Kehilangan

538 Words
Aku masih memikirkan tentang Klaus dan kata kata Louis. Kehilangan dua orang penting dalam satu masa pasti sangat menyakitkan. Wajah Klaus bermain di ruang mindaku dan pandangan matanya tidak akan dapat aku lupakan. Aku kira Diana juga mengerti pandangan mata itu. Sebelum aku bertemu Klaus aku kira hidupku yang terpaling malang . Aku tidak mengenal ibu kandungku. Aku hanya mengerti apa yang sering disebut Alexandra , aku anak luar nikah. Hubungan antara seorang wanita yang entah siapa bersama William White. Alexandra membenciku. Alexandra ingin aku menerima hukuman kerana aku telah melukakan hati keluarganya. Aku selalu mengharapkan kasih sayang dari William White setidak tidaknya namun William White tidak memperdulikanku. Kadangkala aku bertanyakan diriku sendiri , jika aku di tempat Alexandra apakah perasaanku. Kisah lalu amat melukakan , amat pedih untukku namun semuanya akan berakhir saat aku menamatkan pengajian kerana aku akan pergi dari keluarga yang tidak menginginkanku. Bertahun tahun aku menumpukan seluruh perhatianku kepada pelajaran. Aku pendamkan semua kesedihan hati dan aku pendamkan semua keinginan dengan harapan suatu hari nanti aku akan temukan kebahagiaan itu. Aku ingin berada di suatu tempat yang tiada seorang pun mengenali diriku. Aku ingin tinggalkan semua kesedihan hati ku. Louis berhenti di hadapan pintu utama kawasan kilang dan mengisyaratkan supaya aku mengekorinya masuk ke dalam bangunan. Aku pantas melangkah menyaingi Louis. Beberapa orang staf menegur Louis dan lelaki itu hanya membalas dengan anggukan. Louis melangkah masuk ke bangunan pejabat dan terus menuju ke bilik pejabat pengurus. Aku sempat membaca nama yang tertera di pintu pejabat. Lelaki bernama Andre Brune kelihatan sedang menantikan kedatangan Louis. Louis duduk di sofa berhadapan meja kerja Andre tanpa dipelawa dan mengisyaratkan supaya aku duduk bersebelahan dengannya. Andre Brune kemudiannya duduk berhadapan dengan Louis , memandang ke arahku seketika sebelum meletakkan beberapa keping lakaran di atas meja. " Helena , meet Andre Brune. Andre , she is my assistant Helena White." Louis memperkenalkan aku kepada Andre. " Andre Brune. Research Manager." Andre memperkenalkan dirinya ringkas. " I need to see the result and report to your grandfather today.." nada Louis serius sambil meneliti lakaran di hadapannya. " We need more time.." Andre menjawab perlahan. Louis kelihatan tidak bersetuju dengan apa yang didengarinya. " Put more effort Andre .. Your grandfather is unhappy. I will forward you some talent , hire them." nada Louis perlahan namun serius. Seketika kemudian Louis membawaku ke kawasan kilang , kami berdua memakai kasut khas sebelum masuk dan kelihatan mesin mesin pembuatan Integrated Circut bersusun di kawasan yang ditandakan dengan garisan berwarna merah yang aku kira kawasan terhad kepada pekerja penyelenggara mesin sahaja. Louis menerangkan kepadaku tentang sektor pembuatan mesin dan projek ini adalah di bawah pengurusan Andre Brune. Menurut Louis , dikala ini permintaan adalah tinggi namun mereka kekurangan pekerja mahir lantas wujud beberapa kelewatan dalam penghasilan. Aku mendengar segala yang dikatakan Louis dengan tekun walaupun hampir separuh dari apa yang dikatakannya tidak difahami olehku. Aku perlu mencari tahu dengan lebih lanjut tentang sektor ini. Beberapa ketika kemudian kami meninggalkan kawasan kilang dan Louis memaklumkan bahawa dia akan ke Brune Mansion dan Louis menghantarku terus ke apartment kerana menurutnya aku tidak perlu masuk ke pejabat memandangkan tiada apa yang boleh aku lakukan tanpa dirinya. Aku hanya menurut kerana sepanjang perjalanan Louis kelihatan hilang dalam fikirannya.

Read on the App

Download by scanning the QR code to get countless free stories and daily updated books

Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD