini tidaklah seteruk ini. Rindu pada yang telah pergi, yang tak pernah kita rasai sendiri kasihnya, yang hanya dapat digamit dari cebisan kisah orang-orang. Orang-orang. Ya. Orang-orang.

Great novels start here

Download by scanning the QR code to get countless free stories and daily updated books

Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD