PROLOG
Ini bukan kisah biasa. kisah jodoh pertemuan yang tidak disangka antara ANINDA CLAUDIA DIRGANTARI dan GIO NATHAN SMITH. pertemuan demi pertemuan bukan mengundang bibit-bibit cinta, tetapi hanyalah rasa benci yang semakin dalam. manusia merancang, Tuhan menentukan. Siapa sangka hanya dengan salah faham kecil, mereka disatukan ibarat nikah ekspres. Terpaksa juga berkampung di komplax banjir sehari selepas bernikah. luar biasa, bukan?
Betullah kata orang , bercinta selepas nikah lebih membahagiakan. ya, ninda rasa bahagia. hanya luaran nampak bahagia, tetapi dalam hati siapa yang tau. hidup ninda dikawal sepenuhnya.
“Kenapa aku rasa kecewa dan sedih padahal dalam hidup aku segala-galanya ada. Kemewahan, kasih sayang dan perlindungan yang melimpah ruah. tetapi kenapa perasaan aku makin hari makin pilu? luaran bahagia tetapi dalam hati aku menderita. ramai kata aku bertuah kerna dapat suami dan keluarga yang penyayang. tapi hakikatnya aku tidak bahagia."
Berpuluh nasihat diberi ke Gio , tetapi ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. semakin hari, kawalan Gio semakin teruk. bukan hanya pakaian dan makanan, malah pergaulan dan perkara yang di sukai ninda juga disekat. ninda semakin terkongkong.
“Masalah apa? takkan nak masuk tandas pun dia kena pilih? berpadalah kalau mau kawal bini. ini tidak semua benda dia tentukan. Dalam, luar semua mau di kontrol. kalau saya... sudah lama meletup. kita juga manusia, bukan robot. dia tu sudah macam Abang king kontrol."
bagi Gio, semua yang dibuatnya untuk kebaikan ninda juga, sehinggakan berteman dengan sepupu lelaki sendiri juga tidak dibenarkan. Haram katanya. ninda hanya bisa berteman dengan dua kawan baiknya sahaja. sehingga akaun ig dan Facebooknya juga ditutup. minum air sirap juga tidak dibenarkan. memandu dilarang. wajib berhenti kerja. pakai baju warna pink pun haram.
“Gio tidak pernah anggap ninda hamba. tapi kalau dia sudah tidak mau tinggal dengan Gio dan ikut semua Gio kata, dia boleh pergi dari sini!"