Cerita Oleh Ariana Maurice
author-avatar

Ariana Maurice

TENTANGquote
Self-love is not selfish; you cannot truly love another until you know how to love yourself. Be proud of who you are, and not ashamed of how someone else sees you. You are allowed to be both a masterpiece and a work in progress simultaneously. STOP UNDERESTIMATE YOURSELF
bc
Setia Ariana
Diperbarui pada Aug 15, 2021, 04:10
Cinta yang dibina berakhir ke arah pernikahan yang halal di mata tuhan. Namun, mahligai cinta yang dibina tidak selamanya indah. Penipuan dan pengkhianatan menjadi duri dalam daging dan menghancurkan hati sang isteri yang setia. Cinta tulus wanita yang bergelar isteri masih utuh namun kepercayaan kepada sang suami semakin menipis hingga banyak konflik berlaku. Apatah lagi mantan kekasih suami yang muncul dan merengut kebahagiaan yang ditunggu. Anak yang dikandung menjadi mangsa. Tidak hanya sekali namun berulang kali pengkhianatan itu berlaku. Kisah cinta tulus Ariana kepada sang suami menjadi taruhan. Kesetiaan yang diharapkan seperti tidak tergapai. Kehadiran mantan kekasih dan kekasih gelap sang suami merobek hati Ariana. Rumahtangga yang dibina seperti menuju keretakan. Tidak hanya berdepan dugaan kesetiaan sang suami, Ariana berhadapan dengan ipar duai yang mementingkan darjat dan kekayaan semata-mata walhal Ariana hanya hadir sebagai seorang wanita yang teguh dan mandiri. Lebih lagi Ariana diduga dengan kenyataan dia sukar untuk mendapatkan zuriat selepas kehilangan anak yang dikandung akibat dari serangan mantan kekasih sang suami. Ariana sering menjadi bahan sindiran ipar duainya Cinta Ariana semakin pudar namun ikatan janji perkahwinan di mata tuhan masih menguatkan iman Ariana. Mampukah Ariana bertahan sementelah dirinya semakin hari semakin tidak berdaya. Tidak cukup dengan dugaan pengkhianatan, Ariana perlu berhadapan dengan ipar duai yang tidak menerima kehadirannya. Adakah Ariana akan bertahan? Cinta yang tulus itu mampu mengubah peribadi suami atau tidak? Perjuangan Ariana mampukah membawa sinar bahagia? Apa yang pasti Ariana seorang isteri yang ikhlas mencintai suaminya dan menghormati ikatan cinta yang dimeterai atas nama Tuhan. Mampukah Ariana meluluhkan hati sang suami dengan perjuangan yang dia lakukan? Ariana wanita yang kuat dan percaya cinta yang tulus mampu mengubah segalanya. Ariana yakin sang suami mencintai dirinya namun dibutakan oleh pengalaman masa silam yang masih menghantui. Setia seorang isteri dan keikhlasannya menjadi taruhan dalam mempertahankan mahligai cinta mereka.
like